Kengkadang rasa lama gila aku terseksa dalam hutan lipur Panti ni. Kengkadang rasa kejap pulak, daaahhh nak habis praktikal. Lagi sebulan je lagi. Well, sekarang musim pilihanraya bosan lah aku. Bukak fb semua post pasal pilihanraya. Blog lagi la. Macam-macam cerita keluar. So, entri kalini aku taknak bosankan korang dengan politik. Tapi nak tambahkan kebosanan korang dengan kemanusiaan. HAHAHA.
Aku pelik kenapa orang suka pandang senteng dengan pekerja dari Indon, Thai, Bangla, atau mana-mana negara la yang datang menapak kat bumi Malaysia kita yang terchenta ni. Aku admit sebelum ni aku pun tak suka dengan diorang. Paling teruk tiap-tiap jenayah macam kes ragut, rogol apa semua kita tuduh diorang buat walhal tak ada bukti sikit pun kita nak tuduh diorang. Infact, diorang manusia biasa yang travel jauh-jauh legally tinggal family semata-mata nak cari rezeki. Apa yang membezakan kita of course agama, warna kulit, bahasa & budaya.
Penat buat kerja hilang dengan orang yang sentiasa ceria |
Dan aku pelik sepanjang pemerhatian aku most of them dapat layanan yang tak setara dengan perkhidmatan yang diorang bagi. Pasal gaji aku tak nak sentuh sebab aku memang belum cukup mahir nak tetapkan gaji seorang pekerja, not included academic certification.
Tapi at least kita tak layan pekerja-pekerja kita macam hamba sahaya. Gaji dah la tak setimpal dengan kerja, cuti tak menentu, tempat tinggal commonly known as 'kongsi' tak macam rumah orang, kena marah lagi, kalau rugi itu ini diorang jugak dipersalahkan walhal kita tak turun padang tengok apa sebenarnya yang jadi. To put in the end, keuntungan yang kita kaut hasil kudrat empat kerat diorang kita label ''AKU BERJAYA DENGAN TITIK PELUH SENDIRI''. Langsung kita tak hargai pekerja-pekerja tadi. langsung tak ada! Seperti mana ayat aku di atas, diorang manusia biasa yang travel jauh-jauh legally tinggal family semata-mata nak cari rezeki. Penghargaan bukan dengan cara bagi bonus je. Kalau duit kita tak mampu nak bagi, ada banyak lagi cara yang tak perlu aku ajar macam mana nak hargai pekerja.
oh, kemon tokey-tokey besar kat luar sana. Kalau takdak pekerja-pekerja ni buat kerja, sesen pun korang takleh dapat!
Jangan tanya aku kenapa pekerja-pekerja dari negara seberang datang berduyun-duyun kerja dalam negara kita bila anak muda harapan negara sangat memilih kerja, tak sanggup mula dari bawah. Tak kira lagi mayat hidup bawah jambatan, ada yang malam-malam bangga remp sana sini then berlumba-lumba nak jadi artis kononnya kaya cepat.
Pelik kenapa orang-orang Indon, Thai, Bangla atau mana-mana je lahyang datang negara ni tahan dengan life macam aku sebut kat atas? Jawapan diorang:
"Redho. sikit banyak tak perlu pandang sebab tu rezki dari Tuhan untuk anak bini kat sana"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan