22 Ogos 2013

Sahut 3R: Reduce-Reuse-RECYCLE

Bila dah punggah satu rumah, haruslah banyaaaaak gila barang-barang yang menyemakkan rumah sebelum ni. FYI, sebelum ni kertas & buku terpakai aku kena kumpul-sumbat-dalamketa then bawak pegi jual kat Pusat Kitar Semula, Taiping dekat-dekat dengan stesen keretapi Taiping nun. Setakat ni aku tanya memang semua cakap SELAMA PERAK TAKDE PUSAT KITAR SEMULA.

Lagi satu, area kampung aku memang takde lori majlis perbandaran nak masuk ambek sampah. Semua pakat bakar je sampah harian. Memang amalan yang tak bagus. Bila aku tanya mak cakap dah orang kampung yang taknak bayar. Nak lori sampah tu masuk kena la bayar tiap-tiap tahun. Dah cenggitu pulakkk. Aku faham la kan, orang kampung. So, menteri yang kaya kat luar sana dari membazir duit bercuti sana sini demi bini boleh la sedekah part ni demi menjaga alam sekitar. Perli habes ni. HAHA.

Tapi kali ni nasiblah ada orang bagi contact ada orang boleh beli barang-barang yang nak recycle. Call, dia datang dengan lori comel, dia beli semua. Kertas, Besi, Plastik semua dia ambek. Hasil kutipan pertama dari rumah aku. Minggu depan kena datang lagi sebab ada lagi barang dalam rumah tak punggah. Hoiii, letih!

Nampak kan contact number kat situ. Sapa-sapa area Selama, Perak boleh la call.

Part nak jual barang terpakai ni mak la paling bising.
"uihh, ni elok lagi ni. boleh pakai lagi ni."
Minta maaf mak sebab terpaksa bolayan. Kalau layankan jugak macam sebelum ni alamatnya bersepah lagi la rumah dengan barang yang tak terpakai. Kata je boleh pakai tapi bila nak paki semedang nak yang baru. Kan, mak? HAHA.


Nampak tak rangka buai baby kat situ. Tu zaman 90an punya. Mak kata sayang ni jual. Esok-esok cucu aku ada tak payah beli dah. Tapi aku tolak jugak. Tengok la besi dia pun dah kena patri sana sini. Nak sayang apa lagi. Takpe, anak aku besok aku taknak ajar naik buai. HAHAHA.

Tiada ulasan: