11 Ogos 2013

Wedding Idzan Sulhi

Aku mintak maaf banyak-banyak kalau korang yang tengah membaca adalah salah sorang yang memaki hamun kereta saga kelabu bersticker ‘driftjapan’ (bajet) dari Selama-Kulim-Baling raya ke3 semalam. Aku mintak maaf sebab aku terpaksa terbangkan kereta. Dah takde ‘drift’ dah. Idzan Sulhi nikah lepas zuhur. Tapi atas sebab teknikal pukul 12 aku & Paen baru nak naik highway BKE Kulim-Baling. Dalam keta Allah je tau kami berdua tak senang duduk macam mana.

Nasib Iylia dah sampai awal. Dok update status Idzan Sulhi kat Iylia je. Berharap sangat dapat sampai dengan selamat sebelum ijab qabul. Wallahu khairul makiriiin. Saat kereta dah jejak sempadan Baling, Iylia update dah selamat akad. Sempat aku doakan dari dalam kereta dengan linangan air mata. Syahdu, gembira, terkilan, seronok… All together made me speechless!

Dah cari masjid tak jumpa, terus je la ke rumah Idzan Sulhi. Pengantin belum balik lagi. Tak sampai 5 minit wajah berseri-seri muncul. Seriously, air mata je yang hidup masa ni. Barakallah sahabat! Rupanya upacara batal wudhu pengantin buat kat rumah. Hokey, terkilan tu hilang sket bila dah dapat tengok scene pengantin salam-sarungcincingelang-ikatjam.


Settle semua, masa untuk rehatkan badan sebelum walimah besok. Aiseh, sibuk macam kami plak yang nikah yer. Sibuk tak sibuk sampai 2pagi jugak la buntangkan mata bersama pengantin siapkan benda yang berbaki. Nasib ada AJK Keceriaan dulu, kini dan selamanya.


Hari walimahnya, Paen kena jadi pengapit bidan terjun pulak dah. Dah jadi partime job Paen dah pengapit ni. HAHA. Paling syiok bila jumpa schoolmates! Bila masing-masin dah tercampak sana sini, kenduri kawen la jadi top venue untuk mini reunion. Walimah yang simple but still meriah. Aku suka! Sekarang dah kena start plan walimah supaya tak membazir even takde plan bila nak kawen. HEHE. Apa lagi, Jom layan gambaaaar!

Barisan tetamu kehormat ex-IGOP

Pengantin tunggu pengantin.

Pengantin berarak tak sampai 5 minit. Untung ada adek pandai main kompang.

Gambar paling aku sayang. LISA (Linda|Iylia|Sulhi|Ayu) + Aus. Who next???

With love for you, Idzan Sulhi:
Selamat menjadi bini orang. Dah pegi kursus kawen + subjek Syariah time SPM kira hang dah khatam la kan tugas-tugas dan ciri-ciri isteri solehah. Doa aku dari jauh moga hang & abam tersayam sentiasa dirahmati dan diberkati. Sabar & toleransi hangpa berdua yang dah tercipta dari dulu, harapnya maintain kini & selamanya. Bila kata maintain, haruslah ada pasang surutnyer kan. Moga-moga bertambah generasi Al-Quran yang pastinya soleh & solehah  ke dunia ni dari hangpa berdua, insyaAllah. Haih, aku rasa kena benti takat ni dulu. Ni ayaq mata dah bertakung ni. Satgi takleh berenti teghiyak pulak aku. Selamat berbahagia, sahabat!

...and they live happily ever after...

1 ulasan:

ZaNaUs berkata...

Tenkiu syg for this entry...huhu...rendu...nt trun la jb..huhu...luv u forever sayang <3