14 Disember 2010

kreatif dalam hidup

DSC01759

cuba tengok betul-betul rempeyek nih..
bentuk dia macam mana? hahaha…
kreatif x? ini moyang aku buat pakai acuan tin milo!

jangan pernah kata tak boleh selagi tak mencuba!
jangan kata susah selagi ada jalan penyelesaian!

13 Disember 2010

lelaki vs perempuan

sdcv

terlalu banyak dan tak terkira perbezaan dua makhluk Allah ni. tapi aku nak buat perbezaan dari sudut bulu ketiak hari ni.

lelaki nampak macho dengan bulu ketiak. tapi perempuan nampak cantik ke dengan bulu ketiak?

kat matrikulasi dulu aku selalu sakat member aku yang sangat malu nak pakai baju tidur yang seksi sikit. biasalah, dalam bilik. bila aku acah tak nak tunjuk bulu ketiak, baru lah dia berani pakai seksi time nak tidur. bukan berani, dia nak buktikan la yang dia tak simpan bulu ketiak. hahaha

lelaki tak ada bulu ketiak? hemmm… ada ker? hahaha

12 Disember 2010

cuba

pernah buat kerja bongok tak? kalau tak pernah, meh nak ajar 2 kerja bongok…

A.
pergi depan cermin yang besar. perhatikan salah satu daripada ni:
1. lubang hidung
2. kening
3. gigi
tenung lama-lama sampai rasa ada sumthing wrong dengan muka


B.
sebut perkataan ‘jari’ dalam hati berulang-ulang. sampai satu ketika, hangpa akan fikir apesal 10 benda panjang dan bersambung-sambung depan mata hangpa dipanggil jari.

jari_disc

p/s: jangan marah aku. benda bongok ni senior aku yang ajar. hahaha

11 Disember 2010

bila sakit hati…

orang perempuan memang sensitif. dan aku, sangat sensitif dalam berkawan. bila timbul rasa sakit hati, benda yang bukan-bukan mula la datang dalam kepala.. at last, gaduhbesar. kawan aku yang baik cakap bila sakit hati:
1. cuba maafkan kawan kita tu walaupun kesalahan sebenarnya berpihak pada dia. bukan salah kita. korbankan ego untuk persahabatan
2. berterus-terang lebih baik. kadang-kadang kawan kita tak sedar yang dia buat salah
3. cepat-cepat istighfar then potive thinking. biasalah, semua tu kerja syaitooon
friendship-quotes

10 Disember 2010

tak nak buncit?

graphics_six_pack_abs_couple

ok tak kalau perut aku macam gambar kat sebelah kiri tu? hahaha… agak-agak ada orang nak amek aku jadi isteri mithali tak?

ramai kawan aku majoriti yang bernama gadis mengeluh nak kurus, tak nak buncit.. dulu aku seorang buncit. wah! pengakuan eksklusif! buncit tak semestinya gemuk. bila tengok balik gambar-gambar lama, huish! banyak woo perubahan! alhamdulillah hari ini aku mencapat berat yang ideal.. aku bukan pakar kesihatan, jauh sekali seorang atlit. aku cuma nak bagi pengalaman terbaik dari aku untuk kurangkan lemak di perut, paha, punggung… senang cakap sedap mata memandang la. kurus melidi pun tak cantik jugak…

1. aku makan nasi 2 kali je sehari dengan diet yang berkualiti. kalau agak-agak rasa lapar sangat dah tak tahan sampai guling-guling nangis makan la roti/biskut sekeping dua..

2. aku tak amalkan minum air berselang time makan. faham kan? selalunya aku minum sebelum makan sikit, lepas habis makan baru habiskan 1 cawan.

3. ha! yang penting, aku jarang makan lewat malam. kalau makan pun, char kuay teow ja. hahaha..

4. sejak aku jadi pegawai kadet, dah sinonim dengan sit-up. tapi tak perlu jadi kadet/polis/askar bagai, celik je mata dari tidur, wat la 50 sit-up atas katil before mandi untuk sebulan, kompem perut kempis.. hehe

5. nak tau kalau aku lapar makan apa kat bilik? aku makan kurma.. haa, tak payah tunggu bulan puasa baru nak makan. kurma ni diet Nabi kita tau..

sekarang, aku tak kurus dan tak gemuk. maintain! standard BMI! sihat! banyak lemak, ada penyakit. kurus sangat pun ada penyakit. so, ‘balance’kan badan anda..

ds

ada beza tak dulu + sekarang? hahaha

09 Disember 2010

hari yang indah

pagi ni dengan otomatik aku bangun awal. wah! 1 keajaiban…! hahaha.. sebelum ni asyik harap kat orang ja.. bangun pagi-pagi, mandi! jarang aku mandi subuh-subuh.. then, subuh, sapu sampah, basuh baju then sekarang! aku berdepan dengan blog.. hehehe…

hari ni aku free sekejap dari latihan.. start esok, dah tak ada masa.. huhu.. sempat ke ea aku buat entri untuk sebulan sepanjang aku x de? huhuhu… tak sanggup nak tinggal blog bersawang… ketagihan blogging tahap max da nih!

sekarang, jom tolong aku update bilik pulak..
nih semua sebab tak jadi pindah bilik la ni.. penat packing barang-barang hari tu. at last stay bilik asal, adoyai…

page

semua kena punggah + susun balek

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

walaupun agak terlambat tapi harap-harap still sempat blog iyou termasuk dalam list orang-orang yang bertuah bersama enchek Ben.. hehehe..

patut la dalam blog list iyou suma update tajuk yang sama… ‘BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU’

h4

selamat!

masa aku cuti hari tu, abah story lori pikap yang dah lama berjasa dengan family aku nak kena tarik.. alasannyalori tu dah lama, body nak lerai pastuh akan membahayakan orang lain..DSC01896sedih tak kira la abah aku.. at last, setelah berbincang dengan kezen-kezen aku yang kreatif, kami memulakan projek..

DSC01368aku pun buat kerja ok! saja tak mau tunjuk muka dalam pic. nanti orang kata riak pulak. hahahaDSC01895

hasilnya, tadaaa!! bukan cat je nih, macam-macam kami upgrade.. dari tak ada lampu, kami adakan.. dari tak dak kushen kami adakan, guna sofa beb! sofa lama yang dah tak guna tapi still boleh duduk… sebelum nih sapa-sapa yang naik pikap ni duduk atas rangka besi ja.. hahaha…

saa

at last selamat la pikap kesayangan abah ni.. siapa kata lori buruk dah tak boleh guna? kalau pikap ni kena langgar dengan treller tayar 16 steady lagi nih!

08 Disember 2010

siapa takut beli air ni?

petang kelmarin aku keluar untuk beli barang-barang keperluan untuk annual kem.. sekarang tiap kali keluar, wajib untuk aku beli air ni:
DSC01987

sampai bilik, tengah syok minum tiba-tiba kawan aku jerit then tolak tangan aku.. cis! habes 0.02ml tertumpah! hahaha.. kawan aku ingat air ni air tu… laaa, air tu laa.. sekali pandang cover botol macam air tu…

DSC01988

haish! tengok, ada cop halal laa… ni bukan air tuh.. ni air ni.. hahaha… Mountain Dew, my fav drink!

07 Disember 2010

gaya tidur yang terbaik

DSCF0177
kuak lentang

DSCF0176
dari sudut atas

DSC01757
penggulungan badan

DSCF0142
gymrama

hahahahaha…. gelagat ‘extra-family’ iyou kat rumah
SELAMAT MALAM!

(nak tidur awal, dah tak mampu nak tanggung
kepala yang berat nih)

kepala berat + hidung merah, berhing*s = cepat marah

itulah kesan yang tak dapat dielakkan bila terjadi kombinasi ideal tanda-tanda nak demam.. nasib baik sekarang latihan tak teruk lagi.. start 10hb dah tak boleh rileks-rileks macam ni dah.. nak online pun dah tak sempat..

oh! kepada yang masih belum maklum, iyou seorang perwira di medan perang.. hahahaha.. tak boleh blah ayat! perwira apa kalau terpaksa.. eh! terpaksa ke? tak lah.. hehe.. iyou join PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan).. latihan sebenar iyou bermula dari 10hb-30hb disember...

kepada pelawat-pelawat iyou (yang tgh baca entri ni), doakan ayu sihat ye sepanjang latihan.. tak sanggup nak teruskan latihan kalau demam/sakit..


p/s: sapa-sapa yang duduk area besaut-changkat sulaiman, nantikan kedatangan iyou untuk gempur ladang sawit dekat sana... hahaha

06 Disember 2010

salam maal hijrah

doa akhir tahun

Waktu membaca :
Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :
"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam
pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.
Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

doa awal tahunWaktu membaca :
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1
Muharram

Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :
"Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini
kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah
syaitan.”

datang dan pergi

“kau datang dan pergi.. oh begitu saja “

wah! putus chenta kah? hahaha
okey cerita ‘datang’ dulu… aku kembali ke bumi Serdang dan bertapak di UPM dengan selamatnya.. aktiviti aku tak tau la macam mana nanti.. yang pasti kewujudan aku kali ni pun sekejap cuma… haih! nak wat macam mana kalau dah berperang dalam hutan, memang tak dak can nak bawak lappy. handphone pun tak boleh bawak, apatah lagi lappy aku yang gedabak nih. tapi aku akan usahakan untuk mengisi hari-hari yang aku tak da tuh dengan 1 entri..

cerita ‘pergi’ pulak.. dia pergi meninggalkan kami.. tinggal keluarga, tinggal rumah..
abang aku, Fadhil kembali ke Bumi Anbiya untuk sambung balek pengajian selepas bercuti..
DSCF0212
nih la separuh dari family tok mat alwi yang ‘eskot’ kepemergian abang aku.. kalau usha sorang-sorang yang ‘eskot’ lagi bergaya dari yang nak fly.. mana satu my abang yang ensem?
DSCF0211
haaa.. yang pakai baju putih kosong tuh my abang…
dah selamat sampai kat Mesir dah pun beliau skang.

05 Disember 2010

dah cukup column!

dari dulu kami bertiga menunggu saat kelahiran blog beliau.. akhirnya ter’lahir’ jua.. hehehe..
maknanya dah cukup column dah untuk list blog LISA a.k.a gadis-gadis cun!

sdg

yuk! terjah blog depa!
LINDA  ::  IYLIA  ::   SULHI<---baru lahir!

01 Disember 2010

bahagia bersama berukless

entri pertama dalam bulan Disember untuk blog i.y.o.u bertujuan untuk memohon maaf semata-mata
(sekarang dekat cc. 1 jam=RM1! tempat hangpa ada? hahaha)

aku mintak maaf kepada:

1. blog aku sendiri sebab bersawang. keh keh keh

2. bukak blog tengok2 follower dah 1++! wah! sangat teruja.. tapi aku mintak maaf sangat-sangat sebab x dapat nk balas BW sekarang.. aku janji 5hb aku BW gila-gila! so, untuk follower+pengomen2 jangan ingat aku sombong taw! taw! huhuhu... singgah cc nih pun kejap ja ni.. tak boleh lama-lama, nanti ada orang ngorat! hahahaha

3. stalker, aku mintak maaf jugak sebab bila aku tak update blog, maka hang akan kekurangan dosa untuk mengutuk aku. sabar yer! opps! aku ada stalker kah?

4. member-member blog yang kamcing, nak list kat sini terlalu la ramai.. tahan jap na rindu kat aku tuh.. rindu ka?? hahaha

yang pasti banyak benda sangat aku nak cita.. sabar yer menanti kepulangan diri ini!

25 November 2010

iyou anak pungut

image

macam penah tengok benda alah nih.. tapi di mana ya?

Hahahaha… lawak lah!

member: sticky family kat blog hang tuh family hang ka?
iyou: mesti laa… awatnya?
member: takdak pun iyou? hang anak pungut ea…

seryes sengal gila! memang rasa macam nak tampar pipi member aku nih laju-laju.. tapi bukan salah beliau jugak.. mak beliau apatah lagik… dah orang tak tau kann…

anak sapa tak tau iyou neh!
nama sebenar diberi Siti Nuur Hidayu Binti Muhammad..
jadi aku ada banyak pilihan nama untuk ditimangkan..
kat sticky post tuh nampak tak “Siti”? yeah! itu lah iyou!
nama manja aku kat rumah beb!

iyou=ayu
majoriti penduduk Malaysia kenal aku dengan nama ayu..
nama Siti tuh untuk family terchenta sahaja..
Nuur?? dalam hidup aku sorang ja pernah panggil aku dengan nama nih…. wah! jeng! jeng! jeng!

so, ada paham?
konklusi di sini iyou bukan anak pungut. okey! Winking smile

24 November 2010

karangan UPSR terbaik!

time hangpa baca blog ni aku tengah bersuka ria di kampung. karangan ni aku pinjam dari sumber yang dipercayai. sumpah gelak guling-guling aku baca. kalau hangpa tak gelak, baik cepat2 pergi jumpa pakar pancaincdera! Open-mouthed smile

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

23 November 2010

Malaysia Hari Ini

mari kita tengok hari ni apa yang dicari oleh rakyat Malaysia dengan bila perkataan ‘’perem’’ saja yang ditaip.

image

konklusinya disini rakyat Malaysia memang rakyat yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi dalam satu bidang.

Malaysia Boleh!

22 November 2010

sejarah yang hilang

kajian geologi: Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri iaiyu Sarah, Hajar dan Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak. Hajar telah melahirkan Ismail. Keturah pulak melahirkan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Nabi ishak menurunkan bangsa yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.
kebanyakan riwayat hanya fokus kepada kedua-dua isteri nabi. camna pulak dengan isteri bongsu?
setengah sejarahwan mempercayai bahawa keturunan Keturah menurunkan banyak bangsa seperti Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon yang semuanya merupakan pembina tamadun yang hebat.
Melayu jugak mungkin berasal dari keturunan ni. terkejut kan?

info nih aku petik dari video yang di post dalam salah 1 blog favourite aku. apa yang optometrist nih suarakan membuka minda aku.
nak tahu apa pokok pangkal + kebenaran disebalik sejarah yang hilang? Jom sama-sama menghayati hikayat marhaen kacak.

HOT LADY!

chantek sangat dia nih! serius la weh aku cakap dia chantek! selalunya golongan hawa susah sangat nak puji kaum yang sejenis. sebab jeles kot? hahaha…
bukan chantek je, pandai masak pulak tuh! kalau pekena sup/rendang dia, pergh! tak boleh tidoq malam! Raya haji ritu terkenang-kenang rendang pedas dia… tengah exam siang tadi pun boleh terbayang kesedapan air tangan dia! haih! bila lagi boleh rasa rendang limited edition dia neh!

siapa kata golongan hawa banyak kelemahan?
100% salah! dia nih punya tangan serba serbi boleh buat.. hari tuh aku balik kampung ada orang cerita dekat aku mesin basuh dia rosak. tak payah beli baru/hantar gi bengkel besi. 2 malam dia berjaga at last mesin basuh tu back to normal! hebat x?

mana nak dapat orang chantek + banyak advantage macam dia sekarang ni…. ha? nak kenal?
mintak maap, dia milik seorang lelaki kachak yang bernama ABAH! hahahahahaha
DSC01272
jom balik kampung!!!! Winking smile

nak jadi famous dengan blog?

agak-agak cara mana satu hangpa pilih?

imagesCA8JRH9W

21 November 2010

aman dan tenang

tamat sudah musim darurat kampus UPM..
tiada lagi manusia berperang, tiada lagi manusia sentri tetengah malam, tiada lagi tangisan ketensionan…
semua rakyat jelata kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga tersayang masing-masing…
aku?
masih di sini, menanti hari esok..
aku bermadah lagi!

nak balik kampung naik bas/ketapi?
bas – tiket mahal, rate eksiden tinggi, tempat duduk selesa, ekspress, kena hadap ulat tiket yang gatal!

ketapi-tiket 2 kali ganda murah, rate eksiden rendah, tempat duduk selesa, lambat tapi selamat, tak ada ulat tiket!

yeah! ketapi menang!!!!!!

shortcut!

wah! aku dah mula pakai Windows Live Writer!

image

Terima Kasih Enchek Ben!
jom beramai-ramai menyenangkan diri dengan Windows Live Writer!
sangat mudah! pantas! tak payah bukak browser!
dalam masa 10 minit anda-anda boley buat 100 entri! (bergantung pada kerajinan blogger Open-mouthed smile~)

Windows Live Writer shorcut paling best!

1st GA from Cik Mas

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas sangat Chenta akan lelaki itu!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas kaki shopping!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas tak suka perokok!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka berangan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat pening naik bas!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat gelabah!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas sensitip orangnya!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka mandi malam!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas takut petir + guruh!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka minum nescafe tiap-tiap malam!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas akan marah kalau orang kacau cik mas tido!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas tengah bercuti + bersantai sekarang ni!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat demam kalau kena hujan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka mengusik kawan-kawan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas dah tido masa iyou buat entri nih!

kepada IYLIA, LINDA, PAEN, SAREY
marilah memeriahkan hidup anda dengan GA dari Cik mas!

nyamuk millenium!

aku tukar hipotesis nyamuk bersama paen semalam

tatkala manusia semakin berkurangan di kampus UPM
komuniti nyamuk semakin bertambah dengan giatnya
dan
apabila manusia-manusia girang packing barang, barulah timbul kesedaran pabila lipas lari berkeliaran
nyamuk+lipas sekarang (exclusive in UPM only) ada abiliti yang luarbiasa

hipotesis:










1. nyamuk+lipas kedua-duanya boleh terbang. bila DNA mereka diadaptasi, maka abiliti untuk terbang 2 kali ganda bagus dari asalnya!

2. walaupun aku dah tampar (cara klasik bunuh nyamuk) tapi nyamuk still tak mati dan merangkak perlahan akhirnya terbang semula! mungkin DNA cengkerang lipas dah diadaptasi pada badan nyamuk yang dahulunya lembut dan mudah penyek apabila ditampar.

cara membunuh dengan lebih efektif:
masih dalam eksperimen. sekian, terima kasih!

dari serdang ke kajang

lepas exam cari kunci dalam beg. bukak seat. amek + pakai helmet. on motor. start moto (pakai kaki, no starter). masuk gear 1. pres minyak menuju kafe. makan. ulang balik perilaku yang sama bersama moto. keluar dari UPM. masuk highway. best gila layan angin sambil meremp-it.
Allah! terlepas simpang ke Kajang!!!
1km dihadapan highway ke Taman Saujana bagai. ah! hantam! nampak simpang masuk ke Taman Indah. cilok kiri kanan.
yeah! jumpa balik jalan ke Kajang

well. pertama kali merempit ke Kajang seorang diri. sebelum nih asyik follow orang jer.
memang tak sah kalau tak sesat pegi mana-mana pun.
kat Sri Kembangan pun sesat, kan baby sarey?
apatah lagi kawasan luar liputan Serdang

misi utama entri:
peribahasa sesat di pertengahan jalan, balik ke hujung pangkal memang tak boleh diaplikasi!
kalau sesat, cari jalan keluar sampai jumpa
kalau balik ke hujung pangkal membazir minyak
lagipun highway, mana ada U-turn

dan

jadilah peremp-it yang berhemah macam gadis cun bawah ni