19 September 2012

demam PRK datang lagi


Krrriiiiinnng!!! 
Loceng daily assembly berbunyik dengn girangnya. Saat ‘paling ditunggu-tunggu’: ucapan tuan pengetua.

Seperti kalian sedia maklum, selepas penapisan 2 orang daripada barisan prefect akan bertanding untuk pemilihan Ketua Pelajar (KP). Sebelum pengundian berlangsung, Aqil dan Amran diberi peluang selama seminggu untuk berkempen secara sihat dengan apa jua cara sekalipun untuk meraih undi. Undi yang terbanyak akan menentukan KP sekolah untuk sesi tahun ini. Demi kemaslahatan bersama, ingat! Undi adalah rahsia.

Se’setelnya’ perhimpunan pagi itu, maka bertebaranlah pelajar-pelajar Sekolah Berasrama MBKP ke kelas masing-masing. Tapi suasana tak seperti selalu, bunyi seperti sekumpulan langau menghurung makanan mengisi ruang sekolah. Dalam kelas, di kantin even dalam toilet para pelajar asyik bertanyakan pendapat tak kurang juga melemparkan hujah siapa paling layak menjadi KP. Aqil atau Amran.

***

Pada satu petang yang hening, 5 orang prefect dan seorang ‘lembaga’ telah mengadakan satu perjumpaan rahsia:

MR.X: Macam tahun-tahun yang lepas, aku tak nak sekolah kita bertukar corak. Aku akan pastikan tahun ni, Amran yang akan jadi KP. Dan aku perlukan khidmat korang semua. Andai kata ada pelajar yang kencang promosi dan sebagainya tentang Aqil, kasi pada aku nama dia. Taulah macam mana aku nak ajar budak tu.

Prefect 1: Apa akan jadi pada budak tu?

MR.X: haha. Mudah je. Kuasa yang ada akan aku guna sebaik mungkin. Semua keistimewaan seorang pelajar akan aku tarik. Ah, pandai lah aku buat kerja aku. Korang punya keja itu aja.

Prefect 2: Tapi undi tu kan rahsia. Ramai je yang senyap dalam sekolah ni. Mana tau dia tu undi Aqil ke Amran?

MR.X: Memang la rahsia. Tapi rahsia bagi korang je. Tak pada kitorang. Hahaha.

Prefect 1, 2, 3, 4 dan 5 mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Namun jauh di benak prefect 4 ada sedikit kegalauan. Dia kenal siapa Amran dan siapa Aqil. Prefect 4 dalam dilemma. Tak memikirkan orang lain, tapi dirinya sendiri. Siapa yang dia akan undi?

***

Pada hari pengundian, prefect 4 buntu. Maka dia pilih:


Kesimpulannya... ah! korang buat kesimpulan sendiri je lah!
p/s: Selamat berPRK (PilihanRayaKampus)! 

Tiada ulasan: