11 Disember 2017

Setahun Fateh - Anak Obese? Jangan risau kalau...

Setahun Jagung Fateh

2015. Tahun yang telah mengubah status seorang Siti Nuur Hidayu menjadi seorang mak. Ada beberapa moments yang nak disemadikan kat sini. Sepanjang setahun tengok anak membesar depan mata. Anak first yang banyak mengajar erti kasih sayang sebenar seorang mak. I Love you, Mak. 

FRESH FROM WOMB - 3.44kg | 51cm

Ayu ada tulis marathon pregnancy hujung hujung sampai lah detik detik kelahiran anak putera raja ni. Nikmat yang tak tau Ayu nak bagitau macamana. Setiap wanita insyaallah akan merasa. Betapa agungnya kuasa Allah yang mengizinkan keluarnya khalifah bumi dari rahim seorang wanita. 
Boleh klik baca cerita Ayu kat bawah ni  Baca satu satu tau.


1 BULAN - 4.2kg| 51cm


Ayu pantang di kampung 30 hari ja.  Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Kuning cepat turun. Fateh pandai menyusu. Susu pun alhamdulillah cukup seadanya. Mak pesan lama dah. Pasang niat menyusu sampai umur 2 tahun awal awal. Insyaallah, Allah permudahkan. Ayu tak ambil apa-apa supplement pun.

 Lauk berpantang mostly rebus, sup dan panggang. Ada sayur, ada buah. Selang waktu, mak bancuhkan susu/nescafe makan cicah biskut kosong. Tak tau la sebab apa. Biskut kosong cicah susu masa dalam pantang ni kudapan paling sedap Ayu rasa! Makan tak berhenti. Bila Fateh lena ja, Ayu akan makan biskut! hahahaha


Sebelum balik Rawang, sempat buat majlis cukur rambut kecil kecilan. Orang tua tua kata buat syarat lepas. Cukur habis rambut Fateh. Terus lain muka! Mak menyesal. Sebab sayangnyaaa rambut kpop Fateh. Tapi orang tua tua kata rambut dari dalam perut tak elok nanti. Kena cukur semua. Sobs3.

2 BULAN - 5.4kg | 51cm


Berat naik dengan jayanya. Fateh dah pandai meronyeh lebar. Bila panggil nama, sengih sampai menyembur air liur. Dah pandai bersembang. ''aaaooo...aaaooo''. Ada ura ura nak pusing badan masa ni. Mak abah happy gila tengok Fateh dah pandai kilas badan. 

3 BULAN - 7.3kg | 58cm


Obese! Mana taknya. Selang 20 minit, susu. Nak tidur, susu. Bangun tidur, susu. Ni la hasilnya 100% breastfeed. Tak perlu risau tau anak obese kalau 100% menyusu badan. Baby bawah 6 bulan tak payah susah susah nak campur dengan makanan/minuman tambahan. Cukup dengan susu ibu sahaja. Melainkan kes kes tertentu di bawah nasihat pakar/doktor bertauliah. 

Bulan lepas dah mula nak kilas badan. Sebab berat dah naik, Fateh cuma mampu kepakkan tangan ja masa ni. Hahahaha. Selalu buat tummy time. Tapi tak boleh lama. Kesian tengok Fateh letih tercungap cungap nak tanggung berat sendiri.

4 BULAN - 8.4kg | 60cm


Berat terus naik dan naik. Fateh hanya mampu hayun tangan & kaki ja masa ni. Tapi hayunan tu amazingly Fateh boleh bawak badan dia mengesot keluar dari tilam! Mak dah mula risau sebab Fateh masa ni dah start pakai pampers saiz L. Kalau terus membesar, takkan nak pakai pampers orang dewasa! Hahahaha. Mak pasrah. Menyusu adalah aktiviti utama Fateh. Masa bermain, Fateh banyak tertarik dengan warna warna yang striking & bunyi plastik. Thanks a lot to ibu Alya bagi hadiah softbook. Peneman setia Fateh setiap masa buku & mainan tu.



Bulan ni jugak jadi sejarah tangan mak bengkak. Check doktor, sah. Carpal Tunnel. Sebab dok kelek Fateh sebelah tangan ja. Mak kekok kelek Fateh belah kanan. Setiap kali dukung, mesti tala ke sebelah kiri. Sudahnya, Tangan mak bengkak hampir sebulan. Tak boleh genggam tangan langsung. Dah rasa macam orang cacat Allah tarik nikmat masa ni.

5 BULAN - 9.25kg | 63cm


Masih diberi rezeki menyusu badan sepenuhnya. Direct feeding. Fateh refuse minum dari botol. Jenuh dah bertukar macam macam jenis puting botol tapi Fateh tak nak. Mak redho. Fateh nak yang original saja. huhuhu. Imagine. Dalam masa sebulan, Fateh upgrade saiz pampers dari L kepada XL. Kemampuan Fateh nak bergolek masih terbatas dek sebab berat badan berlebihan. Kesian weh! Nampak macam ala ala nak pusing, mak abah tolong sampai Fateh berjaya pusing. Ada la sekali dua lepas meniarap. Tapi nak pusing baring balik dah letih. Menangisss mintak dibaringkan sebab letih!

Masa ni dah berani bawak Fateh kelaur jalan jalan. Dulu bukan apa. Orang tua tua kata tak elok baby banyak keluar rumah. Immune belum kuat lagi. Ada laaa satu hari tu keluar jalan jalan dalam Tesco cuci mata. Sementara tunggu enchek suami beratur kat kaunter, Ayu pi cuci mata kat kedai berhampiran. Tokey kedai tegoq.

"Heyyy, comelnya anak u! Putih! Macam anak cina wo. Seryes anak u ke ni? Ini ikot apak dia kut putih"

Hemph! Ni nak kata Ayu gelap la tu. Takpa. Tunggu aaaaapak dia sampai. Elok sampai je enchek suami:

"Haa ni my hasben"

Sumpah tak reti nak describe muka tokey tu. Senyap truih.
Ala, fateh baru 5 bulan. Kami dah 25 tahun kena panaih matahari! Kami dulu kecik² pon putih jugakkk laaa. Ahahaha.

6 BULAN 9.8kg | 68cm


Terus mendebabkan diri dengan jayanya. 6 bulan dah start ajar makan solid food.  Tapi sebab Fateh obese. Kena control jadual makan & jumlah makanan. Sekadar nak bagi rasa ja. Kesian. Tapi alhamdulillah. Dalam obese Fateh tu, bulan keenam Fateh dah boleh golekkan badan sepenuhnya dan mula mengesot. Haaaa, bermula laa era 'kejatuhan' rumah dimana rumah tak lagi sentiasa kemas. Pantang letak, habis dirabatnya merata rata. Pantang betul budak budak ni. Tempat yang bahaya macam plug dan ada alat elektrik, kat situ laa dia nak buat projek. Letih!


7 & 8 Bulan - 9.8kg | 68cm


Gigi pertama Fateh! Soooo Cute! Tapi masa ni la bermula azab untuk seorang ibu yang direct feeding bila anak dah mula ada habit menggigit. Ouch! Fateh makin melasak. Berat maintain untuk 2 bulan. Masih mengesot. Tapi tahap kelajuan semakin meningkat!


Ada kala Fateh akan mula buat position merangkak. Bila nak bergerak, jadi ngesot balik. Hahaha. Tak padan dengan ngesot. Dah pandai bergantung dekat grill, meja & kerusi untuk berdiri. Kaki dah cukup kuat la tuu nak tampung berat badan. 


9, 10 & 11 BULAN 10kg | 68cm


Dah mula belajar merangkak & duduk. Tapi berat masih bertambah. Masih dalam kategori obese. Dan masih lagi breastfeed macam biasa. Masa ni Fateh makin aktif. Selalunya kalau kat rumah memang togel dengan pampers je. Sebab geram bila pakaikan baju asyik basah dengan peluh ja. Baru pakai 10 minit dah lenjun dengan peluh. Bau asyam lagi. Aduh, geram mak!  Bertambah geram bila tak boleh tinggal Fateh walau sesaat. Ada saja projek dia. 


Seawal Fateh 9 bulan, mak dah nampak. Fateh is an animal lover! Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?  Langsung tak takut dengan binatang. Kucing, kambing, ayam, itik semua dah jadi member rapat Fateh. I'm proud of you! 


Firstime bawak Fateh holiday. Itu pun sebab ada family day dengan geng Coway. Jadilaaa. Tahap kesabaran mak tak tinggi. Bila Fateh moody, mak lagi moody! Hahaha. Dilema anak direct feeding. Nak cari tempat tu yang alahai... Anak dah tak sabar sabar nak menyusu. Nursing cover? Useless! Fateh tak suka berselubung dengan nursing cover. Sudahnya, tiap kali Fateh nak menyusu, mak marathon bawak Fateh naik bilik. 


Paling tidak, berjalan balik kampung ja la. Sebab Fateh dah mula kenal orang. Dia punya mengamuk bila orang yang dia tak kenal dukung, bikin mak mengamuk jugak! Fateh paling manja dengan tokwan & atuk. Amboi, kalau dengan tokwan & atuk, tak menyusu pun boleh tidur tau. 

12 BULAN - 10.4kg|70cm


Genap setahun Fateh. Masih Obese. Dan masih breastfeed. Fateh mula bertatih langkah pertama pada umurnya 1 tahun 5 bulan. Masih lagi dalam kategori obese. 

Nampak tak? Berat Fateh sepanjang masa tak pernah jatuh. Fateh pernah demam beberapa kali. Still berat badan dia tak pernah turun. Alhamdulillah, mudah sangat nak jaga Fateh. Tak pernah sakit yang teruk teruk melarat sampai ke warded. Buat ibu ibu yang ada anak obese, jangan risau kalau anak breastfeed dan kekal aktif. Kalau anak minum susu formula, jangan segan silu refer doktor/pakar. Jangan skip temujanji yang dah ditetapkan. Ayu follow je temujanji dari klinik kesihatan kerajaan. Free ja. Kalau suka dan mampu, pergi lah klinik swasta. 

Saat Ayu menulis entri ni. Fateh dah pun berumur 2 tahun 6 bulan. Dah mula pandai bercakap & meniru apa yang mak abah buat. Otak cerdas. Sekali dengar & lihat semua terus terekod. ABC, 123, Alif Ba Ta yang basic dah jadi nyanyian harian. Moga Fateh terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh hendaknya. Harta dunia akhirat mak & abah. 
Amiin.

"BEING A MOTHER IS LEARNING THE STRENGTHS YOU DIDN'T KNOW YOU HAD''

Tiada ulasan: