05 Ogos 2013

#Ramadhan 27: Kuih 'Google'

Orang lain dah berbalang-balang buat kuih raya. Aku baru start buat malam ni. HAHAHA. Nak buat macamana, mengemas punya pasal, semalam baru nampak ghuper dapur. Before ni dapur huru-hara sebab bukak bumbung. Lagipun ni semua pakat dah balik dari hostel. Takdela jenuh menggentel sengsorang.

Malam ni buat kuih senang. Nak 'panaskan enjin' kononnya. Tak tau la brapa jenis kuih raya dapat buat last minit dah ni. Kuih bahulu, kuih sepit dan segala jenis kerepek dah kompem-kompem main tunjuk je macam tahun-tahun sudah. Ni buat kuih ni macam penyeri la. Baru syiok sikit. Setahun sekali je kan raya puasa. Bukan selalu dapat buat kuih dengan adik-adik.

Adik aku kasi nama kuih ni kuih 'Google Chrome' dah kaler cenggitu. HAHAHA. kreatif yer. Ikutkan resepi namanya 'Kuih Arab'. Kuih raya yang paling kacang nak buat.

Siap full tupperware besar 

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan
1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit

Nak resepi kuih raya yang lain KLIK SINI

Tiada ulasan: