21 Jun 2013

Kalau dah lidah belacan, memang dah takda tempat untuk cheese

Dengan selesainya pembentangan laporan praktikal aku pagi tadi maka selesailah jugak sesi pengajian ijazah aku kat UPM ni selama 4 tahun. Alhamdulillah. Allah still hidupkan diri yang penuh dosa ni dan dikurniakan jugak tubuh badan yang sihat. Sekarang boleh la fikir pasal kawen! WAHAHA!

Kawen. Hoih, word ni dah start 'panaih' dah sekarang. Lagi-lagi bila dah habis belajar ni, ada je la yang menyinggah tanya pasai kawen. Alkesah, pagi tadi aku sembang pasal cita-cita jangka masa panjang pun boleh pusing pasai kawen jugak. Alangkah bahgianya aku kalau aku boleh jawab soalan-soalan cepumas tu.



Okey kita lupakan sat pasal kawen tu.
Aku rasa ramai ja yang ada masalah macam aku. Omputih dimulut (speaking) tak sekencang omputih ditangan (tulisan). Sepatutnya last presentation pagi tadi boleh jadi presentation yang paling baik tapi vice verse pulak jadinya sebab gelabah  tahap cipan jumpa manusia. Gelabah tu macam alasan je, hakikatnya aku memang tak boleh speaking lancar macam orang lain. Paling kurang mesti ada tersasul. 

Aku ingat lagi kat sekolah menengah dulu ada program 'public speaking' tiap-tiap kali perhimpunan untuk memperkasakan lagi bahasa omputih. Bukan A1 dalam SPM je, tapi lisan pun nak A jugak. Caranya tiap-tiap pagi nama orang bertuah akan dicabut. So hari-hari kena ready la untuk jadi orang bertuah. Tapi sampai kesudah aku tak pernah jadi orang bertuah. WAHAHA! 

Zaman kat matrikulasi pulak tak tekankan sangat pun dalam bab komunikasi. Kalau ada pun buat presentation dalam kelas tutorial. Itu pun jarang. Jarang sangat. Kat matrikulasi memang jadi ulat buku je. Last-last, time MUET hancur. Aku skor part exam bertulis je. Part dengar & speaking macam nak nangis aku tengok. Tapi keputusan MUET tu sampai sekarang takda guna pun. Bila isi borang SPM je yang ditanya. Lega la sikit, SPM aku bahasa omputih A1. Nampak tak. Lidah memang tak boleh nak tolerate dengan baik kalau nak dibandingkan dengan tangan aku. 

Bila masuk U baru lah aku nak merangkak lancarkan speaking aku. Kadang-kadang ada timing jugak aku punya lidah ni. Kena pada tempat smooth je speakingnya. Kalau takat nak present dalam kelas depan member tak kisah. Ni presentation aku yang hancur-hancur semua kena present dalam dewan depan semua lecturer, junior, lab assistant hatta kerani jabatan pun datang tengok jugak. Mana tak gelabah. Pengalaman 2 kali present dalam dewan besar aku rasa present praktikal pagi tadi lagi teruk kalau nak compare masa aku present FYP dulu.

Aku tak salahkan sesiapa. Banyak faktor kenapa sampai sekarang susah nak speaking. Memang la orang kata tak mati pun tak leh cakap omputih tapi zaman sekarang ni bahasa omputih paling penting. Apa-apapun, untuk sedapkan hati sendiri, aku selalu tepuk dada sambil cakap:

"Tak terer bahasa omputih pun takpa. At least terer bahasa arab. (terer la sgt kn). Bahasa arab bahasa syurga woi. Bahasa omputih tu duniawi jaa. WAHAHA

17 Jun 2013

Mula tanam anggur | Antara dua Parti

Entah kenapa agaknya term ‘tanam anggur’ orang guna untuk mendefinisikan kondisi seseorang yang tengah menganggur. ‘Meng-anggur’. Imbuhan ‘meng’ tu selalu digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang sedang dibuat. Tapi kenapa tanam? ‘meng’ kat situ boleh jadi petik anggur, jual anggur, makan anggur pon boleh. Eh, apa jadah serius sangat diskus pasal term menganggur nih. Takde  koje betul. Sah. Memang takde koje.

Unofficially sekarang aku dah tamat sesi pengajian untuk dapatkan segulung ijazah. Tak payah susah hati nak fikir pasal assignment, test, exam ke hape. Sekarang boleh la tumpukan perhatian untuk fikir pasal berumah tangga pulak. wee! Siapa nak kawen dengan aku angkat tangan!

*bunyik cengkerik*

Soalan yang orang selalu tanya kat aku sekarang tak kira kat mana aku berada hatt di alam maya: “nak keja apa pas ni?”

Kalau boleh jawab la aku nak keja apa macam-macam keja aku nak. So soalan tu sebenarnya kena dibetulkan. Supposedly tanya la aku “pas ni BOLEH buat keja apa ja?” Haa, soalan ni relevan sikit untuk aku jawab. Dalam kepala macam-macam aku nak buat sementara tengah ‘tanam anggur’ ni. Kalau sebelum ni separuh dari umur aku yakni 12 tahun life aku cuma kat hostel untuk study. Sekarang sampai masa untuk aku berbakti pulak. Sebaik-baik ‘tanam anggur’ biarla ada hasilnya. Sementara aku tak buat apa menunggu kerja yang setimpal dengan kelulusan ada baiknya aku tolong kedai runcit family aku yang sekarang ni hidup segan mati tak mau.

Aku tak pernah mention pun family aku mewarisi kedai runcit kan? (fuuu, mewarisi!) Kedai runcit kampung. Rumah aku sekarang ni kira rumah kedai la orang kata. Rumah kedai ala kampung. Sekarang ni lain macam sikit kampung aku lepas pilihanraya. Bahang pilihanraya tak reda lagi. Dulu tak la seteruk macam ni. Sedih aku. Tu yang muncul luahan hati berseni haritu. Terlampau sedih. Mulanya aku tak mau kecoh tapi makin lama aku rasa makin teruk pulak.

Sekarag dah ada kedai runcit PAS, kedai runcit UMNO.

warung nasi lemak PAS, warung nasi lemak UMNO.

Kenduri kawen orang PAS, orang UMNO tak pergi. begitu jugak sebaliknya.

Paling sadis sekali, time solat jemaah kat masjid kalau imam yang naik tu orang PAS, orang UMNO tak mau datang masjid. Boleh nampak clear time solat jumaat. Kalau si imam tu orang PAS, tang-tang tu jugak orang UMNO terjun keluar tingkap. Tapi kes ni aku tak pernah nampak orang PAS terjun tingkap sebab belum pernah orang UMNO naik imam. Bukan nak buruk-burukkan. Tapi ini realiti. Oh ye, rumah kedai aku ni betul-betul sebelah masjid kampung. So apa-apa ‘kejadian aneh’ memang selalu aku nampak. 

Aku tak tau apa aku boleh buat untuk kembalikan keharmonian kampung aku ni. Sedih. Orang tua dengan egonya, orang muda pulak dah rasa cukup ilmu di dada membongkak sini sana. Tak ada usaha nak pulihkan keadaan. So azam aku lepas habis belajar ni nak pulihkan keadaan kedai runcit aku dan secara tak langsung dengan misi-misi yang ada dalam kepala hotak ni dapat la aku kembalikan keharmonian kampung. Kalau tak harmoni pun takpe, janji orang kampung ni terdidik la sikit kepala hotak tu. Jangan ingat dalam dunia ni ada PAS ngan UMNO je. Kampung penduduknya 100% orang Islam, tapi bila berpolitik bab fardhu ain kucar kacir. Bab fardhu kifayah jangan tengok la.  Kita ni selalu tak sedar TERbangangkan diri sendirti. Tapi pesan aku nak jadi bangang boleh, tapi biarlah bertempat. HEHE.


Tempat korang ada macam ni tak? Haih…

11 Jun 2013

5 beradik yatim perlukan perhatian

Sobs… sobs… Sobs..
Si Ibu tua dah mati. Boleh diclassifykan mati tua. Tak silap 8 kali ibu tua hasilkan anak-anak yang comel. Ada yang dah mati awal dari ibu tua, ada yang dipindah milik bila dah ada jiran terkenan, dan ramai jugak yang sambung perjuangan ibu tua menghasilkan anak-anak yang comel. Tapi nasib generasi yang ke-8 tak berapa nak baik. Baru berapa minggu diberanakkan, ibu tua dah mati.

 Ibu tua dalam kenangan

5 beradik krohhhh krohhhh... Bangun takde benda lain buat selain bising cari susu

 Disebabkan 5 anak comel ni still menyusu, kitorang dah berusaha dengan gigih cari milk replacer ngan botol susu sesuai untuk pastikan diorang terus survive. Harapnya lima-lima terus survive. Untuk generasi kali ni banyak jantan pulak. Pelahap minum susu pulak tu. Kali ni punya generasi aku niat nak mandulkan diorang la bila dah besar. Nah tengok aksi diorang nyonyot susu.





Anyway, JAKIM dah tetapkan hukum pemandulan kucing adalah HARUS tapi tak dinafikan ada selisih pendapat dalam hukum pemandulan kucing. Hukumnya harus sebab banyak kebaikan dari keburukan. Ada setengah orang kata “kejam gila dowh mandulkan binatang!”

Dikatakan pemandulan kucing jantan pada masa yang tepat boleh kurangkan insiden kencing merata. Kucing jantan memang famous dengan hobi kencing merata dia. Bukan hobi sebenarnya, tapi kebanyakan haiwan ‘tanda’ kawasan dia dengan kencing termasuklah kucing. Bila wujud aktiviti ‘tanda-menanda’ ni, kebarangkalian untuk kucing bergaduh adalah tinggi. Macam dalam drama melayu kononnya, kalau kau masuk kawasan aku, bersiap sedia la untuk wrestling. Hasil wrestling kucing jantan kau hilang mata, patah kaki, luka-luka dan apa sajalah dalam fikiran korang kesan wrestling ni. Lagi satu, Kalau kucing jantan kau kencing kat rumah kau takpe, kau willing nak basuh kan. Tapi yang tak bestnya kalau kucing jantan kau kencing kat rumah jiran yang benci kucing. So, kejam kah pemandulan ini?

Another thing kucing naturenya merayau. Kucing memang ingat jalan balik rumah, jangan risau. Tapi kalau dia balik rumah dengan perut memboyot entah anak sapa, pastu kau pulak dah tak larat nak jaga anak kucing yang bertimbun dalam rumah. Nak bagi orang boleh, tu pun kalau ada orang berminat. Kalau takde, nak buang kucing macam orang lain buang kat restoran? kat pasar tu? Mana lagi kejam?


Eh, dah tersesat jauh dah entri ni. Dari nak cerita pasal 5 beradik ni dah emo pasal pemandulan pulak. Kalau ada yang tak puas hati pasal hukum pemandulan boleh la rujuk mana-mana ustaz yang arif lagi berwibawa yer. Adios!

10 Jun 2013

Kampongku sudah berubah

Kampongku sudah berubah,
penduduknya dulu sepakat kini berbelah,
tiada manis senyum dek kerna berbalah,
sanak saudara bertelagah,
jari telunjuk cari siapa salah,
sebenarnya diri sendiri tak tentu arah.

Kampongku sudah berubah,
warga emas ego tak sudah,
anak muda bersosial 'penyakit' bersepah,
jiran tetangga dah lama goyah,
fardhu 'ain kucar kacir apatah lagi fardhu kifayah.

Kampongku sudah berubah...
Allahurabbi...
-100613; 1220-

Matcha Green Tea Ice Cream

Bukan mamak punya aiskrem.
Mat Cha punya pun bukan jugak.

Matcha ni sejenis teh hijau. Aku jumpa Matcha Green Tea shop ni kat AEON Tebrau, Johor. Basically kedai ni jual herba yang berasaskan teh hijau Matcha ni lah. Apa yang menarik diorang ada product berbentuk aiskrem. Macam Mcd punya sundae.


Sedap! Dalam banyak-banyak green tea aiskrem yang pernah aku rasa, yang ni paling sedap. Tapi aku tak puas hati sket dengan 'ketinggian' aiskrem ni. Harga RM3. Aiskrem Mcd baru RM1.50. Nasib baik sedap. 

Dear owner,
Seandainya anda sedang membaca entri ini, 
harap anda menimbang tara harga atau 'ketinggian' aiskrem anda .

Regards,
''Peminat Matcha Green Tea Aiskrem"

Muncung tak puas hati sebab aiskrim ''tak cukup tinggi''

Kena attack dengan ''anon''

Aku tak pernah nak sekat sapa-sapa yang nak tinggalkan komen kat blog ni walaupun guna title "anonymous". Tapi sejak kebelakangan ni aku ter-annoyed pulak dengan "anonymous". dah nama pun "anonymous", ntah dari mana datang mestilah tak tau. So sekarang ni aku ubah setting peng-komen yang boleh komen hanya yang ada ID je..

Sampai musim perang, si "anonymous" ni aim kat 1 entry je.. ada la dua tiga entry aku yang dah jadi mangsa. Komen yang masuk spam jangan cakap la. Beribu. Kenapa ntah ye? Ada sesapa yang pernah jadi macam ni?


07 Jun 2013

D' Greato Momento

4 bulan kat sini syiok, sedih, marah, remuk dendam semua terpahat kat dalam taman ni. Maksud aku dalam hati.

"Dalam hati ada taman, dan dalam taman ada puterinya" - Lagu M Nasir.

HAHA. Merepek tak sudah. Tapi better aku merepek daripada aku maki hamun. Bila aku merepek tu tanda puteri dalam taman dalam hati ni tersangatlah gumbira. Bila aku maki hamun tu makna nasib kurang baik. Tapi aku akan meminima seboleh yang mungkin untuk tidak maki hamun dalam blog.

Aku nak cerita yang syiok-syiok je dalam entri ni. Benda yang boleh aku maki hamun tak payah la cita. Benda berkait dengan orang lain tak baik heboh-heboh. Jadi mengumpat kang. Berjuta orang baca, berjuta aku berdosa. Eceh, bajet juta-juta reader blog ni.

1. Banglo kat tengah-tengah ladang memang superb! Bangun pagi, bukak tingkap enfffffff~ udara segarrr. Sesekali angin pagi bawak bau tahik lembu. ahhh. Tak terkata tenangnya hidup. Tetiap pagi bangun dengan nak mula kerja cool je. Tapi jangan tegur time balik kerja, time tu sunset pun tak mampu menenangkan fikiran hoi.


2. Kalau dulu aku ngutuk kaki pancing. Apa jadah melangut lelama tunggu ikan. Tapi bila aku dah start pegang batang pancing walaupun seraut ranting pokok akasia, tiap-tiap weekend aku melangut tunggu ikan. Paling best bila nak sentap bapak ikan. Pergh! Nikmat hoi dapat tarik naik ke darat. Selalu ikan besar cam bawah ni kitorang bakar. slurrrp!

Amacam. Terliur takk???

3. Bagitau aku kerja kat ladang mana tak penat? Tak ada yang tak penat hoi. Kalau tak pandai cari 'hiburan' time kerja memang tak hidup aku kat sini 4 bulan. Nak nak kena 'gosok' dengan owner ladang. Lagi haru. Selalunya bila stok makanan lembu baru sampai, kitorang semua pegi geledah bahagian tongkol jagung dulu.  Berguni kot jagung yang elok. Takkan jagung nan sempurna ni nak bagi kat lembu? Lembu makan tongkol jagung sudah. HAHA. Cenggini la bila dapat jagung. Cari port makan baik punya. Kalau hujan lagi syiok makan jagung rebus. Lebih, bawak balik buat bubur jagung. om nom nom nom!


4. Firstly gambar bawah ni jangan tengok kat aku. Ce perhati dulu kat belakang. Cantik bersih je kan kandang lembu? Tersusun rapi. Ok sekarang baru tengok aku. Kerja dah tak ada pandai-pandai la buat 'ibadah senyap'. Maksud aku merehatkan mata. Ataupun dalam undang-undang menembak, tutup mata yang tidak digunakan. Sekarang ni dua-dua mata tak diguna. Apa salahnya tutup kejap? HAHA. Jangan tanya kenapa aku tidur sambil 'menulis'. Dari sekolah dulu memang cenggitu aku cover tidur dalam kelas. WAHAHA.


Ok lah. sampai sini dulu. Nak packing barang. 
Esok balik Perak hoi!

04 Jun 2013

UK Farm. Bukan United Kingdom, bukan jugak Ulu Klang. Tapi…

Dalam beberapa hari lagi aku nak habiskan tempoh praktikal dalam Hutan Lipur Panti ni, tuan ladang minta aku & the gang berurusan dengan Institut Haiwan Kluang untuk analyze makanan lembu. Bukan kami yang kena buat, hantar kat makmal je. Alhamdulillah urusan tak adalah sesusah mana yang disangka. Kepergian ke sini pun atas nasihat pensyarah. Dan yang penting, proses analyze makanannya FREE OF CHARGE. So, siapa yang teringin nak buat proximate analysis terutama untuk peladang-peladang sekalian, tak kira lah ration yang korang buat sendiri atau nak hantar bahan mentah pun boleh selagi tengah FOC ni.


Selesai urusan yang tak berapa nak lama tu, terdetik lah hati nak pegi UK Farm sambil-sambil melawat 2 orang sahabat kat situ. Kalau tanya tempat menarik kat Johor mesti orang cakap Air Terjun, Pantai kat Mersing nuh. Tapi aku nak ketengahkan sebuah LADANG sebagai tempat menarik kat Johor. Selang 2 langkah je daripada Institut Haiwan Kluang ni. Okey, yang 2 langkah tu aku tipu. Tapi yang pasti dekat la. Dari tepi jalan, ada banyak signboard UK Farm. So jangan risau, tak sesat punya walaupun korang tak pernah sampai ke Johor. Sesampai je korang kat pintu pak guard, maka bermulalah journey kitorang dalam UK Farm. Dah nama ladang, jangan nak expect jalan masuk ke ladang dibentang dengan karpet merah, okey?


Dah nampak mercu tanda ni kiranya dah masuk dalam kawasan jajahan UK Farm dah. Kereta tak sempat nak berhenti lagi 2 orang sahabat yang praktikal kat sini dah siap jemput kat tengah jalan. Semangatnya diorang bila kitorang datang melawat. Tempat pertama kami dibawa: Unit kambing. Comel-comel gila kambing kat sini. Maybe aku dah muak tengok lembu gedabak-gedabak. Anak lembu pun paling kecik 30kg. Bila tengok anak kambing terasa lagi comel pulak dari kucing. Nak-nak yang kaler putih.


Apa je yang korang boleh buat selain tengok-tengok je? Kalau ada yang berminat boleh je nak susukan anak kambing ni. RM3 untuk sebotol susu. Ha, korang sua la kat mulut diorang ni. Jangan menangis dah la sebab kambing-kambing ni gejoloh belaka tau. Lepas tu, kitorang dibawak pulak untuk menyaksikan aktiviti perah-memerah susu kambing. Tester susu kambing pun diberi kepada para pelancong tak kira korang pernah minum ke tak. Yang paling best, kat sini ada jual baaanyak benda-benda yang terhasil dari susu kambing. Ais krim, susu 3in1, syampu, sabun, lotion.


Disebabkan kesuntukan masa, kitorang dibawa terus ke perkampungan orang asli. Kalau pergi reramai dengan family lagi best. Bersukaria dalam kampung orang asli ni. Selain perkampungan orang asli, ada banyak lagi spot menarik dalam ladang ni. Korang boleh amek feel New Zealand dengan ratusan bebiri, layan keletah burung unta, ada dusun buah, restoran fresh dari ladang dan yang penting kalau korang datang dari jauh ladang ni menyediakan chalet. Chalet dalam ladang! Berapa RM 1 malam tu aku tak sure pulak. Tapi kalau nak menyinggah sahabat aku cakap per entry RM40. Mahal tapi berbaloi takpe tambah-tambah untuk orang yang memang teringin nak rasa feel dalam ladang. Masa aku datang ni ramai visitor dari Singapore.

Jom layan beberapa gambar sekitar UK Farm:

Spot best untuk posing berdua-duaan. HAHA

Kenangan kat teratak orang asli. Yang baju hitam tu Tok Batin. Okey aku tipu.

aktiviti sumpit menyumpit

Amek feel Bawang Putih Bawang Merah dengan putera raja. HAHA