30 Disember 2017

Cabai Kering Steamboat & Grill, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Abang Ayu ni kalau dalam acara terjah menerjah memang dia la 'kepala'. selesai job dia sebagai mutawwif, dia open table bawak 1 family makan makan. Tak ada plan pun. Search kat Facebook tempat makan paling terdekat, jumpa laa Cabai Kering Steamboat & GrillApa yang buat kami tertarik nak pergi terjah makan dekat sini adalah pakej steamboat & grill termasuk roti goyang leleh boleh order unlimited & Ikan siakap boleh request nak masak 3 rasa pedas atau sweet sour!

Mula mula sampai, tercai cari jugak restoran ni. Nasib ada signboard & banner besar. Sebab restoran ni sebumbung dengan gerai gerai lain di Singgah Sat Foodcourt Seberang Jaya, Pulau Pinang. Macam satu pesta makanan kat kawasan ni. Kami sampai around 9malam. Memang padatttt gila laaa. Meja full. Kami dah saling pandang memandang. Nak pergi tempat lain ke macamana ni...

Dah memang rezeki malam tu, tak sampai 5 min tunggu, satu family berangkat dari meja dan meja tu memang ngam sangat dengan family Ayu. Alhamdulillah. Duduk ja, terus kami order roti goyang leleh sorang satu. Sementara tunggu set up steamboat & grill.

Puas hati roti goyang leleh kat sini!!! WAJIB try. Adik Ayu tu entah dah berapa kali repeat order. Tukang belanja makan malam ni yang tak berambut tu. Baru balik dari tanah suci. Hehehe

Untuk steamboat, bahan mentah yang disediakan Ayu bagi 4 out of 5 stars. Daging & ayam ada beberapa jenis perapan. Macam ala seoul garden. Seafood pun banyak pilihan. Sayur sayur. Puas hati laaa makan malam tu. Tak da yang terbazir! Paling kerap kami topap ayam grill la. Sedap sungguh perapan tukang masak restoran buat. 

 HAPPY HOUR

Makan punya makan, tak perasan family Ayu laaa group last yang tinggal kat meja. Orang lain semua dah balik. Kah! Makan sungguh ni. Baru berbaloi. Cuba teka berapa total makan makan kat sini? RM230 jaaa lebih kurang! 1 kepala RM22.90 masa Ayu pergi tu. Berbaloiiii sangat. Puas hati makan. 

Kekurangan dia cuma satu ja. Tempat too crowded. Kalau ada baby mungkin tak berapa selesa laa. Mungkin perlu ada penambahbaikkan dari sudut susn atur meja pelanggan. Tapi bab makanan overall, Ayu puas hati!

Insyaallah ada rezeki nak repeat datang lagi. Ayu tengok admin Page Cabai Kering Steamboat & Grill update ada banyak penambahan menu.:
Char Koay Teow Live Kitchen
Teppanyaki Live Kitchen
Buffet Spread 5 Jenis Makanan
Masa Ayu makan haritu tak ada lagi Live Kitchen bagai ni. Tak sabarnyaaaa nak pergi repeat! Uols nak try, nak book tempat ke, terus refer official facebook diorang. Ada no telefon kat sana:


6 ulasan:

Fatin Shahrizam berkata...

Lepas baca dekat sini terus rasa nak pergi jugak. Hahaa dah plan lama tak sampai sampai jaa lagi :D

Siti Nuur Hidayu berkata...

Kena pegiii. hehehe. Banyak menu baru tu. Tapi jangan pi hari minggu. Hari kerja kurang sesak sikit.

Galaksi Viral berkata...

RM22.90 sorang. Okey juga tu kak, Meriah kak sekeluarga makan, hihi. GV dah follow blog akak. GV #506. :)

I am LZ berkata...

I like steamboat.. Bilalah boleh cuba jauhu nun di Seberang Jaya..

Siti Nuur Hidayu berkata...

Okey sangat kalau nak compare makanan & harga dia. Berbaloiii

Siti Nuur Hidayu berkata...

Manatau nanti bercuti ke Penang. Boleh masuk list jalan jalan cari makan. hehehe