16 Ogos 2014

Balik tabir 070614

Nikah Jun aritu, Ogos dah setel semua benda baru la sempat nak hupdate. Peliknya entah jin mana rasuk aku jadi rajin pulak buat banyak entri dalam 1 hari. hoho.

Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak 12April, tarikh tunang sepatutnya 7Jun dah jadi tarikh nikah. Maksudnya aku ada masa dalam 2 bulan je untuk ready semua benda. Masa tu ramai la tanya kenapa tetiba je langkau tarikh tunang jadi nikah. Paham-paham la mulut orang kampung macamana. Nak tak nak kena ready mulut ni cerita benda yang sama tiap kali jumpa orang. 


Plan asal kitorang nak buat walimah hujung tahun dah diawalkan sebab hasrat rombongan nanti kenduri sebelah lelaki boleh sekalikan dengan kakaknya yang dah lama plan kawen Ogos nanti. Alhamdulillah, semua setuju walaupun dalam hati kami yang bakal disatukan resah gelisah. Resah sebab poket keringggg wehhhh. Nak kawen macamana? Keje pun baru berapa bulan. Saving tak lebat mana. Dalam kepala memang dok ingat loan je jalan paling cepat. 

Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan jalan kami nak buat benda baik. Kami bentang kertas kerja planning majlis yang sederhana, family setuju nak support part paling besar dalam kenduri yakni catering. Kenduri sebelah lelaki pulak ditaja penuh oleh bakal kakak ipar. Kitorang menumpang bahagia di hari bahagia beliau. wahaha. So, kitorang just prepare mas kahwin, kad kahwin, doorgift, baju pengantin, hantaran sikit buat syarat sebab tunang haritu takde. tu je.

Kahwin bebas hutang! Katakan tidak pada loan! 
Yeah!

Tiada ulasan: