Nak dating tengok wayang takde cerita best. Lagipun everey week mesti ada sesi exercise siket untuk mak buyong. Selalunya joging kat dalam Bukit Ekspo UPM, jalan-jalan dalam mall sambil cuci mata. Tapi dah bosan sangat dah semua tu. Sebab tu la semangat cari swimming suit aritu. Dah lama gila kot tak pegi pool sejak habis study!
Untuk perenang beginner macam aku ni, elok la asah lagi skill swimming kat pool. Selamat, takde ombak. Takde batu. Tapi mostly pool wajibkan swimming suit. Tu je la. Eh apa nak risau, swimming suit RM75 kan ada. Cepat pegi beli! kikiki.
Actually Putrajaya ada banyak pool. Sebab tak pernah pegi yang mana-mana, kami pilih yang paling dekat dulu, Pusat Marina Presint 5. Sebelah je dengan pullman resort.
Bangunan Marina Putrajaya
Pool kat sini ada 4 session. Kalau tak nak ramai orang, sila pegi sesi awal. Pool indoor kot. Berbumbung. Entry RM5 dewasa. Kalau takut clash dengan swimming class ke, boleh la call 03-8888 0317 tanya pape yang patut. Strongman call sebab nak tanya cap & goggle wajib pakai ke tak. Katanya wajib tapi tengok suma yang terjun selamber je takde cap & goggle.
First Session [09.00 am - 11.45 am]
Second Session [12.30 pm - 03.15 pm]
Third Session [04.00 pm - 06.45 pm]
Fourth Session [07.30 pm - 09.45 pm]
Sebab sampai awal, kitorang lepak kejap kat kafe. Iyeee, ada kafe. Tapi sebab dah makan before, tak order pape la. So takleh nak komen sedap ke idak. Tapi view kafe kat sini cantik sebab open air sebelah tasik.
Kolam untuk dewasa. Tapi ramai je haaa bebudak terjun.
Lepas tukar baju, apa lagi. terkuak-kuak la dalam tu. Pool kat sini ada 2 je. 1 untuk bebudak, 1 untuk dewasa ni haa. Dalam dia takat dada aku. Dia punya kedalaman tu sama je. Lantai pool ni tak descending makin lama makin dalam macam kat tempat lain. Not bad. Luas jugak. Yang bestnya air dia sejukkkk! Rasa macam mandi kat air terjun pulak sebab berbumbung.
Cak! Mak buyong dengan swimming suit baru. Jadi model tak berbayar pulak.
abah-to-be memerangkap coach renang I.
Timing kitorang pegi memang syiok sebab tak ramai orang lagi. Bila dah sejam lebih berendam baru la orang start ramai. Bila dah ramai nak swimming pon dah tak best asyik eksiden je. Dah terketar-ketar rasa, perut pun rasa lapar balik, kami naik. Lepas tu haaa, rombongan cik kiah datang. Seriously kolam tu jadi padat. =_=
Rupanya kat sini bukan ada pool je. Pusat snooker, karaoke & sauna pun ada.
Nextime boleh try ni.
Toilet dia best. Aku suka. Siap ada hair dryer. Kesian strongman tunggu sampai setengah jam. hehehe. Sila salahkan hair dryer ye! and next weekend lepas raya cina cadangnya nak try pool kat presint lain pulak.