Hyyyeee-chooom!
Akhirnya setan-setan kat hujung jari aku nih berjaya dihalau...
Habis final exam haritu aku macam bebudak U lain jugak... Semangat berkobar-kobar nak balik kampung bercuti... Kekobaran semangat aku memang melampau... Baru lepas 1 paper dah kalut kemas beg baju... Semangat aku pelik tak macam orang lain sebab cuti sem kali ni merupakan cuti sem pertama aku selama bergelar mahasiswi.. 3 tahun sebelum ni asal cuti sem je aku kena sarung uniform loreng...
Sekarang zaman as kadet PALAPES dah pun berlalu...
Setahun yang ngeri bersama makhluk bernama FYP pun dah berakhir...
Assignment? Report? Presentation? Test? Dah tak payah fikir...
Paling best lepas ni dah tak payah bermalasan lagi nak merempit pegi kuliah hari-hari!
Yey! Tinggal last task as degree student: praktikal Feb-July...
Sangkaku mimpi indah menanti di rumahku syurgaku hanya tinggal mimpi... Cuti semester aku tak sehebat cuti semester student lain... Apa yang korang harapkan tiap kali balik kampung? Yes! Masakan air tangan mak! Tapi aku tak dapat merasa wey... Cuti apakah iniiiii~
Mak kat Bidor, Perak since September 2012 Abah kena posting... 2 orang adik perempuan kat hostel... So kat rumah Selama, Perak ni aku je la perempuan tinggal dengan 3 teruna...
Korang boleh bayang tak macam mana keadaan rumah yang hanya didiami oleh anak teruna jer sebelum ni? Aku jejak je kaki kat rumah.... subhanallah! speechless! Rumah anak dara pun ada sepahnya inikan pulak rumah anak teruna??? Memang laa tak sampai tahap tongkang pecah tapi serabut kepala jugak la nak kemas... Siapa pernah stay kat rumah aku dia faham laaa compartment-compartment rumah aku macam mana since rumah-kedai-kampung-2tingkat-buat-sendiri...
Rutin kat rumah pagi-petang:
- Kemas rumah
- Sidai-angkat-lipat baju
- Cukup time, masak
Walaupun nampak rutin harian ni simple je tapi seriously aku macam orang gila setelkan semua ni sengsorang hari-hari... First week aku boleh survive lagi buat kerja, masuk second week aku dah blank takde idea nak masak lauk apa... Tambah tension bila terlajak tidor then semua kerja dah tak betul masanya... Bukan ini je kerja aku, tiap kali balik kampung tak sah laa kalau aku tak jadi driver untuk sedara-mara... Nasib kurang baik bila kucing 'membuang' tak kena tempat... Walaupun aku ni pencinta haiwan tapi tengah-tengah letih kucing buat hal mana boleh tahan sabar... FYI, recently kat rumah aku ada 13 ekor kucing! Nanti aku introduce sekor-sekor kat entri lain...
Plan nak meronggeng dengan kengkawan lama semua keparit... Contact diorang pun tak sebab aku tengah serabut... Sampai ke harini aku tak pernah berkesempatan keluar jenjalan rehatkan kepala hotak... Masa rehat aku tengok TV-tidor... Nak online pun aku takde hati...
Tau tak harini aku tergerak nak hupdate blog sebab apa?
Tak sabar tunggu mak abah sampai! weekend ni mak abah balik Selama, Perak!
25 Januari 2013
07 Januari 2013
Facebook Group: Vitiligo
Terharu gilee Ayu bila one of vitilgo fighter made an effort untuk tubuhkan satu facebook group khas untuk pesakit-pesakit vitiligo named Vitiligo Bond Malaysia...
Baru seminggu Ayu jadi ahli group ni and guess what? Group Vitiligo Bond Malaysia sangat-sangat beneficial sebab all the sufferer boleh kongsi pengalaman, guna ubat apa, pegi klinik mana, terima treatment macamana... Sedikit sebanyak menghilangkan keresahan dijiwa yang bukan Ayu jer menderita mentally dengan vitiligo ni... (cewah keresahan jiwa gitu)
Till now 20 orang jer ahli dalam group ni... Ayu harap bilangan akan bertambah sebab makin ramai ahli, makin banyak info kita boleh exchange dan yang paling penting kita ada 'kita' untuk sama-sama kuatkan semangat dan gain self-confidence as a normal person... Nanti bila dah ramai baru syiok nak buat gathering!
Pesakit vitiligo yang lain kat luar sana, Jom klik gambar & meriahkan community dalam group ni!!!!
05 Januari 2013
Tambah Trafik Tambah Follower 2013
Rasa lama gila tak join mana-mana segmen... Tetiba teringin pulak bila tengok Cik Lynn join segmen ni... =)
Dah 4 tahun termasuk tahun ni aku berblog sebab terpengaruh dengan kengkawan yang ada blog comel lagi cantik... Basically blog ni wujud sebenarnya nak share macam-macam cerita dengan kengkawan sekolah yang dah terpisah jauh dek mengejar cita... Masing-masing berterabur kat Malaysia ni, tak kurang jugak yang study abroad... Jadinya banyak cerita personal dari ilmiah...
Tapi lately aku rasa terpanggil untuk jadikan blog ni satu platform untuk aku kongsi info & pengalaman tentang sejenis penyakit yang tergolong dalam penyakit auto-immune iaitu VITILIGO sebab I'm the one suffering...
Kalau perasan pun banyak entri tentang haiwan... Apa yang aku share kat blog ni adalah ilmu yang aku dapat dari kuliah, web, buku dsb as animal science student... Jangan silap, aku bukan pelajar Veterinar, bidang aku dibawah Fakulti Pertanian... Bezanya, Vet umumnya belajar tentang ilmu perubatan untuk haiwan... Tapi aku belajar tentang penternakan dari segi management, breeding, economy, sekaligus cover some topics on medicine for animals...
So, secara tak langsung blog aku merupakan blog pendidikan buat blogger walaupun gaya bahasa aku tak mengikut tatabahasa apatah lagi grammar yang betul supaya readers boleh faham & tak bosan dengan apa yang aku nak cerita...
Jom, meriahkan segmen ni ramai-ramai dengan KLIK BANNER DI ATAS!!!
02 Januari 2013
'Menangis' di hari perkahwinan
Musim kahwin hujung & awal tahun kan? Menumpahkan air mata di hari perkahwinan satu kebiasaan... Bukan pengantinjer yang menangis, mak ayah pengantin pun menangis... Hatta ada suami yang lembut hati boleh menangis untuk hari bersejarah ni...
Tapi wajar ke kita menangis kegembiraan untuk:
1. Baju pengantin tak mengikut kehendak syarak. Trend tudung masuk ke dalam baju, dada tertonjol, cutting kasi baikk punya. Untuk majlis resepsi pula, tudung entah ke mana.
2. Acara-acara seperti membatalkan air sembahyang yang juga bukan dari syarak misalnya cium pipi, hidung, mulut depan orang ramai dan diambil gambar ciuman tu.
3. Sesi fotografi yang merakamkan gambar isteri dan suami di tempat tidur, baring dan sebagainya yang tidak menepati syarak. Pakai dah tak pakai syarak, semua orang menontonnya secara percuma.
4. Gambar dan video yang menonjolkan watak isteri dan suaminya yang mendedahkan aurat, diupload di fb dan youtube utk tontonan umum. Sebarkan lagi benda tak syarie.
5. Isteri buat salah di hari perkahwinan, tapi suaminya diam membisu tak tegur pun. Suami tak berguna? Hari pertama: FAILED jadi suami!
6. Duit yang banyak mungkin telah dibazirkan dengan hantaran yang mahal-mahal dan mahar yang menyusahkan pihak suami.
7. Bersanding sampai terbabas waktu solat. Bersanding dengan penuh tabarruj.
Harapnya 2013 menjadi pemula untuk 'dunia pengantin' Malaysia maju setapak ke arah pengantin mesra alam Islam... Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang... Bertaubatlah seandainya kita terrrbuat... Yang masih belum, anda punya masa untuk ubah...

BIASAKAN APA YANG BETUL, BETULKAN APA YANG BIASA
01 Januari 2013
6 tahun bersama vitiligo
Rasanya Ayu tak pernah lagi cerita sejak bila Ayu dapat vitiligo... Sempena tahun baru 2013, Ayu review dengan gambar biar jelas siket perjalanan vitiligo selama 6 tahun...
Eh, jangan silap... Awek tudung putih tu cik iylia... Ayu bertudung hitam okeyyy.. korang boleh julingkan mata tengok muka & tangan Ayu time ni tak nampak pun lagi tompok putih kat mana-mana bahagian kan? Actually setitik tompok putih dah wujud time ni kat ibu jari kanan tapi Ayu ingat parut luka... Ayu buat tak tau je laa kat tmpok putih tuh...
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
[HR. Bukhari dan Muslim]
awal tahun 2007

2009 - first year in UPM
2 tahun berlalu at last Ayu baru perasan tompok putih kat ibu jari kanan Ayu makin membesar... Time ni la Ayu gelabah cari jawapan kenapa, bagaimana dan bila tompok putih ni wujud... Seryes Ayu tak sedar bila tompok putih ni membesar...
awal 2010
Ok dalam gambar atas ni korang boleh perasan tompok putih dah mula nak menyemak kat mata kiri, hidung ngan antara hidung & mulut... Time ni memang Ayu risau gila sebab tompok putih dah melarat ke muka... Tapi gambar tetap nak cover cun... tak nampak macam risau pun kan? wahahaha...
hujung 2010
Time ni kira saat-saat genting la untuk Ayu terima kehadiran vitiligo... Down gila Ayu time ni sebab tompok putih makin obvious kat bawah hidung, kiri-kanan mata ngan bibir... Nak tau keadaan down Ayu time ni sampai aku tak nak keluar bilik pergi kuliah sebab Ayu segan kalau orang tengok... Masa ni la member-member Ayu tolong carikan make-up untuk cover tompok putih kat muka Ayu..
tompok putih kat tangan yang makin membesar - hujung 2011
Dalam 2009-2012 time ni tompok putih merebak dengan ganasnyer... Dermatologist cakap mungkin disebabkan stress...Ayu akui, fasa hidup aku kat UPM ni memang stress... Stress dengan study, orang sekeliling, masalah antara 2 darjat lagi... kah kah kah
gambar terlatest - 1 jan 2013
Lastly yang ni Ayu baru jer snap sat-sat tadi... Kalau tengok kat muka, area mata tompok putih membesar tapi area bawah hidung ada improvement... Lagi satu tompok putih cinonet atas hidung dah tak ada sekarang... Kat bibir, Ayu tengok macam tak ada perubahan... Sama jugak dengan tangan, ada tompok yang membesar, ada tompok yang dah mengecil...
Ramai jugak yang pm tanya sekarang guna ubat apa, makan supplement ke tak... Citer pasal ubat & supplement Ayu cerita kat entri lain... Sebab cerita pasal menatang ni pun panjang jugak...
Kalau tanya depress ke tak dengan vitiligo ni bohong la kalau Ayu kata tak... Still ada lagi certain people yang tak berapa nak faham pasal penyakit ni dan still ada certain people yang tak berapa nak pandai jaga hati odengan kata-kata yang tak menyenangkan... Tapi, tak pa.. Ayu ada ramai member lain dan tak lupa jugak family yang sentiasa bagi semangat bila Ayu down...
Siapa-siapa yang senasib, jangan risau dan jangan sedih... Sebagai penawar hati duka nan lara, renunglah ayat-ayat cinta Ilahi & bait kasih Rasulullah s.a.w kat bawah ni...
" Tiada satu bencana pun yang menimpa bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"
[Al-Hadid: 22-23]
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
[HR. Bukhari dan Muslim]
appertizer 2013
Seumur hidup aku seryesly aku tak pernah jejak mana-mana tempat untuk kira 3,2,1 pastu tengok bunga api sempena tahun baru... Bersaksikan langit suram malam terakhir tahun 2012 without any plan aku dengan roomate merempit ke Shah Alam...
Setahu aku ada 3 program ambang tahun baru kat Shah Alam... Tak tau nak pegi yang mana satu sebab aku dah lama tak pegi Shah Alam... Ingat-ingat lupa jalannyer tambah pulak merempit malam-malam... so aku refer signboard jer... Mana hala signboard bawak, ke situ la aku sampai...
Wave biru melelong ke kiri kanan bila roomate aku teruja nampak signboard i-city... Sesaat aku bukak helmet, telinga aku dah dijamah dengan lagu yang aku tak faham... Terasa macam duduk dekat Bombay pulak time tuh... Aku tengok ramai yang dok melepak jer... kecik-besar-tua-muda semua ada dok melepak,... Jam baru pukul 9.30pm...
"semua ni duduk melepak macam ni jer ke sampai pukul 12?"
"haah, ni semua tunggu bunga api..."
"ler, bosan gileeee..."
Disebabkan kebosanan terlampau dengan awek tak cukup kain, lelaki yang tak sedar diri dia adalah lelaki, semburan air liur sebegitu lebat daripada ahli politik dan 'tikus jantan' yang tak sabar nak mengawan aku dan roomate beralih arah ke Dataran Merdeka Shah Alam...
Macam tadi jugak lepas sesaat aku bukak helmet... eh! suara Ustaz Azhar Idrus! Semangat je aku jalan cari tempat nak duduk... Lepas slot khas bersama ulama terkemuka dari Syria, aku dah tak senang duduk... Rasa sayang nak tinggalkan dataran tapi dah pukul 11.15pm... Lewat-lewat kang takut pulak nak merempit balik...
On the way balik UPM sempat la aku berenti jap tengah-tengah jalan tengok bunga api... Teruja jugak la tapi agak-agak berapa ribu agaknya habis diorang bakar untuk bunga api tu... Time ni hati aku menyanyi:
"awat la dok kalut megah condong ke barat? mai kita pakat tarik ramai-ramai biar ke timur condongnya" - kurik kundi Siti Nurhaliza
Konklusinya? Opkos la aku lagi suka sambutan kat dataran compare kt i-city tuh... Kalau aku datang dengan family nescaya aku tunggu program tu sampai habis...
p/s: malas nak upload gambar dari phone. phone tengah cas.

sumber |

Langgan:
Catatan (Atom)