1. Ubat dari HKL
Kali pertama Ayu refer kat HKL dapat ubat sapuan. 3 kali rasanya dalam tempoh setahun Ayu ulang alik dengan HKL. Tak selesa sikit pakai ubat ni sebab melekit gila pastu bahagian kulit muka macam inflame. Lepas setahun 'burn' macamtu je sebab setiap kali nak pegi appointment jatuh hari kuliah. So Ayu decide malas nak teruskan. Lagipun ada baca penggunaan steroid jangka masa panjang ada side effect.
2. Anti-vitiligo oil
Ubat ni special sebab ada orang kasi. Zaman awal-awal Ayu mula story pasal vitiligo kat blog, ada yang prihatin dan willing bagi free anti-vitiligo oil kat Ayu. Katanya dia dah guna lama tapi tak ada kesan, So dia suruh Ayu try manatau berkesan sebab lain orang, lain respond terhadap ubat. Setahun jugak Ayu pakai ubat ni and the good news is ada repigmentation sikit kat area hidung. Orang yang baik hati bagi anti-vitiligo oil ni ialah cikgu Mohd Nazri Daud (SMK Pandan, Kuantan). Lepas pakai habis, Ayu dah tak sambung sebab kena beli online ubat ni. Setakat ni Ayu tak jumpa web tempatan yang jual. Kalau search kena beli dengan duit dolar. Disebabkan anti-vitiligo oil ni berasaskan minyak kelapa dara, Ayu try cari alternatif yang lebih kurang dengan ubat ni.
3. Herba An-Nabaat
Cari punya cari, tak jauh rupanya. Pengasas Herba An-Nabaat adalah lecturer fakulti perubatan UPM yakni Dr. Nurmawati. Lepas konsultasi, beliau sarankan Ayu amalkan 2 jenis pil herba, minyak kelapa dara (minum) dengan minyak herba (sapuan). Ubat ni pun tak lama jugak Ayu pakai sebab time tu dah hujung sem, poket pun dah kering. Ayu ingat tangguh sekejap at last sampai kesudah tertangguh nak pergi beli. HAHAHA. Teruk punya perangai!
sumber: Herba An-Nabaat |
Ubat ni pun special sebab orang kasi lepas baca cerita Ayu dari blog ni. Beliau gelarkan diri as Aunty Rosni. Katanya sapu nipis-nipis then expose ke cahaya matahari. 3hari Ayu pakai, kulit inflame. Ayu stop kejap2 pakainya. Sampai sekarang ada lagi ubat ni dengan Ayu tapi pakai jarang-jarang sebab terlupa, busy praktikal kan sekarang. Adeh. Memang teruk perangai Ayu ni. Tak pernah nak istiqomah dengan ubat.
Macam Ayu cakap tadi, Ayu tak sure ubat mana bagi positive effect sebab kerap sangat bertukar ubat. Lately bahagian muka banyak improvement, tapi bahagian lain macam tangan & kaki tak ada perubahan. Kalau tengok betul-betul dalam gambar, area mata & bawah hidung memang improve banyak dalam sebulan ni. Ayu tak kata ubat yang Ayu pakai sekarang bagus, mungkin jugak faktor pemakanan Ayu terjaga dalam sebulan ni sebab Ayu praktikal dalam hutan banat. Hari-hari terpaksa makan sayur&ikan. Mana nak dapat junkfood bagai unless time Ayuouting. Itu pun 2minggu sekali.
p/s: Harap tak ada orang yang ambil kesempatan atas gambar-gambar yang Ayu post tak kira dalam entri ni atau mana-mana gambar dalam blog. Tujuan Ayu 1 jer: Kongsi ilmu & pengalaman yang beneficial untuk orang yang memerlukan. Tak ada niat nak promote diri sendiri, riak, angkuh apatah lagi nak aibkan orang lain. Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan