30 November 2011

my fav doodle blog

NOSTALGIA KLASIK
comel, kemas, cantik
kartun penuh hikmah, ada pengisian
nasihat secara tidak langsung
tak sabar nak tunggu the latest one

29 November 2011

kenapa pilih kos sains ternakan???


pada satu hari, ntah minah mana datang telah menegur seorang gadis yang comel dengan mesranya di salah sebuah pasaraya... setelah beberapa saat berkenalan, maka ter'tubik'lah soalan berikut daripada minah tadi:
siapa kata jurusan sains ternakan tak de kerja? sains ternakan kos yang tak dipandang orang...? cuba bukak minda, kalau tak de orang dari kos ni, agak-agak korang boleh ker senang lenang order KFC??? makan untuk hidup! refresh balik apa korang makan lunch n dinner tadi? ayam? daging? udang? ikan? haih... dari mana ea datang menatang-menatang nih kalau takde orang yang bekalkan? 
memang la nak membela menatang-menatang tadi tak perlukan degree, tapi untuk production yang mantap, golongan seperti aku sangat-sangat-sangat diperlukan... 

contohnya: reban ayam macam mana paling efektif untuk keselesaan ayam-ayam tersebut? kalau ayam tak selesa jangan harap la ayam nak membesar dengan jayanya.. memang la ayam korang hidup, tapi ayam korang takkan mencapai berat badan yang hebat.. korang rasa guna pakcik Google jer korang leh dapat jawapan untuk persoalan di atas? hahahaha... 

wahai budak-budak lepasan SPM dan Matrik, aku menyeru supaya korang pilihlah kos ternakan bramai-ramai supaya pertanian Malaysia lebih maju ke hadapan... tau tak our country invest million a year just for import FOOD from other coutries! Daging, susu, bla..bla..bla.. suma kita import tahu? 
bila kita boleh menghasilkan makanan sendiri, barulah ekonomi negara kita utuh! seterusnya, kita pulak eksport hasil pertanian kita ke negara lain... 

see! hebatnya orang yang amik kos sains ternakan!

28 November 2011

coding color HTML!!!


disebabkan ada yang request link code warna (code html untuk korang guna time 'hias' blog), selalunya aku guna WEB INI

aku suka web ni sebab senang sangat nak dapatkan code.. 
sekelip mata jer!


a. klik jer mana-mana kotak warna yang korang suka untuk guna
b. then code warna yang korang pilih akan terhasil. copylah code yang terhasil tu

bila korang scroll ke bawah web ni, ada lagi satu cara untuk korang dapatkan code warna:

tak perlu takut pada anjing!

kenapa perlu takut pada anjing?? ergh, apesal cam skema jer intro??

ramai yang takut dengan anjing ni bukan sebab dia takut kena samak bagai, tapi majoriti aku tanya takut sebab risau kalau-kalau anjing tu gigit...
tau tak anjing (dan haiwan-haiwan lain) ada deria special yang manusia takde.. mereka boleh menghidu ketakutan!!! ergh, ayat skema lagi... tak tau sebab apa...

macam mana?
tahukah anda manusia menghasilkan sejenis hormon iaitu cortisol apabila didalam ketakutan? iyer! dan mereka seperti yang telah dimaklumkan di atas boleh menghidu hormon ini seterusnya mengetahui yang kita sedang ketakutan... ergh, terimalah entri yang skema ni sebab aku tak pandai buat ayat sempoi bila nak mengajar orang... sekian.

so, lepas ni kalau anda-anda terserempak dengan anjing, jangan gelabah.. dan jangan sekali-kali lari! kalau lari, dia kejar... seryes!!! apa yang perlu korang buat, cool-relax-buat-buat-tak-nampak. ok?

bagi sesiapa punya keyakinan yang jitu-utuh-tinggi, kalau time tu korang tengah makan tiba-tiba ada anjing approach, bagi la sikit kat dia.. macam kucing jugak la.. bezanya kucing bukan najis berat macam anjing... tapi kucing pun korang buat tak tau jer bila dia mengiau mintak makan.. inikan anjing kan.....? 
haih, cuba korang fikir kucing/anjing tu ada anak yang ramai dan dia perlukan tenaga dari makanan untuk terus menyusu anak-anak dia.. tak ke syahdu??

seryes seronok bekerja dengan anjing.. anjing sangat pandai-beremosi-nakal... pengalaman berdua-duaan dengan anjing dalam masa 3 jam minggu lepas memang tak boleh lupa.. sebenarnya banyak gambar aku dan Elf (nama anjing).. tapi risau pulak nak upload.. kang tak pasal-pasal aku jadi isu semasa macam kes sebelum ni... kehkehkeh....

lepas ni aku cita pasal kuda plak.. kuda pun salah seekor haiwan yang sangat bijak! kenapa? nantikan entri selepas ini... ergh, ayat skema lagi....
treat dog as your friend instead of dog

27 November 2011

1433H

Sedar atau tak kita dah melangkah kedalam tahun yang baru.. ayat aku bermaksud, ada yang tak perasan dan tak pernah nak ambil tahu pun pasal perkiraan tahun Islam ni... :'(

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi dengan limpah kasih sayangNya kita diberi peluang bukak buku baru.. dan semestinya nawaitu kita this year would be better than past! bukan takat azam tahun baru 1 Januari tiap-tiap tahun tu tapi tekad mesti lebih sebab hari ni, pada 1433 tahun yang lepas berlaku sejarah besar dan bermakna untuk Islam.. apa dia sejarah tu? aih, lupa dah ka kita belajaq sama-sama dulu time darjah 4 dalam kelas Pendidikan Islam?? eceh, ayat cover... hehehe...

ekceli aku nak kongsi cerita yang diceritakan oleh penceramah tadi.. memang emmph! la pengisian dengan cerita-cerita sejarah kegemilangan Islam yang tak pernah aku dengar sebelum ni.. seryesly kagum sampai menangis.. Sebak menusuk hati sebab terlalu KAGUM... tapi disebabkan badan letih sebab satu hari suntuk bermandi peluh kat selatan Malaysia tadi, mata aku pun boleh celik takat 2cm je ni, insyaAllah next entri aku kongsi cerita tu.. Dahla esok pagi aku nak teruskan perjuangan sebagai puan askar-title yang dianugerahkan oleh Cik Paen.. 

BTW, Alhamdulillah sempat jugak aku menghadirkan diri ke majlis ilmu tadi.. tak sia-sia aku lawan perasaan nak tidur.. berbaloi! 
di kesempatan ni, aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH untuk semua saudara-saudari seagama dengan ku... 


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

22 November 2011

sekitar FINAL SUKAN SEA 2011-BOLA SEPAK

aku tak mau cerita Malaysia dapat gol berapa sebab masing-masing dah updated kan.. kalau yang tak tengok live, leh tengok tb.. tak pun online.. kalau tak sempat tengok online, korang leh tau result kat facebook yang dah full dengan macam-macam gaya status.. kalau tak dak facebook pun korang leh dengar sorakan jiran-jiran...

main point aku kat sini SORAKAN JIRAN...
aku tak kata salah korang sokong Malaysia
aku tak pernah kata aku tak suka pasukan Malaysia
cuma aku nak tekankan sebagai rakyat Malaysia esp Muslim, kita diajar BERADAB setiap masa dimana-mana pun... 

nak bukak baju, nak cat muka, nak tepuk2 support nak apa segala benda yang korang buat tadi tanda sokong pasukan negara aku tak kisah pun... seribu kali tak kisah.. tapi consider laa orang sekeliling yakni diterjemahkan sebagai jiran korang ni bila nak bersorak:

JIRAN 1: kalau dah duduk 1 taman, bayangkan sepasang suami isteri yang penat bekerja di siang hari tersengguk-sengguk pujuk baby yang dari tadi nanges tak benti-benti tak boleh tido sebab dengar lolongan ngeri korang... 

JIRAN 2: bagi yang duduk dekat-dekat dengan area asrama sekolah, kesian lah kat budak-budak PMR & SPM.. histeria diorang dengar korang menjerit.. mana taknye, tiap kali selak buku melatah dua tiga minit sebab terkejut dengar korang menjerit..

JIRAN 3 YAKNI AKU penghuni asrama di sebuah ipta: kata korang sukan SEA 2 tahun sekali jer, bila lagi nak sorak ea? habeh tu cemana dengan test/exam aku??? sekali je seumur hidup weh.. kalau korang nak repeat, tu hal korang laaa.. dah tau-tau minggu ni minggu test, tolerate lah siket... kalau ko nak gagal, gagal lah sorang2... jangan heret orang yang menuju kejayaan nih.. kihkihkih... 

lelaki bersorak = hensem, macho dan gagah
perempuan bersorak = hodoh, burok benor, pontianak busuk sundal malam
aku tak terkejut kalau esok keluar berita tajuk utama, terpampang kat surat khabar muka surat depan sekali sekali jiran sembelih jiran sebab bengang tak cukup tidur

18 November 2011

sah! haram!

entri sebelum ni Rosyam nor pun kena bayar parking RM1



rupanya kegiatan illegal nie dah lama wujud.. no wonder laa... 
pihak berkuasa kena check regularly kawasan ni supaya tak berulang... diorang nih dah naik kepala sekarang... 

dalam entri enchek Mazidul siap ada gambar diorang pakai vest... tapi orang yang kutip duit kat aku malam semalam pakai baju biasa kot! macam mana la aku tak meragui pekerjaan beliau......

lepas ni kalau aku pegi sana, jangan harap aku nak bayar.. sama jugak macam korang.. jangan bayar!!! instead call pihak berkuasa terus!!!

Rosyam Nor pun kena bayar parking RM1

semalam aku pergi jengah adik aku kat Kolej Segi Damansara.. aku sampai area kondo dia dalam 9.40malam, park kereta saga kaler kelabu bapak aku kat kotak kuning yang kosong depan 7eleven...

tak sampai 10 kali aku kejip mata, sorang atoi naik moto kapcai keleph kelepeh kelepeh <---- nih bunyi moto dia berhenti depan aku pastu tadah tangan... apakah???

"dei, tanggeci... parking RM1!"

"leh... takde signbod pun cakap 'ini kawasan berbayar'.. saya nak tunggu adik saya kejap je ni" time tu enjin kereta aku tak tutup pun punya la sekejap nak tunggu sebab lepas adik aku sampai, terus nak chow.

tapi atoi tuh tetap tadah tangan.. haih! tak mau gaduh punya pasal, bayar la... tak sampai 5 minit, pajero hitam lintas depan aku.. mamat botak hensem keluar.. adegan di atas berlaku semula.. tenung punya tenung, walllaaa.. Rosyam Nor lah!!! aku punya noob la nampak castelo nih.. orang kampung katakan... mana penah jumpa retis face to face..
hensem tak hensem, Rosyam Nor pon bayar jugak RM2 tuh..!
bukan nak cakap pasal rosyam nor tapi nak cakap pasal parking RM1 tuh sebenarnya... dalam hati aku kuat mengatakan diorang nih kutip parking illegal... bayangkan parking tuh depan 7elevan weh.. kalau Ali parking kereta kat situ untuk beli coki-coki 2kupang, Ali kena bayar RM1.20! what the....

lantakla korang nak kata aku berkira sebab bayar RM1.. mestila aku berkira sebab aku tak nampak munasabahnya aku kena bayar parking kat situ... sama jugak macam kena bayar masuk tandas 5kupang tapi toilet tak de air... ape kejadah???

harapan aku kepada pihak berkuasa, siasat lah kegiatan kutip parking samada diiktiraf atau tak... takut-takut ada yang sengaja ambil kesempatan...

16 November 2011

lawak/realiti rumahtangga???

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!! ! macam nangka busuk daa!!!!


Makwe: Aduh!!!! sakiknya be! (awek klate rupenyer)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang Nogori)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .. 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!


p/s: kalau realiti seryes aku TAK MAU KAWEN!!!

15 November 2011

Giveaway "7 Days"

+

jom join ramai-ramai!

14 November 2011

carta hati & sahabat live on MHI - najwa latif

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..                                                     kau ada dikala ku suka
Engkau duduk di situ                                                              dikala ku duka
Diam tersipu malu                                                                   setiap tangisan dan juga ketawa
Mahu mendekati aku                                                               kau ada dikala ku perlu
Aku mulai resah                                                                       setia menemaniku
Hatiku jadi kebah                                                                     pegang erat tanganku bila aku jatuh
Melihat dirimu aku rebah                                                        kaulah yang selalu
Tapi hati ini kuat menyatakan                                                selalu menemaniku
Kau terkini duduk di carta hati                                               mendengar kisah pahit manis hidupku
Lalu cinta kita bermula                                                           kaulah yang disitu
Dari mata turun ke jiwa                                                          setia menungguku
Dari teman menjadi cinta                                                      kaulah yang satu
Dan berjanji untuk setia                                                         menjadi sahabatku
Sehidup semati kita                                                                ku tahu ku kan selalu ada
Menjanjikan bahagia                                                               ada dirimu
Untuk kita berdua selamanya                                               dan ku harap kau juga rasa begitu
Jangan engkau jangan pergi                                                kaulah yang selalu                                  
Jangan tinggalku sendiri                                                        selalu menemaniku
Jangan tinggalkan carta hati                                                 mendengar kisah pahit manis hidupku
Kau janji kan bahagia                                                             kaulah yang disitu
Ku janji kau tak terluka                                                            setia menungguku
Teruslah berada di carta hati kita                                         kaulah yang satu
                                                                                                     menjadi sahabatku


credit to ashraff mokhtar

11 November 2011

11 benda best jadi kat aku on 11.11.11

ada lebih kurang 3 jam lagi 11.11.11 berakhir..
1. malam 11.11.11 aku tak dapat tidor sampai laa pukul 4 pagi.. aku tak tau nak buat apa sebab tak ramai online pun malam tadi... sebab malam jumaat kot... wahahaha!
yang bestnya: tenet lajuuuu dowh! aku download lagu sampai lebam mata!

2. disebabkan aku tidor lambat, kesannya opkoz bangun lambat.. sob! sob! sob!
yang bestnya: nasib baik kelas cancel, so attendance aku belum pecah lobang lagi... ek eleh... iyer2 jer... padahal da ponteng banyak


4. amali kat fakulti veterinar tadi memenatkan!
yang bestnya: pengalaman wooo! best!


5. ada orang gipang (gila pangkat) marah aku tak tentu pasal
yang bestnya: time amali tadi ayam berak atas baju dia! wahahaha!


6. aku memang malas nak pegi discussion tambah pulak kena redah malam-malam pi kolej lain.. jauh!
yang bestnya: aku leh 'cilok' dari rokol&kemas markas malam nih.. kehkehkeh...

7. aku teman roomate pi saloon sampai aku tersengguk-sengguk...
yang bestnya: dapat makan sandae yang dah lama aku tak makan

8. syiok layan sandae sampai hanphone aku jatuh.. OMG~
yang besnya: aku pejam mata amek hp aku yang jatuh dalam longkang penuh dengan air + 'rumpai laut' + sisa dari mana ntah

9. aku tau sebab apa handphone aku jatuh.. aku makan sambil berjalan.. huduhss!!
yang bestnya: longkang tadi ditutupi dengan jeriji besi.. entah kekuatan dari mana aku boleh angkat jeriji besi tuh dengan sebelah tangan semata-mata nak selamatkan handphone aku.. roomate aku pun terkejut!


10. hari ni panas giler!
yang bestnya: baju loreng yang aku tangguh 2 minggu basuh sempat kering untuk aku pakai training sabtu&ahad nie!

11. aku tak dak idea nak buat entri
yang bestnya: ada jugakk orang tak dak keja baca entri kosong nih... hakhakhak
sape perasan aku tak letak pun benda yang best kat no.3???
yang tuh, biarlah rahsia.... hahahahaha

najwa latif - carta hati

this song is better than Cinta Muka Buku!!!!
really looove it!!!
tak sabar nak tunggu lagu nih release

official teaser

original song by her

08 November 2011

daging kerbau vs daging lembu

orang cakap tak baik kalau kedekut ilmu... hari ni dapat 1 lagi tips macam mana nak bezakan daging lembu dan daging kerbau...

ingat lagi entri lama???
isu daging kerbau ni hot since tahun 2000 sebab daging yang negara kita import majoriti daging kerbau dari India... ada laa yang cakap-cakap kenapa laa nak bising-bising sangat pasal daging kerbau ngan lembu nih.. tak ada beza pun, daging jugakkk... tapi bagi yang 'gila' daging, daging lembu sangat berbeza kalau dibandingkan dengan daging kerbau...
Prof Dahlan kata:
"Lemak daging kerbau berwarna putih kapas, lemak daging lembu kekuning-kuningan sikit"
kita boleh dapat daging yang manthop dengan pandang pertama... cuba tengok gambar bawah ni. sedap kan??? meleleh air liurrrr~
red, juicy meat

lepas ni boleh aplikasi kat market before beli daging!!

04 November 2011

salam korban


korbankan apa yang patut aje
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA