31 Mei 2012

multiple fracture!


ingat lagi kucing yang malang haritu???
tekaan aku tepat bila aku bawak dia jumpa Vet... 'multiple fracture'... 2 perkataan pertama yang keluar daripada mulut vet... maksudnya tulang kucing patah seribu! okey, teremo lebih pulakk..

lepas sesi diagnosis secara rawak, vet cakap tulang pinggul (pelvic) patah bahagian kiri buat kaki kiri dia lemah... and the worst part is tulang kaki kiri dia pun patah riuk... aaaaaa, kesiaaaan! :'(

teringat saat-saat aku jumpa kucing dalam keadaan dia lepas kena langgar.. kejamnyaa!!! dah lah langgar, pastu sikit pun tak tolong kucing nih... kot la nak letak kucing tepi jalan sikit ke...

tapi vet cakap kucing ni muda lagi, insyaAllah tulang dia akan sembuh perlahan-lahan... kucing cepat adapt dengan keadaan... even takdak kaki pun boleh hidup... harap-harap kucing tabah! jangan risau, selagi ada daya kebajikan kucing ni tetap aku jaga ><

27 Mei 2012

knitting again - kopiah untuk sahabat


kali ni aku sahut cabaran untuk knitting dalam jangka masa yang pendek.. tak macam hasil aku sebelum ni ambik masa 2 semester untuk siap... keja bertangguh punya pasal kan.. =_='

sekarang, tadaaaa!!! seorang sahabat request nak kopiah putih hijau sebab TERkenan tengok hasil knitting aku haritu... ramai actually yang request nak! nak! nak! untuk hasil seni jari jemari aku ni tapi aku dahulukan kopiah sahabat aku ni dulu sebab kebetulan birthday dia hari Selasa ni - 29 Mei

harap-harap dia suka dan yang pentingnya selesa la nanti dia pakai... tak sabar nak tengok respon birthday dia nanti ^^


terfikir jugak nak buat bisnes tapiiii, banyak benda kena pertimbangkan... aku tangguh dulu niat nak bukak bisnes knit nih sebab ada benda lain yang lebih penting aku kena habiskan.. sekarang knitting ni cuma jadi hobi...

21 Mei 2012

aku patah kaki

mitak maaf laa sebab dah lama aku tak muncul-muncul... kengkawan aku pun tanya ke mana aku menghilang... ujian kali ni betul-betul menguji kesabaran & ketabahan aku... nikmat Allah kurnia kat aku selama ni dah ditarik... mungkin sementara, mungkin jugak untuk selama-lamanya... tapi bagai ada sinar bila gadis bertudung biru muncul di kala aku kesakitan...


agaknya itu la kot apa yang kucing ni rasa... bukan AKU, tapi kucing ni yang patah kaki... :)

Jumaat lepas (3hari aku hilang dari belog ekceli sebab ada training PALAPES) kebetulan aku nak keluar nampak kucing tengah seret badan...ingatkan nak beranak, rupa-rupanya separuh badan dia dah lumpuh + kotor dengan najis... 

lepas aku mandikan kucing ni sikit, aku try examine dengan ilmu aku yang tak seberapa... emm, dari segi pemerhatian aku kucing ni patah bahagian pelvic (tulang pinggul) sebab area belakang dia memang tak sempurna... kaki dia pulak lembik, takde respon apa-apa bila aku tarik... patah jugak kot...

insyaAllah aku nak bawak kucing ni pergi vet nanti... tunggu next update yer apa agaknya nasib kucing yang patah kaki ni...

17 Mei 2012

[3] kek lapis terbang dari sarawak!


abaikan model 'comel' disitu... fokus kat kek ok!


kek yang aku dapat... alhamdulillah... thanx a lot kepada penganjur GA

meh tengok baaaanyak lagi jenis kek lapis sarawak 

16 Mei 2012

fobia sifir 8

berderau darah tiap2 yang berdarah dalam kelas 6 Dinamik (1st class student) bila cekgu yunus menapakkan kaki masuk dengan menggoyang-goyangkan rotan yang dah berbulu...

round 1:

"bangun! assalamualaikum, cikgu!" ketua darjah mengepalai suara-suara bebudak yang lain... macam biasa awal mula pertama mula kelas matematik, wajibulgunnah:

"waalaikumussalam! wahidah, 4x5? basha, 3x7? hafiz! kelas belum start dah menguap, hah! 8x9!"

macam tu lahh cekgu yunus soal sifir one by one, row by row, column by column... masa untuk menjawab: sekelip mata! lambat or salah, piaapppp! kebas jugakk laa tangan...

bila sampai turn aku: "ayu, 6x8?" argh! apesal sifir 8 jadi sifir bertuah bila sampai turn aku??? tak tau laa orang lain, tapi syaitonnirrojim memang sentiasa bisik kat telinga aku "aku berani potong tanduk aku, sifir 8 sampai ke sudah pon hang tak boleh hafal" ntah kenapa, aku akan blurr dalam 3 saat bila ditanya sifir 8 (smp skrg)...

round 2:
pernah buat macam ni tak??


ini kira kuiz.. pun wajibulghunnah kena buat sebelum kelas start... siapa paling lambat buat, padahnyer sama jugakk macam round 1... bila round 2 nih saat paling gabra bila sorang dah start angkat tangan "dah siap cekgu!" pastu bertalu-talu budak yang lain silap... tapi aku?? menggeletar pegang pensel nak cukupkan column sifir.... tangan ini lah yang selalu kena padahnyerr... =_='

aku selalu ditakut-takutkan kalau tak dapat matematik A dalam UPSR tak boleh masuk asrama penuh... dulu (90an) bila dapat masuk asrama penuh menjadi 1 kebanggaan giler2 punya... apatah lagi masuk unibesiti... tak macam sekarang, asrama penuh tu just jadi pilihan... masuk unibesiti macam masuk sekolah harian... eh, yeker?? aku rasa macam tuh.........

tapi berkat kegarangan cekgu yunus, berkat rotan berbulu beliau akhirnya alhamdulillah aku capai 5A (UPSR 2002)... dan orang pertama yang ucap tahniah adalah
cekgu yunus

SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru-guru
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEPETANG, TAIPING PERAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DENDANG, SELAMA PERAK
SEKOLAH  KEBANGSAAN GUGUSAN LEKIR, SITIAWAN PERAK
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG PERAK
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, CHANGLUN KEDAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR

p/s: sekarang bila cekgu rotan budak, bapak budak 'rotan' cekgu balik...

14 Mei 2012

knitting is easy as ABC!

cikgu aku: youtube
tapi kena pandai pilih video sebab ada tutorial express, ada yang kurang jelas dan sebagainyaa... setakat ni aku tak jumpa proper tutorial dalam bahasa, semua yang aku prefer dalam english...

dah siap! bila dah jadi macam ni macam-macam boleh buat depend on saiz laaa... untuk yang dalam gambar macam ni aku just boleh buat small pocket untuk duit syiling jer...

dalam banyak-banyak step aku rasa jahit zip paling susah... mungkin teknik aku tak betul kot! berbelit-belit benang aku buat... at last lepas usaha, berjaya jugak... betulla cakap omputih, no pain no gain!

masa untuk menghias! kebetulan member aku ada felt lebih so aku ambil kesempatan cilok sikit dia punya... daripada dibazirin ada baiknya aku ambil yer tak? kalau tak dia keja member aku ni nak buang jer... 

tadaaaaa!! dah siap!!! comel tak??? 
actually tempoh nak buat ni untuk beginner aku rasa tak sampai seminggu boleh siap.. tapi disebabkan kerja aku ni tertangguh, hampir setahun barulah dapat dihasilkan... kalau nak buat bisnes macam ni komfem customer baling periuk!

10 Mei 2012

gordang sambilan

untuk tajuk entri kali ni jangan risau, aku dah check banyak kali memang tak salah eja waima typo error.. memang ejaannya begitu...

tak pernah dengar? aku pun sebelum ni tak pernah tau jugak.. firstime member sebut, aku siap perli lagi "hang ni selsema ke sampai sengai tahap ni?" rupanya memang wujud pun gordang nih..

besaaaar gila kan? 
gambar nih bukan nak membuktikan aku kecik, tapi nak tunjuk gendang nih memang besar...

aku ada jugak buat research (ok, search tenet) pasal gordang nih dan tekaan aku tepat alat muzik ni asalnya dari Indonesia.. biasalah, orang dulu-dulu muzik bukan hiburan semata-mata.. ada hubung kait dengan adat & amalan.. tapi jangan risau, gordang hari ni takdelah sampai tahap khurafat.. ianya termasuk dalam alat muzik warisan..

instrumen gordang sambilan:
- 9 gendang saiz berbeza
- 2 gong
- cak lempong
- seruling
(instrumen bergantung pada jenis lagu yg nak dimainkan)

9 gendang yang dah disusun.. actually bilangan pemain pun varies jugak ikut lagu yang dimainkan

main gong paling senang orang cakap.. sebenarnya main gong paling susah!

cak lempong.. macam tak cukup jer kan?? memang pun.. tapi macam aku cakap tadi, instrumennya bergantung pada lagu yang dimainkan

aku main apa? aku tak main pun... aku tepuk-tepuk-support dari tepi jer.. hahaha... aku tak sempat nak ikut training main gordang sebab kena jaga ayam haritu.. apa aku sumbangkan:

aku tolong ikatkan sampin untuk budak-budak yang main malam apekebenda tah diorang kena buat persembahan haritu.. makin lama aku makin sedar tangan aku ni kreatif jugak.. XD

ok, jom aku kasi dengar sikit macam mana bunyinya gordang sambilan nih...

09 Mei 2012

SANAH HELWAH, YA SODIQATI!


08 Mei 2012

merentas halangan

ada yang panggil 'rentas halangan' ada yang sebut 'rempuh halangan'... whatever it is benda yang sama jugak... benda alah nih antara 'sukan wajib' dalam interkompeni PALAPES... interkompeni lebih kurang macam hari sukan laa...
terminologi 'kompeni' = 'rumah sukan'
cuba teka aku rumah apa??? mestilahh HIJAU!!! meh nak tunjuk sikit halangan apa yang  kena rempuh...

dah nama pun 'tembok 6 kaki'... setiap orang kena lepasi tembok 6 kaki ni dengan syarat-syarat tertentu... buat salah, ada penalti...

'berenang' bawah kawad berduri

monkey rack

lari 500m... bukan lari kosong jer...

ni haaa... dalam bagpack ada pasir 8kg + air 1L + M16

ekceli banyak lagi halangan kena tempuh (lebih 10 jenis halangan) tapi disebabkan wifi uni tak berapa 'nak kuat' macam aku, tak larat laa nak tunggu lama-lama upload gambar... 
letih??? memang letih.... tapi seronok!!! tambah pulak 'rumah HIJAU' johan, beronok-ronok jadinyer!

p/s: tak sabar nak tauliah Julai nih.....

07 Mei 2012

jawapan teka gambar

seperti yang aku jangkakan hampir seminggu aku  menghilangkan diri sebab hari Khamis lepas aku dah dapat rasa aura wifi uni aku nak buat hal... untung laa harini aku bawak lappy pegi fakulti... dapat la lepaskan kerinduan pada fesbuk & blog seketika sementara wifi uni dibetulkan... sob..sob..sob...

jawapan teka gambar baru-baru ni (baru laa sangat kan....) adalah KUCING HUTAN!

                             

tahniah kepada peng'komen' yang menjawap 'kucing.. hampir betul.. tapi yang tepatnya, KUCING HUTAN... sekali lagi KUCING HUTAN... ada rupa macam tikus eh gambar haritu?? hehehe....


comel kan???
kucing hutan ni abah jumpa masa ontheway balik dari kebun... sadisnya masa tu anak kucing hutan nih tengah merengek atas mayat ibu dia... sob sob sob... so abah pun bawak balik kucing hutan yatim piatu ni takut-takut ada binatang buas lain kacau dia plak...

baru lepas menyusu... kucing hutan ni tak pandai dok diam kalau lapar... dia akan senyap bila kenyang =_='
bersukaria dengan kucing rumah... baik pulak kucing rumah aku ni... macam tau-tau jer kucing hutan ni sedih... ada jugak kawan untuk kucing hutan ni...
 tapi ada orang cakap bela dari kecik pun nanti kucing hutan ni akan ganas jugak.. yeker?? sapa ada pengalaman bela kucing hutan???

02 Mei 2012

teka gambar


agak-agak nih binatang apa???
tunggu next entry yerr.. 
(entah bila.. tak dapat janji) 
=_='

1st GA BY CIK LYNN


EXPIRED DATE: 13  MEI 2012

SYARAT-SYARAT:
  • jadi follower Cik Lynn
  • buat entry '1st GA BY CIK LYNN'
  • copy pic atas & link ke  entry GA
  • hantar link entry korang tu ke entry GA ni....