18 Ogos 2014

070614 # Hantaran DIY

Atas keputusan aku & persetujuan sebelah lelaki, mas kahwin adalah sebentuk cincin. Lain-lain pemberian tak ada. Aku fikir yang lain-lain tu boleh claim masa anniversary ke, birthday ke... wahaha. Untuk lelaki pulak, kita punya broscience ni takmau cincin. So aku belikan dia jam.


Part hantaran, totally DIY + recycle. Dulang hantaran memang dah ada mak aku buat sewa kalau ada orang kampung nak kahwin. Dah selamat tak payah nak sewa apa. Hiasan untuk hantaran pulak aku buat sendiri bunga pakai tisu. Youtube je. Bunga selain dari tisu adalah bunga recycle. 

Macam biasa, set penjagaan diri adalah barang wajib.
Tali pinggang ni broscience pilih. Aku layangkan duit je.
Kemeja ni takde dalam list nak bagi pun. Pemberian daripada abah.
Ni hantaran paling rare. Orang semua dok ambik gambar haritu cakap tong gas. hahaha. Broscience pilih barang dia, aku macam biasa. layangkan duit je.
At last, buku (tak sempat nak snap yang dah siap hias). Cadangnya nak buat Quran berbalas Quran. Tapi abang aku tegur better bagi buku sebab nak buat hantaran. Risau entah sapa yang pegang, kat mana letaknya. Dah tak pasal-pasal tak beradab pulak dengan kitab suci. 
Lastly,  customized coklat ni pemberian dari majikan aku
Hantaran dari sebelah aku memang jimat habis. Total semua RM3++. Benda paling mahal is the set penjagaan diri (oriii tauuuu) & tong protein broscience ni. Alang-alang dah ada entri ni, aku letak lah sekali gambar hantaran-hantaran untuk aku dari sebelah broscience.

HANTARAN DARI SEBELAH LELAKI

Set penajagaan diri berbalas set penjagaan diri. Saling jaga-menjagai. Eh?!
Telekung kaler purple. Mesti lah aku yang pilih sendiri. wahaha. Broscience layangkan duit je. 
Buku berbalas buku.
Kain pasang pemberian daripada kakak ipar. Rezeki aku. 
at last, buah tangan

Tiada ulasan: