24 Mac 2013

Tension ja, pegi air terjun

Argh! Esok dah start kerja~

Aku tak cerita lagi ladang ni ada air terjun. Tapi tak boleh buat kuak rama-rama sebab airnyer paras lutut ja. Aku panggil air terjun sebab air sungainyer memang berterjunan. Boleh kata mini air terjun. Jalan kaki je. Tension buat kerja, terjun. 
Kena marah dengan manager, terjun.
Boring-boring time weekend, terjuuuun.


Tadaa! Mini air terjun! Air paras lutut. Tapi syiok woo. Dah kata air terjun airnyer mesti la sejukkkk! Sumber air untuk ladang tenusu ni. FYI, lembu tenusu sangat-sangat memerlukan air yang bersih untuk produce susu yang berkualiti & berkuantiti. Free-free je guna air sungai. Tak payah bayar bil tapi ladangnyer macam biasa la. Jauh nun dalam hutan banat.


Aktiviti wajib: Basuh baju
Pam air kat rumah sekarang belum upgrade. Air memang tak syiok sangat la tambah-tambah nak basuh baju. Part nak bilas tu berjam baru siap sebab air halus. Bila baju bertimbun, memang ke sini la aku pergi. Sekali celup dah bersih.

1 lagi view cantik sungai ni

15 Mac 2013

tangan kanan buat spoil

Harini dapat la aku cuti sehari untuk rehatkan tangan atas nasihat doktor. Tangan aku dah 2 minggu kebas-kebas lenguh. Buat kerja sikit cramp. Paling terasa kat ibu jari. Mulanya aku ingat cramp biasa. Kot a salah tidor. Tapi dah 2 minggu tak hilang, makin sakit sampai ke bahu. Risau kencing manis je. Teringat mak selalu kebas kaki-tangan. Orang kencing manis memang camtu.

Aku taktau ucapan 'Alhamdulillah' terpacul kat mulut untuk apa. Untuk sakit yang menggugurkan dosa tangan jahat ni ataupun sebab sakit tak serious. Tangan aku maybe terkejut buat kerja berat. Doktor cakap kalau seminggu tak hilang lagi, kena pegi x-ray. Dapat la 2 ketul plastik ubat diberi nama 'saraf & bisa'.


Pelik bin ajaibnya 3 tahun aku buat aktiviti berat dalam PALAPES takdak pulak kebas-kebas tangan nih. Gali kubu 1meter, bawak backpack yang nak sama berat dengan aku, hold M16 berjam-jam masa kawad. Steady jer. Memang banyak kerja berat kena buat kat ladang ni tapi baru sebulan kot tangan aku dah spoil. Serious pelik. 

01 Mac 2013

Kutu babi

Kutu babi fresh baru cabut dari lembu. Ni tengah kenyang darah ni. Besar tak besar tengok la dah nak sama saiz dengan jari dah. Ini bukan jari aku, jari budak laki dalam gambar ni. Yang kat sebelah tu nampak kempis sebab dah kena lenyek. Sebelah tu darah dia la tu. KEHKEHKEH. terasa diri ini kejam lak.

Tapi tak kejam! Memang kena buang pun kutu babi nih. Lembu boleh demam, tak lalu makan atau lagi teruk dijangkiti blood parasite yang boleh buat lembu mati.

Ni kira first time aku pegang & tengok kutu babi ni dari dekat. 
Kagum wey! Rupanya kaki kutu babi ni dia boleh masuk-keluar dari badan dia. Macam kura-kura tuh. Siot je tengok kaki dia yang halus-halus tu keluar masuk dari badan. 


Mintak maap kalau korang tengah makan! HAHA