21 Oktober 2011

depression

mau tak murung bila aku terjelepok boleh tengok jer orang ngangkat beg balik kampung untuk cuti mid sem seminggu! argggggghhhh!!!!
lagi sekali aku tak dapat menikmati cuti midsem macam tahun-tahun sebelum ni sebab pergi kem menembak... ni tak tau la dikira rela or tak...
50 (nak balik kampung) - 50 (enjoy pegi kem dengan kawan-kawan)

FYI, tahun ni yang terakhir aku pergi menembak.. lepas tauliah insyaAllah aku tak join dah kot aktiviti baju hijau nih... errr, rasanya tak join dah kot! sebab nak fokus study and rumah tangga pulak...^^ hahaha...
tapi tak tau la kan kot-kot semangat nak sambung tetiba muncul. entah! tapi tak kot sebab dah malas dengan rutin yang sama... tambah pulak nak mengadap muka-muka yang tettttt! okey, jangan mula mengutuk! shuh! shuh! pergi kau setan!!!!
yup! takkan join dah ^^

so untuk seminggu start from this night sampai hujung bulan oktober ni aku tak akan jengah ke alam maya... bersemadilah dikau lappy dengan my lil bro kat damansara. behave yer, lappy! jangan naqal-naqal....
babai blog, babai facebook!

hiyaaahhh! 

19 Oktober 2011

analogi sperm-ovum

!watch this animation first!

fakta:
Ovum yang matang akan setia menanti ketibaan sperma di upper third of fallopian tube. selagi mana sperma tak datang, selagi tu Ovum tak akan bergerak menuju uterus (sampai satu masa, Ovum akan 'dilepaskan' jika tak disenyawa-haid).
bukan mudah untuk sperma 'bergabung' dengan Ovum sebab sperma kena menembusi setiap lapisan-lapisan Ovum (zona pellucida, corona radiata, dll). and just sperma yang terkuat mampu meredah lapisan-lapisan tu...

analogi-aplikasikan dalam kehidupan kita:
Ovum (perempuan) tak perlu tergedik-gedik mencari sperma (lelaki)Ovum (perempuan) menanti dalam diam dan penuh sabar kehadiran satu sperma (lelaki). yer! hanya satu! bila sperma (lelaki) hadir, Ovum (perempuan) tak cepat memilih. Ovum (perempuan) mempunyai lapisan-lapisan yang kuat melindunginya (Iman, taqwa, akhlak, dll). hanya sperma (lelaki) yang betul-betul kuat dan terpilih mampu menembusi lapisan-lapisan itu dengan redha Allah.

"tidaklah Allah mencipta sesuatu itu dengan sia-sia melainkan terdapat hikmah disebaliknya"

patutlaa ramai 'gegerl' tertipu dengan MEREKA zaman sekarang

persoalan dalam entri 'sekolah untuk penipu profesional' terjawab!

BABY GREY SLING BAG FOR TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

tengah layann search sling bag untuk buat collection at last jumpa insan yang bermurah hati nak kasi sling bag free..!!! 
siapa tak tahu aku memang gila dengan sling bag sekarang... ramai cakap ala-ala ranggi tapi tetap maintain ayu... (mode: hidung kembang)
terasa diri ini insan bertuah sebab jumpa giveaway nih before 25 Oct.. tapi tarikh nih maybe berubah ikut kehendak tuan punya hati yang murah tuh... =)

!!!!!SERYES CUNNNN!!!!

jom meramaikan lagi giveaway nih.. lagi ramai, lagi bertambah hadiah tuan butik nak kasik! 
nak join giveaway ni tersangatlah senang:
just pergi kat facebook ToteBoutique pastu klik 'LIKE'
itu jer! as easy as ABC!!!!

nak tengok product comey lotey yang lain: ToteBoutique!

sekolah untuk penipu profesional

no wonder laa ramai gegerl Malaysia dah tertipu dengan mamat Nigeria... rupanya diorang ada sekolah khas yang melatih penipu profesional! syarat nak masuk sekolah ni ada 2 jer:
1. pandai komputer + internet
2. pandai mengayat (komunikasi)




yang paling tak boleh blah sekolah tu diwujudkan supaya bakat menipu diorang diwarisi! mana-mana yang nak buat praktikal apa yang diorang belajar, negara diorang sendiri akan hantar pergi wat Latihan Industri kat negara-negara yang menjadi sasaran... antaranya MALAYSIA!! scarrryyyyy~
errrr.... konklusi lain boleh jugak nak kata orang Malaysia mudah ditipu

stat membuktikan 774 gegerl Malaysia dah ditipu sebanyak RM24 juta dalam 8 bulan pertama tahun ni saja!!! itu yang buat report polis, yang malu nak buat report tak termasuk dalam stat entah-entah dah cecah ribu melon...

ada yang kirang pasti ker rakyat Nigeria nih rupanya macam mana???
tanya la pakcik Google....
pelik dan sangat pelik... macam mana la boleh tertipu....
hati-hati kat luar sana... jangan kerana cinta semua harta benda maruah tergadai!

berita lanjut: myMetro - fav web

p/s: baru kejap tadi nampak sorang gegerl Melayu berkepit Mr Black kat pam minyak... moga Allah selamatkan dia dari ditipu...
entah-entah couple tadi laki bini.. memandai jer aku.... hahaha

17 Oktober 2011

kasih saudara tak kenal siapa

bersyukur + terharu sangat sebab ada someone yang sangat baik hati... buat baik tak mintak balasan apa pun... betul-betul nampak keikhlasan dia....

kitorang tak pernah kenal, tak pernah jumpa.. just sembang via alam maya jer... Sebab berkongsi masalah yang sama... macam mana leh tersembang tuh, panjang cerita... tapi yang penting kat sini Ayu nak cakap dia sangat baik... kalau dia dah kahwin, memang beruntung perempuan tuh dapat jadi isteri dia.. I guess dia memang dah kahwin...

 
pagi tadi dah dapat pun bungkusan dari dia... 

FYI:
1. harga sebenar ubat kat atas tuh RM200+... tapi Ayu dapat for free! sebab tu Ayu terharu sangat!
betul cakap dia, tak ramai yang faham pasal penyakit ni... yang dah kena je tau tensionnya macam mana... korang takkan faham 'rasa + perasaan' setiap mata yang pandang lain macam bila notice tompok-tompok putih kat tangan, muka... kalau yang dah reti cover guna make up ok laa.. tapi yang tak berapa mahir nak cover tuh, memang tak ada rasa sekelumit dihati nak melangkah keluar dari bilik/rumah...

paling down bila orang cakap:
"wey, penyakit nih takde ubat dowh... nanti makin lama 1 badan jadi putih.."
"agak-agak berjangkit tak penyakit nih?"
"alaa, bukan orang perasan pun... tak payah la nak cover sangat... orang tak teringin nak tengok"

memang laa Ayu senyum jer bila korang cakap camni, tapi kat dalam hati ni remuk macam kereta kancil langgar lori...

tapi takpe... kata dia tak perlu risau, setiap penyakit ada ubat kecuali mati... sepanjang Ayu kenal dia, memang banyak motivasi dia bagi... kurang sikit rasa serba kekurangan ni sebab ada jugak yang bersama Ayu...

terima kasih banyak-banyak!
terima kasih tak terhingga!
hanya Allah yang mampu balas budi baik beliau:
cikgu Mohd Nazri Daud
(SMK Pandan, Kuantan)

p/s: vitiligo tak berjangkit tau

awas! ESS!!!

tahukah anda ESS selalu melanda seorang pelajar???

mata dan otak adalah organ yang teruk sekali effected 
siang adalah malam, malam adalah siang

8 gelas sehari wajib minum nescafe dan kopi 
mudah tersinggung. Hatta kawan tengah melawak dapat hadiah maki-makian
24jam sehari, 7 hari seminggu dah dikurnia Ilahi tapi rasa tak cukup
makan dah tak menentu. maka haruslah pusat kesihatan kehabisan ubat gastrik
katil tak mengenal tuan
time nih bilik memang suci dan dipenuhi 'nuuur' sebab banyak beribadat daripada waktu-waktu biasa
meroyan kat facebook. time nih macam-macam status keluar
ESS = EXAM STRESS SYNDROME

16 Oktober 2011


saya mau ayam inject sekilo!

siapa kata ayam besaq-besaq kat supermarket, pasar malam, yang apek moto bawak lelong depan rumah anda adalah AYAM YANG KENA INJECT???

cuba bayangkan 1 ladang ada berapa ekor ayam???
100ekor?? 50ekor??   <---- orang tak panggil ladang kalau banyak ni jerrr...
kalau larat pi la mana-mana ladang ayam pastu kira sekor-sekor... agak-agak boleh dapat tak 500 000 ekor???
TAK MUSTAHIL!!!!
antara sebab tak logik orang kata ayam kena inject:
kalau dah 1 ladang ada 500 000 ekor ayam, agak-agak camna rupa orang yang rajin inject ayam sekor-sekor tuh? masalah sebenar: mampukah???
satu injection harganya bukan sekupang dua.. search la harga steroid/bahan kimia lain di pasaran. kalau korang bukak bisnes, nak untung ke rugi??? so sekali lagi tak praktikal guna cara injection untuk gemukkan ayam
sepanjang aku belajar, cara nak gemukkan ayam bukan guna injection!
lebam-lebam kat badan ayam bukan sebab kena cucuk, tapi kena buli dengan manusia.. its all about welfare... pasal ayam lebam-lebam nih nanti aku cerita lain kali..
!jangan percaya ayam kena inject! 
p/s: kalau dah takut sangat, bela ayam sendiri! 

03 Oktober 2011

sayang kereta berpada-pada

aku tabik spriinggg kat orang yang betul-betul brek masa jumpa bonggol... dia punya brek tuh bonggol lepas tayar depan jer.. lagi dua tayar belakang tak lepas so dia kena tekan klas, masuk balik gear 1, then agak-agak tekan minyak sambil lepas klas...
kereta baru beli... plastik balut kosyen pun sayang nak bukak... aah, kereta baru beli 3 tahun lepas~ 3 tahun plastik tak berbukak!!!
jumpa lubang, ngelak ke kiri... jalan pecah siket, ngelak ke kanan.. eh! ada kucing melintas! shhiuuu~ (kucing selamat coz duk kat tengah2)
"fuh.. selamat kereta aku... kalau tak lekat segala bulu kucing tadi"
singgah berteduh kat 'big tree' bersama-sama mat rempit ketika awan mencurahkan isi perutnya... sekarang mana ada air hujan yang bersih... suma kotor sekarang, asid! boleh rosakkan kereta~
traffic light merah = berhenti! traffic light hijau = jalan! traffic light kuning = pecut! mana leh brek mengejut kalau dah lampu kuning tetiba nyala, rosak tayar woo.. nih brek kereta nih, putus wayar2 kejadah beribu nak ganti...

TAPI MAJORITY TAKDE YANG SAYANG KERETA ATAS HIGHWAY
(sesi luah perasaan)

02 Oktober 2011

semua dah baca yer entri pasal mat bangla sebelum nih?

sebenarnya aku tak berchenta dengan mana-mana mat bangla pun hatta sedetik pun tak pernah terjatuh hati...
entri tuh gurauan semata-mata hasil sembang-sembang dengan kawan.. dan bangla yang dimaksudkan itu adalah rakan sekerja yang amat baik...

jadi para lelaki melayu di luar sana jangan terasa panasss dengan entri tuh, ya! what ever it is, aku takkan pernah jatuh cinta dengan mereka.. =) <--- macam kirik lagu lak~

p/s: khas ditujukan kepada seseorang yang jauh: dil hai tumharaaa~

sebab perempuan MALAYSIA 'sangkut' dengan lelaki BANGLADESH



  • mulut diorang MANIS!! bab mengayat... pergh~ kali pertama jumpa: direct proposed:
    "i like u.. you beutiful.. I dont want back bangladesh, I want stay malaysia,  do bisnes, we rich, U just sleep at home.. no kum kum"
    *kum kum = kerja
  • yang tersangkut tuh die-hard-fan hindusan... seryes! mata coklat cam hritik roshan, hidung tinggi cm SRK.. mana ada bangla gelap2, yang datang malaysia suma cerah cam Amir Khan... badan sejibik cam salman khan...

    ada yang tergoda lettewwww
  • diorang ni sangat gentleman... emm, camna aku nak explain ea.. korang kena cari and kawan dengan sorang bangla, baru paham kenapa aku cakap camni..
  • FYI, majority bangladesh muslim... so tak payah risau nak gaduh2 pasal tukar agama... dari segi observation aku, diorang sangat menjaga solat... cuma ada 1 benda ja diorang x berapa nak jaga... ten! ten! teennnn!
  • diorang romantik! boleh request lagu hindustan bila-bila masa... nak request scene cam dalam filem bolly pun boleh...
  • ni bukan pendapat aku, tapi aku masukkan je la dalam list ni.. bangla cakap lelaki melayu panas baran...
    bangla: "no problem... bangla boy senyum always"