24 Januari 2018

Mandi manda di Teratak Tokwan, Kg Melayu Batu 16, Rawang

Siapa sangka dalam pekan Rawang ada tempat lepak best macamni. Bayar RM2 ja boleh hora horeyyy main air kat sini!


Ada beberapa kolam kat sini yang paras airnya berbeza. Ada paras buku lali, paras lutut, paras dada. Kolam besar yang ada gelongsor biru tu kedalaman dia bertambah, hujung kolam tokwan kata dalam dia 7 kaki. 

Kolam kolam ni semuanya adalah tadahan terisi dengan air sungai. Yup! Air sungai! Tak ada campuran klorin. Dan setiap hari kolam ditutup pada pukul 6 petang untuk proses pembersihan. Kalau ada yang tak rajin mandi air terjun/sungai, mungkin akan kata air hijau macam berlumut, macam kotor ja. Tak. Air dalam kolam ni memang direct tokwan buat piping direct daripada air bukit. Tokwan cakap warna air dalam kolam ni bergantung kepada keadaan. Kalau atas bukit nun hujan, boleh jadi air sungai yang tertadah dalam kolam ni berubah warna sikit. Yang Ayu pasti air dia.... Sejukkkkk! Brrr!

Image may contain: pool and outdoor

Gelongsor tu ya amat laju kalau naik dari atas. Kami dah testing. Untuk orang dewasa best laaa. Cuma tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Fateh pun takat tu ja la kami bagi naik. Entah dah berapa juta kali Fateh naik gelongsor tu. Selalu naik gelongsor kat taman permainan kering. Harini merasa laaa. Tangan habis kecut gigil gigil pun tak puas main lagi.


Ayu pergi weekdays. Hari Isnin. Balik daripada office lepas submit order penapis air Coway yang nak pasang bulan Januari, terus singgah sini. Heaven gilaaaa laaa kami anak beranak mandi takda orang! Tokwan kata untung la datang hari kerja. Kolam ni tiap tiap weekend penuhhh orang.

Ok sangat lepak sini. Tak payah pergi jauh jauh. Nak pergi sungai bahaya musim hujan. Dapat jugak nikmati air sejuk, fresh terus air sungai dalam kolam yang selamat. Tak risau batu sungai, pusar air, lubuk bagai. Tokwan kata hujan hujan pun selalunya selamber dekkk ja orang terus main air. Tapi kena hati hati jugak. Licin.

Image may contain: one or more people, basketball court and outdoor

Toilet, surau, tempat duduk banyak, tempat bbq pun ada (hanya untuk penyewa homestay). Siapa nak bermalam ya, homestay pun ada. Masa Ayu datang ni ada lagi renovation tengah dok buat. Nak tambah homestay barangkali.

Homestay tu Ayu tak sempat tanya tokwan rate harga dia sebab Fateh dah tak sabar sangat nak terjun main air. Tapi maklumat dari FB Teratak Tokwan:

Overnight 3pm-3pm : RM200
Day use 10am - 6pm : RM150

Maklumat lanjut atau tempahan boleh terus ke Official Facebook Page 
Teratak Tokwan.  Gambar-gambar kat bawah ni kredit to Official Facebook Page 

Image may contain: food
Tempat bbq disediakan hanya untuk penyewa homestay sahaja. Jangan risau, makanan daripada luar boleh bawa masuk. Cuma dilarang bawa makanan sampai ke kolam demi menjaga kebersihan 

Image may contain: house, sky and outdoor
homestay dari luar

Image may contain: tree and outdoor
Ada rumah pokok comel  kat sini. Bestnya kalau buat gathering berkelah 1 family

Tiada ulasan: