06 Disember 2017

Vitiligo 2017

Hai.

Lama dah kan tak cerita pasal Vitiligo kat sini. Last update masa mengandungkan Fateh tahun 2015.  Masa pregnant haritu, seronok sangat sebab white spot kat muka dah kurang. Sampai hujung hujung pregnant dekat mata 90% dah hilang. Boleh tengok dekat sini.


Siap confidently buat maternity photoshoot tanpa pakai make up untuk cover Vitiligo. Masa photoshoot ni Ayu just calit lipstick je. Sebab kat muka memang totally dah tak nampak Vitiligo. White spots kat tangan ja maintain. 

Tapi...
Elok lepas 6 bulan bersalin ke Fateh white spot naik balik area mata. Tapi pattern kali ni lain sikit. Kalau dulu dua dua belah mata ada. Sekarang ni macam lebih nak naik kat sebelah kiri. Vitiligo punya fav part. Dia memang suka muncul dekat mata, hidung & mulut. So, this is me currently:

Image may contain: 1 person, selfie and close-up
muka togel without make up
Masuk tahun ke 5 dah laa 2017 ni Ayu tak makan supplement khas untuk Vitiligo. Dan sampai sekarang belum ada berita baik kot kot orang bijak pandai dah jumpa ubat vitiligo. Tapi... Ayu suka baca posting dekat fb page 'Vitiligo Research Foundation'.  Banyak info kat situ. Pergi la terjah! hehehe

Tiada ulasan: