Selalunya menda yang tak plan memang 'menjadi'... Terkejut + Teruja bila dapat call dari Ili katanya ada 'orang jauh' datang... Disebabkan transport yang ada just wave biru aku je, maka semua bersetuju lepakkan diri kat Putra foodcourt je...
Terharu seyh Faizah sanggup datang dari UIA, Kuantan ke UPM semata nak jumpa kengkawan lama... Syawaliah & Ili pun nama je 1 kampus dengan aku, tapi jarang giler dapat jumpa...
Bila dah jumpa mula laa bukak cerita macam-macam... Subhanallah seronok yang amat! Rasa lapang gila hati malam ni... Balik bilik pun leh tersenyum sengsorang teringat time makan-makan tadi plus kenangan sekolah since Form 1 till Form 5...
sekarang masing-masing dah 22tahun jumpa terasa cam muda remaja balik... Kata Ili, entah-entah nanti jumpa nextyear ada yang dah ngandung-ngandung... huahuahua...
Macam familiar? Faizah, Anak sulung Ustaz Shamsul Ariffin - Qari... Ada jugak blog yang cerita pasal Ustaz Shamsul Ariffin KAT SINI... and you know what, Faizah jugak seorang qariah... Err, tapi tak tau la si Faizah ni aktif bertilawah lagi ke idak... Tak tertanya pulak tadi... Sibuk bergosip jer... keh keh keh...
Korek-korek gambar ada la sekeping gambar lama... Zaman merdeka bertemakan 'Keranamu Malaysia'... Takley blah muka sengsorang... Tapi dalam ni tak nampok plak Faizah...
"YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"