18 April 2011

'superman' versi perempuan muncul bertubi-tubi

1 kumpulan gadis lalu depan Desert Centre McD tadi .. aku perhati je diorang.. comey sorang-sorang! then aku perasan aBANGLA yang tengah mop lantai depan aku tadi dah stop kejenyer.. bila aku tegur, aBANGLA tu cakap: "syok la keje sini.. dapat tengok macam-macam."DAMN!!! gadis-gadis tadi pakai legging sumanya!!

kenapa aku cakap superman?
Legging ni dah lama wujud sebenarnya.. aku pun ada banyak helai.. tapi! aku pakai kat dalam.. maklumlah, aku kan 'minah rempit'.. nak naik moto pakai baju kurung pegi kuliah tak praktikal kalau pakai kain dalam.. tetap terselak menampakkan tuttt!!! so, aku pakai legging menggantikan kain dalam...

TAPI!! fesyen sekarang legging nih pakai kat luar pulakk.. sebab tu aku cakap 'superman' versi perempuan dah muncul.. ramaiiii gilaaa yang suka pakai legging sekarang.. yang gila fesyen tu tak leh cakap apa la kan.. ni aku tengok ada jugak makcik-makcik jogging pakai legging.. aih! tak tau la macam mana aku nak describe betapa huduh mereka disitu.. mintak maap yer kalau ada yang terasa.. tapi memang huduh.. INI SERIUSS~

fesyen ni siap masuk paper lagi.. promote fesyen SENDAT!! lerrr, ni negara Islam ke ape nih? ketandusan idea sangat ke wartawan nak buat entri fesyen.. dah habeh pikior dah ke fesyen designer kat Malaysia neh?
dan yang paling penting kat sini, dah habis cara sangat ke nak CANTIK wahai MUSLIMAT yang pakai legging nih??
credit to: BLOG ANTI-LEGGING
cantik ker pakai legging? cantik la sangat sampai nampak line spender yang korang pakai kan... yang tak pakai spender tuh, haih! tak mau cakap la macam mana 'keindahan' dia...

aku tak cakap aku sempurna dalam tutup aurat nih.. tapi hari ke hari kita kena berusaha ntuk menjadi lebih baik.. bukan berusaha pilih fesyen yang makin lama makin gila.. cantik itu subjektif.. nak berfesyen, berpada-pada okey! peace!^^

7 ulasan:

Adi Zhaf berkata...

owh pmbtulan..M'sia bukan negara islam..m'sia hny sbuah ngr yg mnjdkn islm sbg agm rsmi...

ChubbyMe berkata...

perlu bersetuju di sini, legging ni dulu orang wat pakai kat dalam, sekarang popular boleh dipakai begitu saja.

perlu setuju jugak, yang pakai tudung, terketat di bawah, emm,..."molek" nyer..

Bahiyah H. berkata...

setuju sangat bab ni . dorang tu tak takut koyak ke pakai legging ? byah tak berani pakai sebab dia nipis n strachtable .*sorry kalau salah eja* byah takut koyak , buat malu jee huhuhu . and then ramai yang pakai tudung and then pakai legging . dah macam tak boleh pikir la pulak dorang ni .. haihh ..

azlanmatt berkata...

kerana fesyen maruah hilang... nk brfesyen blehh tp agak2 lerrr

al berkata...

aku pkai legging.. tp dlm kain..haha..

Loki berkata...

aku pernah nmpak orang pkai legging koyak hahhahhahahahahahahah

bez.amin berkata...

diorang ske menyelam kowt.tu yg kepingin pakai baju cam penyelam tu.pasni suh pakai kaki itik lak.baru fesyen!!haha