Si Ibu tua dah mati. Boleh diclassifykan mati tua. Tak silap 8 kali ibu tua hasilkan anak-anak yang comel. Ada yang dah mati awal dari ibu tua, ada yang dipindah milik bila dah ada jiran terkenan, dan ramai jugak yang sambung perjuangan ibu tua menghasilkan anak-anak yang comel. Tapi nasib generasi yang ke-8 tak berapa nak baik. Baru berapa minggu diberanakkan, ibu tua dah mati.
Ibu tua dalam kenangan
5 beradik krohhhh krohhhh... Bangun takde benda lain buat selain bising cari susu
Disebabkan 5 anak comel ni still menyusu, kitorang dah berusaha dengan gigih cari milk replacer ngan botol susu sesuai untuk pastikan diorang terus survive. Harapnya lima-lima terus survive. Untuk generasi kali ni banyak jantan pulak. Pelahap minum susu pulak tu. Kali ni punya generasi aku niat nak mandulkan diorang la bila dah besar. Nah tengok aksi diorang nyonyot susu.
Anyway, JAKIM dah tetapkan hukum pemandulan kucing adalah HARUS tapi tak dinafikan ada selisih pendapat dalam hukum pemandulan kucing. Hukumnya harus sebab banyak kebaikan dari keburukan. Ada setengah orang kata “kejam gila dowh mandulkan binatang!”
Dikatakan pemandulan kucing jantan pada masa yang tepat boleh kurangkan insiden kencing merata. Kucing jantan memang famous dengan hobi kencing merata dia. Bukan hobi sebenarnya, tapi kebanyakan haiwan ‘tanda’ kawasan dia dengan kencing termasuklah kucing. Bila wujud aktiviti ‘tanda-menanda’ ni, kebarangkalian untuk kucing bergaduh adalah tinggi. Macam dalam drama melayu kononnya, kalau kau masuk kawasan aku, bersiap sedia la untuk wrestling. Hasil wrestling kucing jantan kau hilang mata, patah kaki, luka-luka dan apa sajalah dalam fikiran korang kesan wrestling ni. Lagi satu, Kalau kucing jantan kau kencing kat rumah kau takpe, kau willing nak basuh kan. Tapi yang tak bestnya kalau kucing jantan kau kencing kat rumah jiran yang benci kucing. So, kejam kah pemandulan ini?
Another thing kucing naturenya merayau. Kucing memang ingat jalan balik rumah, jangan risau. Tapi kalau dia balik rumah dengan perut memboyot entah anak sapa, pastu kau pulak dah tak larat nak jaga anak kucing yang bertimbun dalam rumah. Nak bagi orang boleh, tu pun kalau ada orang berminat. Kalau takde, nak buang kucing macam orang lain buang kat restoran? kat pasar tu? Mana lagi kejam?
Eh, dah tersesat jauh dah entri ni. Dari nak cerita pasal 5 beradik ni dah emo pasal pemandulan pulak. Kalau ada yang tak puas hati pasal hukum pemandulan boleh la rujuk mana-mana ustaz yang arif lagi berwibawa yer. Adios!
6 ulasan:
comelnye la anak² kucing ni..jaga mereka baik²..
InsyaAllah i will :)
comelnya kucing tu minum susu
yup, kucing tu haiwan kesayangan nabi . :)
btw done follow.
follow back.
blackisswhite.blogspot.com
comeyyyy.. eee, geram ni. huhuhu
p/s : tlg sya please ;( http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/06/17-tolong-aku-please.html
nur fadhilah: mula-mula memang comel. bila dah lama ni geram pulak dgn sikap pelahap diorang ni. sabor je la.
------
syuk shusuke: benar sama sekali wahai saudaraku :)
------
qaisara raihana: eh. eh. takpe saya faham kegeraman anda. hehe
Catat Ulasan