19 Jun 2011

alternatif menghilangkan rasa ngantuk

tersengguk-sengguk dalam kuliah???
kena marah dengan bos sebab tidor dalam meeting???
tak tau camna nak atasi tebiat ngantuk???
 
cuba try test alternatif kat bawah:
  1. cabut bulu hidung
  2. tutup hidung, bernafas guna mulut
  3. julingkan mata dengan merenung batang hidung sendiri
  4. suruh kawan cubit bawah lengan berhampiran ketiak
selamat mencuba!!!

blog yang buat mata aku berair

list 'blog kecoh' kat tepi nih antara blog wajib aku terjah setiap kali aku online.... tak sempurna online kalau tak pi blog-blog nih... boleh cek ada tak blog korang tersenarai dalam 'blog kecoh'.... kalau ada, tahniah kerana buat saya kipas-susah-mati anda (tuan/puan tanah, sila control riak k. hahaha)...

kalau korang baru lepas gaduh dengan pakwe ke, boring sebab dah takde drama nora elena ke, sedih kawan tak ajak pergi makan KFC ke... korang bukak blog kat bawah ni komfem kerutan kat dahi korang tuh hilang...

beliau-beliau kat memang power menjatuhkan air mata... korang tak pernah gelak sampai keluar air mata ke?? haihhhhh... rugi...rugi...




ada lagi blog yang lawak tapi setakat nih 3 mamat 70% hensem 80% sengal nih jadi blogger palingg manthoppp!!! kalau nampak aku online tapi tak bukak blog beliau-beliau nih, bukan aku la tuh...

18 Jun 2011

muhammad thaqif iman bin khairul harmizan

nahhh.... sorang lagi ahli keluarga Mat Alwi baru lahir.......
senang mak dia jaga, tidooooqqqqq ja budak nih....

entri khas nak tunjuk kat Fardeal anak mat jan.. hehehehe.. tak larat nak update panjang, nak rest... penaaaaaaaattttttt Ya Rabbbbii!!!! tabahkan semangat! 
wahai badan, jangan piawai...!!!

nasib... nasib...

situasi 1: Ali eksiden!!! nasib baik tak mati.... sekarang terlantar kat hospital...
situasi 2: Ali eksiden!!! Innalillah, Allah lebih sayangkan dia... nasib baik, kalau hidup pun menyiksa diri je...

situasi mana korang rasa better? hahahaha.....

17 Jun 2011

sejarah pujangga

aku nak story pasal sejarah disebalik pujangga haritu… siapa yang terlepas, jenguk-jenguklah^^

kat asrama dulu normalnya girlz yang ‘ABC’ (Allah Bagi Cuti) pergi kelas untuk prep terus instead berjemaah kat surau.. dan malam tu aku orang pertama sampai  kelas… 

masuk ikut pintu belakang, bukak lampu and kipas dekat meja  Bez Amin, lepas tu jalan along belakang kelas ke tepi sekali… meja aku tepi tingkap, row kedua dari whiteboard depan, sebelah Cik Iylia, depan Cik Paen..  Aku ingat lagi..! hehehe… sekilas pandang bawah meja, ada kertas lipat2 bawah meja… bila bukak, lebih kurang macam ni la dia cakap, aku tak ingat ayat betul dia:

""...jangan cepat percaya someone… aku tak fikir apa-apa pasal ko, tapi aku tau something bout you from her.. aku tak pasti apa motif dia story masalah tu kat aku, tapi aku just nak nasihat… sahabat kawan yang paling berharga, tapi tak semua kawan adalah sahabat…"

sampai sekarang aku still tak tau siapa yang bagi note pendek ni kat aku… sebenarnya aku sendiri tak berapa faham… siapa her?? Dan apekebenda yang dia tau dari aku ntah… tapi aku sakit hati gila babeng laa sebab dari note pendek ni, gayanya kawan baik sendiri bukak pekung aku… Cuma aku tak tau siapa and apa dia… 

malam tuh aku tak dapat study, tambah pulak hujan lebat, memang feel laa… maka lahirlah pujangga tersebut…  masa kelam kabut nak balik dorm, aku letak macam tu je pujangga yang aku tulis and short note tu bawah meja aku…
pujangga tuh.. yey! dah ada USB

esoknya, her datang menangis and minta maaf sebab dia rasa aku tuju pujangga tu kat dia… dia nampak aku mengarang dalam kelas prep masa lintas meja aku, lepas aku keluar kelas dia terjah meja aku then baca dua-dua sekali… dia kenal tulisan orang dalam shortnote tu, tapi tak nak bagitau aku… at last, hal tu dapat setel dengan cara baik… aku dah lama maafkan dia…

aku dah tak marah dia.. tak simpan dendam apa-apa pun…
tapi keakraban memang dah tidak wujud seperti dulu….

16 Jun 2011

selamat hari lahir, ABAH!!!

janggut abah stylo!!! hahaha

nasib sempat wish abah lunch tadi... ke'busy'an training buat aku jarang dapat pegang handphone... lappy on tengah malam je... wat sheduled post.. huhu...

for you, ABAH:
  • the BEST abah in the world!!!!
  • Siti doakan panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki....
  • Siti doakan jugak abah sempat jadi YB.. hahahahahahahahaha...

tak tau nak letak tajuk apa

masyarakat kuceng kat blok makin ramai sekarang lepas aku buat bancian..... kadang-kadang kesian tengok makan ape ntah diorang ni bila budak U cuti... tambah pulak ibu tunggal... dengan anak-anak bergayut kat perut, tak cukup nutrisi.... tak sihat si ibu, tak sihat la anak-anaknya....
mintak maap kuceng-kuceng sekalian... sekarang masa tak mengizinkan nak menolong.... aku sendiri makan tak ikut masa sekarang...

sebenarnya aku just nak bagitau yang kuceng kat rumah aku dah beranak... hahahaha... balik-balik jer ada 3 kitten baru... punya la tunggu kucing dara sekor ni bunting dulu, at last aku balik dah besar dah pun.....
aku dapat agak bapak kuceng mana yang dah membuntingkan kuceng dara aku... hahaha

15 Jun 2011

semua orang boleh berkarya

Sekali sekala punggah barang-barang lama memang seronok…! Aku terjumpa kata-kata yang aku karang sendiri.. tak silap tahun 2006 (aku form 4)…

Jika engkau bertemu dengan seseorang
yang sanggup berusaha atas nama kesetiaan,
yang sanggup mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kebaikan,
memendam terkilan demi menjaga perasaan,
dia bukanlah sahabat tetapi saudara…
Andainya kau rasa terbeban kerananya dan engkau meraguinya,
itu tanda kau tak seikhlas dia,
andai engkau membuka keaibannya,
itu tanda kau mengkhianati kejujurannya,
andai engkau rasa dia mula berubah,
ketahuilah dia sedang menelan hempedu sendu yang dalam,
mungkin kerana keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan keihlasannya kau permainkan,
maka setelah itu usah engkau harapkan sesuatu,
kerana dia telah hilang kepercayaan kepadamu…
Belajarlah menghargai seorang sahabat yang kau miliki,
andai sekali engkau lukakan hatinya,
keakraban tidak akan wujud seperti dulu…
 ekceli nak letak pic sajak yang aku karang tuh... tp USB phone lupa nak bawak pulak.. haih!

ada 1 sejarah disebalik kata-kata ni….
disebabkan terlalu sedih, aku tak story kat siapa-siapa then luah perasaan atas A4 macam ni… hahaha… ceritanya??? Next post, k!

Sebab aku tak suka pergi kenduri

  •   Jeles tengok orang kawen.. hahaha
  • Makcik-makcik suka pandang aku lain macam sebab dalam 3 bulan ada sekali kot muka aku terjengul kat kampong..   

  • Member-member lama (pakat jadi teruna dah) swit..swit.. aku tak tau nak buat muka apa    
      
  • Bila makcik-makcik salam mak, ayat wajib: “la, Ani.. ni anak dara hang ka?” otomatik senyuman palsu terlukis diwajah…

  • Ayat paling tak best daripada makcik-makcik: “anak dara hang ni bila lagi?”

13 Jun 2011

jauh perjalanan

alhamdulillah, selamat sampai jugakk... 5jam lebih Selama-UPM Serdang... harini special sikit sebab parents kasik green light drive kereta!!! tujuannya nak angkut suma barang2 dari sem 1 yang tak pernah langsung dibawak balik... buat menyemak jer.. lagipun, cuti kali ni panjang.. takut jugak barang hilang... cuti sampai raya beb... terima kasih la yer kepada menteri-menteri yang berkenaan...

cuaca baik, jalan tak berapa sesak, smooth jer perjalanan tadi... nasib baik ada member yang teman n act well as second driver... kalau tak, KEPARIT laa jawabnya tadi...

tapi ada 1 benda jer yang buat perjalanan tadi tak berapa sedap mata memandang hati terasa... susah sangat ke nak bagi 'signal'? yang buat perangai tadi kereta-kereta mahal lak tuh... =.='

kepulangan kali ni macam biasalah.... PALAPES.... 15jun-25jun InsyaAllah....
(bercampur baur dah rasa dalam hati... yang penting, layaaaannnnn je laaaaaaaaa)

20 jari mintak maaf

bila balik kampung, blog aku memang tak dapek nak diselamatkan... soalan bila aku nak online memang aku tak boleh jawab... soalan nih lagi susah woo dari soalan SPM...

aku boleh publish beberapa post jer yang dalam draft ni as schedule post.. segala komen dan lawatan sambil belajar aku tak dapat nak balas dalam masa terdekat... bila aku online, baru aku balas suma benda-benda ni, ok??

sampai sekarang aku tak faham kenapa TM tak mau pasang internet kat rumah aku... bukan rumah aku ja, rumah lain kat KAMPUNG aku pun.... =(