29 Julai 2010

projek RM5000?

kalau dalam tangan hgpa ada RM5000, pabenda yg hgpa akan wat?
ni rock  melon... salah satu jenis tembikai susu. rock melon ni isi kaler oren.
kt R&R slalu jual tuh....
yeah! ni ikan.. tapi ramai x tawu ikan apa.. haha.. ni ikan talapia

 ni la cabaran untuk aku+member2 group yg laen untuk sem ni..
tak tawu lagi kan apa yang aku kena buat?

alhamdulillah group aku dapat buat penternakan ikan tilapia+rock melon..
group yang laen dapat ikan keli, tanaman campuran, ayam kampung...
sebenarnya kena buat projek feedlot lembu/kambing...
sesuai la dengan kos aku nih...
tapi masa tak mengizinkan, 1 sem je pon..
tak sempat nak membesar pulak lembu/kambing...

err... rasanya ada yang tak paham lagi nih.. hehehe...
macam ni, UPM kasi modal RM5000 SAHAJA untuk buat perniagaan berasaskan pertanian dalam tempoh 1 sem ni SAHAJA..
modal RM5000+tempat disediakan.
 tapi yang laen, bergantung pada usaha sendiri..
-beli biji benih+anak ikan
-baja+racun
-makanan
-management
98% atas usaha sendiri! hujung sem nanti hasil ternakan ikan tilapia+rock melon nih akan dijual

camna nak jual? kat mana nak jual? brapa harga nak jual?
sumanya atas kreativiti+kesungguhan+kebijaksanaan menyusun strategi group masing-masing coz hujung sem nanti, modal RM5000 kena bayaq balek kat UPM.. mana da sapa nak bagi duet free2 skg.. huhuhu

kalau x dapat kumpul RM5000 balek, tiap2 member group kena tanggung...
tapi kalau jualan hasil pertanian nih melebihi RM5000,  untung tuh kongsi2 meh!!!

doa2kanlah group aku untung banyakkk!
akhir kalam, PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN...
hahahaha

Tiada ulasan: