17 Jun 2013

Mula tanam anggur | Antara dua Parti

Entah kenapa agaknya term ‘tanam anggur’ orang guna untuk mendefinisikan kondisi seseorang yang tengah menganggur. ‘Meng-anggur’. Imbuhan ‘meng’ tu selalu digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang sedang dibuat. Tapi kenapa tanam? ‘meng’ kat situ boleh jadi petik anggur, jual anggur, makan anggur pon boleh. Eh, apa jadah serius sangat diskus pasal term menganggur nih. Takde  koje betul. Sah. Memang takde koje.

Unofficially sekarang aku dah tamat sesi pengajian untuk dapatkan segulung ijazah. Tak payah susah hati nak fikir pasal assignment, test, exam ke hape. Sekarang boleh la tumpukan perhatian untuk fikir pasal berumah tangga pulak. wee! Siapa nak kawen dengan aku angkat tangan!

*bunyik cengkerik*

Soalan yang orang selalu tanya kat aku sekarang tak kira kat mana aku berada hatt di alam maya: “nak keja apa pas ni?”

Kalau boleh jawab la aku nak keja apa macam-macam keja aku nak. So soalan tu sebenarnya kena dibetulkan. Supposedly tanya la aku “pas ni BOLEH buat keja apa ja?” Haa, soalan ni relevan sikit untuk aku jawab. Dalam kepala macam-macam aku nak buat sementara tengah ‘tanam anggur’ ni. Kalau sebelum ni separuh dari umur aku yakni 12 tahun life aku cuma kat hostel untuk study. Sekarang sampai masa untuk aku berbakti pulak. Sebaik-baik ‘tanam anggur’ biarla ada hasilnya. Sementara aku tak buat apa menunggu kerja yang setimpal dengan kelulusan ada baiknya aku tolong kedai runcit family aku yang sekarang ni hidup segan mati tak mau.

Aku tak pernah mention pun family aku mewarisi kedai runcit kan? (fuuu, mewarisi!) Kedai runcit kampung. Rumah aku sekarang ni kira rumah kedai la orang kata. Rumah kedai ala kampung. Sekarang ni lain macam sikit kampung aku lepas pilihanraya. Bahang pilihanraya tak reda lagi. Dulu tak la seteruk macam ni. Sedih aku. Tu yang muncul luahan hati berseni haritu. Terlampau sedih. Mulanya aku tak mau kecoh tapi makin lama aku rasa makin teruk pulak.

Sekarag dah ada kedai runcit PAS, kedai runcit UMNO.

warung nasi lemak PAS, warung nasi lemak UMNO.

Kenduri kawen orang PAS, orang UMNO tak pergi. begitu jugak sebaliknya.

Paling sadis sekali, time solat jemaah kat masjid kalau imam yang naik tu orang PAS, orang UMNO tak mau datang masjid. Boleh nampak clear time solat jumaat. Kalau si imam tu orang PAS, tang-tang tu jugak orang UMNO terjun keluar tingkap. Tapi kes ni aku tak pernah nampak orang PAS terjun tingkap sebab belum pernah orang UMNO naik imam. Bukan nak buruk-burukkan. Tapi ini realiti. Oh ye, rumah kedai aku ni betul-betul sebelah masjid kampung. So apa-apa ‘kejadian aneh’ memang selalu aku nampak. 

Aku tak tau apa aku boleh buat untuk kembalikan keharmonian kampung aku ni. Sedih. Orang tua dengan egonya, orang muda pulak dah rasa cukup ilmu di dada membongkak sini sana. Tak ada usaha nak pulihkan keadaan. So azam aku lepas habis belajar ni nak pulihkan keadaan kedai runcit aku dan secara tak langsung dengan misi-misi yang ada dalam kepala hotak ni dapat la aku kembalikan keharmonian kampung. Kalau tak harmoni pun takpe, janji orang kampung ni terdidik la sikit kepala hotak tu. Jangan ingat dalam dunia ni ada PAS ngan UMNO je. Kampung penduduknya 100% orang Islam, tapi bila berpolitik bab fardhu ain kucar kacir. Bab fardhu kifayah jangan tengok la.  Kita ni selalu tak sedar TERbangangkan diri sendirti. Tapi pesan aku nak jadi bangang boleh, tapi biarlah bertempat. HEHE.


Tempat korang ada macam ni tak? Haih…

2 ulasan:

Unknown berkata...

kat pontian , johor tak kira parti.
janji si imam tu menjalankan tanggungjawab sebagai imam yang menyatukan umat :)

Siti Nuur Hidayu berkata...

syuk.shusuke: dalam kg ayu ni ayu x nampak salah si imam, tapi makmum yg ego x nak ikut imam.

tapi pasal kenduri, kedai & lain2 semua pihak salah sbb semua pertahankn ego masing2..