20 Ogos 2013

Sambung renovate rumah

Ingat lagi aku post dalam bulan posa haritu pasal renovate rumah? Masa posa haritu pecahkan tingkat atas yang berpapan then bumbungkan je. Seminggu lepas raya, dah start sambung renovate rumah balik. Semua kena pecah habis. Alhamdulillah, tak ada masalah. Plan awal tunjuk kat abang-abang indon gagah perkasa ni semua dia setuju. Generally macam ni la lebih kurang plan yang nak buat.


Rajin tak I uolls siap buat plan lagi. Alkesah rumah ni takde tambah pape. Cuma pecah & perintah je. Ruang tamu 1 asalnya kedai runcit. Kedai runcit dipindahkan ke sebelah yakni tapak kedai getah sebelum ni. Memang dah lama dah tak beli dah getah dari orang kampung. Ruang tamu 2 memang dari dulu ada. Cumanya nak tampal mozek kasi cantik. Bilik tidur 3-6 asalnya ruang tamu lama. Bilik tidur 1&2 memang dah ada cuma dikemaskan je. Bilik air & tandas pun semua still tak berubah cuma cantikkan dengan mozek jugak. Dapur asalnya ada tembok pemisah, tapi dah dipecahkan. Cenggitu la rupanya nanti. Panjang-panjang aku menaip ni, paham ke idakk? 

Ruang tamu asal yang akan jadi bilik.

Ruang dapur yang kena pecah tembok. Sebelahnya ruang tandas yang banyak-banyak tu.

Asalanya kedai runcit, sekarang tukar jadi ruang tamu.

Ruang kedai runcit sekarang yang dah siap. Tinggal nak tampak syiling je.

Memang cepat buat kerja. 6 orang je yang buat kerja. But masing-masing buat part masing-masing. Puas hati. Lantai rumah diorang buat memang kemas. Serabut sikit la sebab ruang nak tidur, lepak, makan dah takde. Yang ada ruang kecik ni je. Sini la makan, sini la tidur, sini la tengok tv dan hupdate blog.


Mana part yang siap dapat la alih barang sikit-sikit. But still ruang ni je yang paling elok nak dibuat tidur. Tempat lain still bersepak dengan bata ngan simen. Kadar serabut mencanak naik sekarang ni sebab 24hb dah nak lapor kerja kat negeri 9! Imagine acane aku nak ngemas cari barang kejadah semua untuk packing dah macam ni keadaannya?!!

Tiada ulasan: