18 Julai 2013

#Ramadhan 9: Check kereta memasing yerrr


Harini takde benda yang special. Cumanya time aku keluar tadi ke Taiping, bandar yang paling sibuk terjumpa kereta kat atas ni. Korang tak tengok belah depan lagi. Dah tak nampak ghupe iswara dah kereta ni. Bahagian belakang siap ada sayap dengan duri durian lagi. 

***TAPI***

Hampehnya lampu brek dia seketul je tinggal nyahhh. Kesian betul. Ada sayap takleh terbang takde guna jugak kan. Bukan tak boleh nak hias kereta tapi servis la benda-benda penting dulu.

Aku tak salahkan tuan kereta ni sebab kita selalu tak perasan kan lampu brek dah tak nyala. Yang perasan orang kat belakang kita. So sesapa yang ternampak kereta macam ni, ikhtiar la cari jalan nak bagitau kat tuan punya kereta yang brek dah tak nyala. Bahaya wui. Ni nak dekat cuti raya ni. Servis la kereta memasing ye!

Tiada ulasan: