01 Januari 2013

6 tahun bersama vitiligo

Rasanya Ayu tak pernah lagi cerita sejak bila Ayu dapat vitiligo... Sempena tahun baru 2013, Ayu review dengan gambar biar jelas siket perjalanan vitiligo selama 6 tahun...

awal tahun 2007

Eh, jangan silap... Awek tudung putih tu cik iylia... Ayu bertudung hitam okeyyy.. korang boleh julingkan mata tengok muka & tangan Ayu time ni tak nampak pun lagi tompok putih kat mana-mana bahagian kan? Actually setitik tompok putih dah wujud time ni kat ibu jari kanan tapi Ayu ingat parut luka... Ayu buat tak tau je laa kat tmpok putih tuh...

2009 - first year in UPM

2 tahun berlalu at last Ayu baru perasan tompok putih kat ibu jari kanan Ayu makin membesar... Time ni la Ayu gelabah cari jawapan kenapa, bagaimana dan bila tompok putih ni wujud... Seryes Ayu tak sedar bila tompok putih ni membesar... 

awal 2010

Ok dalam gambar atas ni korang boleh perasan tompok putih dah mula nak menyemak kat mata kiri, hidung ngan antara hidung & mulut... Time ni memang Ayu risau gila sebab tompok putih dah melarat ke muka... Tapi gambar tetap nak cover cun... tak nampak macam risau pun kan? wahahaha...

hujung 2010

Time ni kira saat-saat genting la untuk Ayu terima kehadiran vitiligo... Down gila Ayu time ni sebab tompok putih makin obvious kat bawah hidung, kiri-kanan mata ngan bibir... Nak tau keadaan down Ayu time ni sampai aku tak nak keluar bilik pergi kuliah sebab Ayu segan kalau orang tengok... Masa ni la member-member Ayu tolong carikan make-up untuk cover tompok putih kat muka Ayu..

tompok putih kat tangan yang makin membesar - hujung 2011

Dalam 2009-2012 time ni tompok putih merebak dengan ganasnyer... Dermatologist cakap mungkin disebabkan stress...Ayu akui, fasa hidup aku kat UPM ni memang stress... Stress dengan study, orang sekeliling, masalah antara 2 darjat lagi... kah kah kah

gambar terlatest - 1 jan 2013

Lastly yang ni Ayu baru jer snap sat-sat tadi... Kalau tengok kat muka, area mata tompok putih membesar tapi area bawah hidung ada improvement... Lagi satu tompok putih cinonet atas hidung dah tak ada sekarang... Kat bibir, Ayu tengok macam tak ada perubahan... Sama jugak dengan tangan, ada tompok yang membesar, ada tompok yang dah mengecil...

Ramai jugak yang pm tanya sekarang guna ubat apa, makan supplement ke tak... Citer pasal ubat & supplement Ayu cerita kat entri lain... Sebab cerita pasal menatang ni pun panjang jugak...

Kalau tanya depress ke tak dengan vitiligo ni bohong la kalau Ayu kata tak... Still ada lagi certain people yang tak berapa nak faham pasal penyakit ni dan still ada certain people yang tak berapa nak pandai jaga hati odengan kata-kata yang tak menyenangkan... Tapi, tak pa.. Ayu ada ramai member lain dan tak lupa jugak family yang sentiasa bagi semangat bila Ayu down... 

Siapa-siapa yang senasib, jangan risau dan jangan sedih... Sebagai penawar hati duka nan lara, renunglah ayat-ayat cinta Ilahi & bait kasih Rasulullah s.a.w kat bawah ni...

 " Tiada satu bencana pun yang menimpa bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"
[Al-Hadid: 22-23]

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
[HR. Bukhari dan Muslim]

11 ulasan:

FaraSyeera berkata...

stay strong ayu. Allah bagi dugaan ni utk Dia gantikan sesuatu yg lebih baik utk ko. have faith. =)

::CIK LYNN:: berkata...

xpa..masih tetap cun :)be strong k...awt nmpk jari hg mkin jd jejari rncing?? mkin krus ka?

Unknown berkata...

assalamualaikum.. selamat3 ayu. terus teguh kepercayaan kepadaNya.. maybe tu kafarah dosa-2 kite yang lalu. all the best! life must go on. maybe ade hikmah di sebalik itu.[maybe Allah xnk kite blogger duk pamer wajah yg dkurniakan ni sewenang-wenangnye? :) semua rahsia Allah Ya 'Alim] take care :) assalamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

nak mintak email ayu boleh..? ada sesuatu yg nak bgitau ayu..

Siti Nuur Hidayu berkata...

anon: nuur6890@gmail.com

Siti Nuur Hidayu berkata...

@FaraSyeera thanx.. doakan Dia gantikan dgn suami soleh boleh XD

Siti Nuur Hidayu berkata...

@::CIK LYNN:: thanx dear... jejari runcing? ilusi tuh.. kurus apa sejak aku tinggalkan PALAPES, berat makin bertambah ada la... XD

Siti Nuur Hidayu berkata...

@qanaah
waalaikumussalam ^^

betul3.. insyaAllah, doakan ayu ea ^^

Admin berkata...

As-Salam. Bro HH ada gak kawan yang kena benda ni, tapi ok je kehidupan dia, malah dia charming dan disukai lemak berkrim ...mungkin sbb personaliti dia yang sebegitu, ramai orang senang dengannya di sebalik 'kelainan' yang ada pada dirinya.

ReramaBiru berkata...

semoga awak lebih tabah..insyaAllah ada hikmah disebalik semua tue :)

Tanpa Nama berkata...

Assalam, be strong ayu.. Allah always with us. Sy pun ada vitiligo ni, dah hampir 22 taun. Sy faham apa ayu rs sbb sy pun lalui benda yg sama. Skrang ni sy dah 97% putih, tinggal sikit je lagi kat muka nak turn semua putih. Ayu kuatkan semangat tempuhi dugaan ni.

Kalau ade fb, nanti join la group vitiligo bond Malaysia, leh share masalah kat sana. :)