29 Julai 2010

CERITA CUTI: kembali pulang

8 Julai 2010

alhamdulillah abang aku, Fadhil selamat sampai Malaysia.
teruja nak jumpa memang x taw nak kata la..
3 tahun tak jumpa langsung.
kali ni dia balek bercuti sebelum tahun akhir
insyaAllah dia akan sambung master kat sana jugak, bumi anbiya.

fadhil dijangka sampai pukul 9 malam
aku+parents+Paan(kezen) bertolak tengahari.
dari umah lagi mak asyik nangis jer.
belum sampai KLIA lagi. wuwuwu.. da lama tak jumpa anak sulung dia..
dalam 20 minit perjalanan nak sampai KLIA fadhil kol..
katanya da selamat mendarat. tak sempat nak julang banner kat balai ketibaan.. huhu..
sampai2 jer, aku la orang pertama yang nampak fadhil dari jauh..
still macam dulu, tinggi x berubah.. still pendek.. hahaha...
yang beza siket fadhil bela janggut.. em, panjang jugak la..

asalnya aku nak rakam detik2 kembali pulang nih. da siap dgn kamera dah. tapi jumpa2 jer fadhil terus peluk abah+mak+aku. haih! meleleh tersedu sedan kat tengah2 alam tuh.. lupa terus kamera kat tangan..
adoyai...

Tiada ulasan: