Dalam ayat 60 dari Surah Al-Mu'min Allah berfirman:
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina"
Ada seorang hamba Allah send 1 doc full dengan doa-doa pilihan... Dan majoriti Doa-doa tu petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran.. Katanya yang dia kasi ni khas untuk sakit kulit tapi apa-apa jenis penyakit pun kita boleh guna pakai doa ni...
Bila kita dah usaha & tawakkal dengan ubat moden dan tak kurang jugak ubat tradisional, kita topup dengan doa sebab DOKTOR just MENGUBATI... ‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya
tidak syirik kepada Allah SWT. Hanya DIA sahaja yang boleh memberi kesembuhan.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (4) Engkaulah sahaja Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepadamereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7)
(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
(3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
(4)Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
(5)Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (21) Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (22) Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, Maha Raja, Yang Maha Suci. Yang Maha Sejahtera, Yang Maha mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memiliki Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan (23) Dialah Allah Yang Maha Menciptakan, Yang Maha Mengadakan, Yang Maha Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada dilangit dan dibumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana (24)
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya
Dan (sebagai) rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka), "sesungguhnya aku telah datang kepadamudengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung, kemudian aku meniupnya maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah, Dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku memberitahukan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan dirumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman (49)
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis (1) Berkat nikmat Tuhanmu, kamu Muhammad sekali-kali bukan orang gila (2)