06 Ogos 2013

#Ramadhan28: Perutusan Hari Lahir

Tahun ni aku punya tarikh lahir jatuh dalam bulan Ramadhan lagi ikut kalendar Masihi. Kalau refer kalendar Islam, my birthday is on 14th Muharram 1411. Nak check hari special korang dalam ikut kalendar Islam? KLIK SINI hokeyyyy!

Alhamdulillah, dah 23tahun. Mak kata umur 23tahun mak dah dapat anak sorang. Tapi aku bujang tran tang tang lagi. Saboooor je lah kan. Tahun ni punya raya kena ready dengan jawapan bernas sket. Biasa la dah umur cenggini. Kena ready dengan 2 soalan paling HOT:

1. Dah habis setadi. Bila nak koje?
2. Hah, bila lagi nak kenduri ni?

Ya Ampuuun! Banyak-banyak soalan kenapa soalan yang takde jawapan orang sibuk nak tanya? Kang bila dah kawen, soalan bila dapat anak pulak muncul. Soalan ni memang takkan putus selagi hayat dikandung badan. Apa kena buat? Sabooooor je lah kan.

Dikesempatan ini, di hari lahir ini, di dalam bulan mulia ini,
aku nak ucapkan terima kasih kepada mak & abah yang berpenat jerih besarkan aku yang ketegaq ni. Ampunkan anakandamu yang acapkali melukakan hatimu baik sedar dan tak sedar. Maafkan anakandamu yang secara tak langsung 'transfer' dosa sebab ikutkan hawa nafsu. Halalkan makan minum selama 23 tahun ni. Ya Allah, kasihani mak & abah sepertimana mereka mengasihaniku. Amiiiin.
(100 orang baca, 100 orang berdoa) Dari mak & abah, diorang dah doakan special untuk aku harini. Love both of you, mak! abah!

Hadiah yang tak disangka-sangka sampai on 5th Aug. Punya semangat tunggu lepas maghrib baru bukak hadiahnya. Baru betul namanya hadiah birthday, kan. Walaweyyy! Terharu banget tau ngakk! Aku sendiri dah lupa pasal purse ni. Dulu dah belek-belek dah purse ni sebab dah 5 tahun tak bertukar purse. Tapi masa tu ekonomi tengah meleset. Terpaksa lupakan purse yang tinggal 1 je ni. Tapi nak kata rezeki, dapat jugak purse kaler peberet nih! Terima kasih, awak!
(eceh, berawak-awak la pulak kan)


Aku dari dulu memang tak pernah nak sambut birthday. So takde rasa special sangat pun. Tapi sejak-sejak ada facebook ni, terasa berseri la sket bila tengok ucapan-ucapan kat facebook even ucapan dari orang yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. WAHAHA. Orang dah tak sudi, sila jangan terhegeh-hegeh! Orang di depan mata, jangan biarkan ayaq mata dia meleleh! 

Nak list orang-orang yang berjasa kat sini sampai ke sudah la tak habis. So, aku simpulkan je lah dalam 1 ucapan. Thanx uolls. Thanx a lot!

Tiada ulasan: