16 Ogos 2013

Interview in Linggi, Negeri 9

Hp yang aku gantung kat tingkap menyanyi. Well, kampung kan. Coverage sangat 'cantik'. Aku on loudspeaker. Gila babun punya terkejut bila cik puan kat seberang sana yang wakilkan diri for Redagri sdn bhd suruh aku attend interview kat Linggi petang ni jugak! Lagi aku macam gila babun!!! Masa aku dapat call dah nak masuk lunch hour. Aku kat sempadan Kedah ni, nak pegi nun ke Linggi. Mana sempat. At last lepas nego dengan big boss, aku dapat postpone interview keesokan paginya.

Mana tak kelam kabut. Dengan rumah yang tunggang langgang kau nak cari baju pegi interview. Malam ni jugak aku nak ke Linggi, n9 dari Selama, Perak. Nak stay mana malam karang tak tau lagi. Mak dah offer nak teman tapi aku kesian kat mak. Bukan taknak bawak, tapi kang kalut-kalut kesian kat mak nak tergesa-gesa. Probability nak naik angin sangat tinggi. So untuk elak benda-benda yang tak syiok jadi kat mak, Paen jugak jadi mangsa teman aku ke Linggi. hehe.

Lintas sempadan Negeri 9 aku dapat call lagi yang interview postpone lagi pukul 3ptg. Alhamdulillah. Aku risau gila. File certificate bagai berterabur. Ready apa pun tak lagi ni. Dapat basic info sudah la. Baju suma tak iron lagi. Jalan nak ke tempat interview tu pun aku tak tau. Dan yang paling risau aku terrrrsangat letih drive dari Perak ke N9. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Check out hotel pukul 12suku. Nasib tak kena extra charge. Ada masa 3 jam untuk cari jalan dengan lunch. Pergh, paling tak tahan hampir 2 jam aku sesat ke sana ke mari. Refer jalan dengan calling. Call tiga pat kali still tak jumpa tempat. Tanya orang sana sini. Siap singgah balai polis lagi tanya jalan bagi clear. Naik muntah ulang alik jalan yang sama. Ya Rabbi masa tu aku rasa macam nak balik Perak terus. Lepas Lunch, sambung balik. At lasssst, jumpa jugak ladangnya. Ya ampun, dah lalu awal-awal dah jalan ni tapi sebab bangunan atas bukit, harusla tak perasan.


Rupanya ada lagi sorang budak interview skali dengan aku. Selang 10minit, aku pulak masuk. Turn aku dekat 2 jam interviewnya. Paen sampai tertido dalam kereta tunggu aku. Kalau dah 2 jam punya interview tak dapat kerja apa kes kan. Alhamdulillah, aku diterima kerja kat ladang tenusu milik RedAGRI sdn bhd. 2 jam sesi interview, part paling aku tak boleh lupa boss bagi 2 sebab kenapa dia pilih aku kerja dengan dia

1. Dapat recommendation dari tempat praktikal
2. sebab AKU ASKAR beb!

Tak sia-sia 3 tahun aku join PALAPES kan? Habis interview hati berbunga-bunga balik Perak dengan senyum sampai ke telinga! Tenkiu Paen sudi teman aku dan tenkiu jugak untuk coolblog ni! Seryes coool! 

2 ulasan:

Nour Adieb berkata...

wahhh, best nya. good luck :D

Siti Nuur Hidayu berkata...

Nour Adieb
tenkiu!!! Doakan moga2 suma dipermudahkan yer :)