17 Disember 2017

The best foundation I ever had!

Review ikhlas ni.
Bab make up ni Ayu cerewet. Sebab nak pilih yang betul betul boleh cover white spot vitiligo Ayu. Nak tau lain lain cerita pasal Vitiligo, tengok kat tabs 'My Journey with Vitiligo' tau.

Ok. Berbalik kepada foundation tadi. Nak padan dengan warna kulit muka Ayu agak susah. Sebab tone kulit Ayu ni biasalah. Hitam manis si hitam manis, pandang tak jemu si hitam manis.  Eh, nyanyi ke tu? Ahaks! Mostly foundation yang ada tak berapa nak kena dengan tone kulit Ayu. Selalu jumpa foundation tone untuk kulit putih je.

Masterji makeup Ayu pernah cakap, kalau pakai foundation muka jadi kelabu, maksudnya dah salah pilih warna foundation la tu. Warna foundation ni kena nampak seiring sejalan dengan warna kulit. Bukan overshadow muka putih tangan hitam. Bukan terlalu merendah diri sampai pakai foundation jadi terlebih tanned. 

So setakat ni ini the best foundation yang ada dalam koleksi Ayu sekarang: 
Full coverage. 
Senang nak blend. 
Tak 'berat'. Tak rasa tebal.
Hasil matte.


Nahhh hadap muka pagi tanpa secalit make up.


Haaaa. Ok tak? Ok tak?
Ok sangattttt. 
Nak tau foundation apa?
ROSETYARA


Ayu pakai code Violet. Sedang elok dengan warna kulit Ayu.
Setakat ni ada 4 code warna Rosetyara.  Kalau tak berapa nak kena jugak dengan tone kulit uols. Boleh mix mana mana code foundation untuk dapat warna yang tepat. 

Nak order? Klik sini

2 ulasan:

Nur Aimi Nabilah berkata...

Boleh try foundation Maybelline fit me matte and poreless dkt watsons n guardian ada jual. rm 40 je. shades range pun byk gilaaa dan ada yg gelap2 lagi dari ni

Siti Nuur Hidayu berkata...

Haaa, Maybelline Fit Me matte ni memang ada dalam koleksi. hehehe. Sebab harga RM40 je, yang ni je laa yang Ayu sental hari hari.

Tapi Rosetyara punya lagi best dari maybelline. seryes! Sebab mahal, Ayu pakai Rosetyara masa ada event je. Hari biasa, Ayu pakai Maybelline/foundation lain yg mur mur. hehehe