15 Jun 2011

semua orang boleh berkarya

Sekali sekala punggah barang-barang lama memang seronok…! Aku terjumpa kata-kata yang aku karang sendiri.. tak silap tahun 2006 (aku form 4)…

Jika engkau bertemu dengan seseorang
yang sanggup berusaha atas nama kesetiaan,
yang sanggup mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kebaikan,
memendam terkilan demi menjaga perasaan,
dia bukanlah sahabat tetapi saudara…
Andainya kau rasa terbeban kerananya dan engkau meraguinya,
itu tanda kau tak seikhlas dia,
andai engkau membuka keaibannya,
itu tanda kau mengkhianati kejujurannya,
andai engkau rasa dia mula berubah,
ketahuilah dia sedang menelan hempedu sendu yang dalam,
mungkin kerana keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan keihlasannya kau permainkan,
maka setelah itu usah engkau harapkan sesuatu,
kerana dia telah hilang kepercayaan kepadamu…
Belajarlah menghargai seorang sahabat yang kau miliki,
andai sekali engkau lukakan hatinya,
keakraban tidak akan wujud seperti dulu…
 ekceli nak letak pic sajak yang aku karang tuh... tp USB phone lupa nak bawak pulak.. haih!

ada 1 sejarah disebalik kata-kata ni….
disebabkan terlalu sedih, aku tak story kat siapa-siapa then luah perasaan atas A4 macam ni… hahaha… ceritanya??? Next post, k!

4 ulasan:

red gitarputeh berkata...

ayu dah jarang masuk bcr T.T

nik aziemah berkata...

saya rasa saya tahu perasaan tu.. well bila kejujuran itu dikhianati, keakraban akan terbang pergi

Unknown berkata...

ayu.

bez.amin berkata...

perghhhhhhh...
tp ekceli,mmg btol.sume bleh berkarya.stiap org ade sumtin yg bleh buatkan otak die berfikir scara falsafah.tu yg bile terluah,kite rase xsangke mampu ckp bnda2 cmtu.
cnth nye,bile kena marah,sedih,mabuk,tensen.