21 Ogos 2014

070614 # Solemnization

Broscience senyum sampai telinga nuhhhhh!

Ayam & itik belakang rumah aku selalunya bising pagi-pagi tapi haritu sepi hening je. Agaknya diorang pun syahdu pagi tu aku nak tukar status. Wahaha. Alhamdulillah, majlis akad nikah & walimah penuh sederhana pagi tu berjalan lancar. Syukur dengan ketentuan Allah.

Dari awal mata dok tahan tak mau bagi ayaq mata jatuh. Masa khutbah nikah dah bergenang, tapi sempat diselamatkan dengan lawak tok kadi memerangkap bekas Cikgu Math aku masa sekolah rendah dulu. Lepas akad & solat sunat ba'dannikah, salam &  peluk mak buat aku tak mampu tahan air mata. Berderai jua kat majlis. Air mata syukur & gembira.

Ni je satu-satunya gambar yang aku ada dua-dua belah pihak. Gambar daripada OP x dapat lagi. Dah OP busy bebenor! hahaha. Nasib OP pakcik sendiri.

TRIVIA MAJLIS

Baju Pengantin: Dua-dua baju beli siap kat Warta Bandar Baru Bangi. Berpatutan. Selesa. Seluar pengantin lelaki je kena tempah sebab tak ade saiz! wahaha.

Catering & Khemah: Pakcik. RM8/head

Doorgift: Kuih bahulu & kuih kapal terbang sponsored by orang kampung. Kutu system. Tak dijumpai di mana-mana kampung! wahaha. FOC.

Make-up: Sepupu. FOC.

Pelamin: None.

Photographer: Pakcik. FOC.

DJ: sdn bhd sound system. Pasang nasyid je sepanjang majlis. Siapa nak copy koleksi nasyid 1 pendrive meh jumpa aku. Keh3.

Bunga tangan: DIY. Pakai bunga tisu sama macam hantaran.

Bunga tangan DIY

Tak ada berarak kompang. Tak ada persembahan silat. Tak ada makan beradab. Lepas akad nikah rest kat rumah kejap, sembang-sembang dengan family. Nak masuk tengahari baru pengantin keluar rumah makan kat meja pengantin. Aku sebenarnya plan nak makan dalam rumah. Pengantin bersila sekali ramai-ramai dengan family makan sama-sama. At last tukar plan sebab sedara-sedara ramai berkampung. Rumah pulak banyak sangat barang-barang kenduri. 

Selamberr pengantin makan pakai tangan. Baru puas makan! Wahaha. 

 Lepas makan, ada 1 acara special. Cabutan bertuah. Ramai cakap rare tapi kat kampung aku setiap majlis confirm ada acara cabutan bertuah. Aku rasa aku orang pertama pecah tradisi kat kampung aku buat cara ni. Kalau tak, sistem sebelum ni siapa nak jadi orang bertuah kena daftar dengan RM1. Hek elehhh. tak bertuah lah kan. Lagi 1 tak ke dah jadi macam judi tu. Astaghfirullahhhh. So aku kepit no bertuah kat doorgift. So semua tetamu layak jadi orang bertuah. Ada la 20 orang dapat tupperware yang guna duit sponsor daripada mak. Hikhok!

Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun majlis extend sampai asar ada lagi orang datang. Kenduri paling lama. Siapa jumpa aku lepas zohor boleh tengok baju jela. Aku dah buang make-up masa tu. 

Member 1 skot PALAPES UPM yang sudi datang dari jauh. Tenkiu uolls.

Terima kasih kepada kedua-dua family yang permudahkan perjalanan & urusan penyatuan dua hati ni. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang support tak kira dari jauh or dekat esp Paen yang sudi datang awal sehari tolong pakaikan inai & hias hantaran. Walaupun haritu ko keseorangan pengapit tak macam pengapit, tapi harap ko puas hati makan eskrem banyak kali. wahaha. Meh tengok skettt pengapit kita...

Baru lepas akad. Mata bengkak. Tak cukup tidoq + teghiyak

Lastly, tak lupa untuk kami panjatkan syukur atas nikmat yg Allah berikan. Moga-moga langkah kami ke alam baru ni terus-terusan di bawah rahmat kasih sayangNYA. Mohon doa dari kalian jugak. Ampunkan salah silap kami & apa2 yang terkurang haritu. Moga Allah redha semuanya.




19 Ogos 2014

GLYCEMIC INDEX (GI)- broscience

itz been a while folks. ngehehe.. skang baru gua dapat mase nak update penulisan gua..okeyh, berdasarkan tajuk di atas (macam karangan dak darjah 3 plak..koh3) gua nk highlite kan kt uoll tentang glycemic index aka G.I.. Haaa ni bukan GI Joe kayyy.. ni lahhh penentu pade kadar penyerapan glukosa di dalam badan manusie..

fez of all,, sape tahu maksud GI?? angkat tangan cepat!


Sape tahu angkat tangan!
ALkisah Pakcik GI
Glycemic index mengikut definisi ialah ranking untuk karbohidrat meningkatkan paras gula di dalam darah (glukosa) dari skala 0-100. 

ok kalo terlalu komplikated, senang cter, GI ni indicate kadar penyerapan karbo untuk bertukar menjadi tenaga yang mana boleh terus di gunakan untuk bekerja. ada paham?? ~angguk skettt... 

as an example... GI pisang is around 52.. Manakala beras putih sekitar 44. Ini bermakna, pisang lebih cepat di serap di dalam darah untuk menjadi tenaga, dan membolehkn kita melakukan kerja

Penting bebenor ke bende alah ni???
pemilihan makanan yang mengandungi GI tinggi dan rendah sangat penting lagi2 jika dalam merangka jadual senaman. ini sangat mempengaruhi performance seseorang (xkira la hampa workout ke kerja ke). 

if korang takde source energy yang cepat akan berlaku pelbagai masalah, contohnya lembik,, xlarat,,terhegeh2 dsb. haha

Camane nak check GI dekat makanan??

Well,, ade encik google kan, google je la.. hahaha.. Nope seriously.. kne rajin usha n bace d website2 official or wiki pon bolehh... 


Tapi sekarang gardenia by far is the best nutrition bread la. Cube check dekat belakang roti diorang. latest dah ade GI indicator. So uoll leh check. Start makan roti whole grain by noW! Jangan tangguh2 lagi kayy bros n gurls.
GI scale
Kesan dan Akibat

Bad choices of carbs you take, will lead to problems such as sugar crash (akan di utarakan kemudian di entri yang berlainan).

So pick ur carbs wisely folks. on the next entry will try to simplify more topics just for the sake of our health. Datz all, stay tune for more facts and myths ^_^



Adiosss amigos.




18 Ogos 2014

070614 # Hantaran DIY

Atas keputusan aku & persetujuan sebelah lelaki, mas kahwin adalah sebentuk cincin. Lain-lain pemberian tak ada. Aku fikir yang lain-lain tu boleh claim masa anniversary ke, birthday ke... wahaha. Untuk lelaki pulak, kita punya broscience ni takmau cincin. So aku belikan dia jam.


Part hantaran, totally DIY + recycle. Dulang hantaran memang dah ada mak aku buat sewa kalau ada orang kampung nak kahwin. Dah selamat tak payah nak sewa apa. Hiasan untuk hantaran pulak aku buat sendiri bunga pakai tisu. Youtube je. Bunga selain dari tisu adalah bunga recycle. 

Macam biasa, set penjagaan diri adalah barang wajib.
Tali pinggang ni broscience pilih. Aku layangkan duit je.
Kemeja ni takde dalam list nak bagi pun. Pemberian daripada abah.
Ni hantaran paling rare. Orang semua dok ambik gambar haritu cakap tong gas. hahaha. Broscience pilih barang dia, aku macam biasa. layangkan duit je.
At last, buku (tak sempat nak snap yang dah siap hias). Cadangnya nak buat Quran berbalas Quran. Tapi abang aku tegur better bagi buku sebab nak buat hantaran. Risau entah sapa yang pegang, kat mana letaknya. Dah tak pasal-pasal tak beradab pulak dengan kitab suci. 
Lastly,  customized coklat ni pemberian dari majikan aku
Hantaran dari sebelah aku memang jimat habis. Total semua RM3++. Benda paling mahal is the set penjagaan diri (oriii tauuuu) & tong protein broscience ni. Alang-alang dah ada entri ni, aku letak lah sekali gambar hantaran-hantaran untuk aku dari sebelah broscience.

HANTARAN DARI SEBELAH LELAKI

Set penajagaan diri berbalas set penjagaan diri. Saling jaga-menjagai. Eh?!
Telekung kaler purple. Mesti lah aku yang pilih sendiri. wahaha. Broscience layangkan duit je. 
Buku berbalas buku.
Kain pasang pemberian daripada kakak ipar. Rezeki aku. 
at last, buah tangan

16 Ogos 2014

SECOND WRITER - broscience

Assalamualaikum wbt... awl mule prtame mula, gua nk ucpkn thank u so much to my other half, cik siti wan kembang (eh silap) siti nuur hidayu bkoz mberi kesempatan ntuk gua berkarya dalam belog beliau.. hahaha.. gua nk buat belog sndri mmg tak ar kn.. bia la gua melukut d tepian gantang. bukan gantang org lain pon.. gua punye jugak,. wahahaha...

first and foremost, spt tajuk yg dah memg terpampang, BROSCIENCE. What de heck broscience ni?? haaa,, maii2 semua rakyat malaysia bia gua enlighten u oll dgn term broscience ni.. mengikut kamus awam masa kini, broscience is a term that people nowadays used to describe people that do not have any related certified knowledge regarding science (sng cter bukan pakar and xde cert pon dlm pemakanan, kesihatan senaman biomekanik etc, tp beliau ade la ilmu sikit2 hasil perguruan dgn org2 yg pakar).. kalau ikut definition dari Ismail Kamus plak, haaa tu kne tanye beliau sndri... haha

lahiriahnya, gua mmg di lahirkan untuk suke berkongsi ilmu. jadi, bile bini gua da bagi kesempatan untuk tulis anything kat belog beliau, jdi gua rase ni platform terbaik bagi gua ntuk kongsi ilmu kat uolls tentang diet, healthy lifestyle, workout, clean eating, proper meals bla3... ilmu ni baik d sebarkan walau sebesar zarah.. bkoz it will spread and u will never ran out of it. sebab itu gua mmg berpegang pada prinsip kaya seseorg itu terletak pada ilmunya.

So from time through time, gua akan update menu2 yang healthy (healthy lahh sangat..) especially pade wanita.. koz terlalu banyak mitos2 yang berkeliaran yang menyebabkn kaum hawa takut.. malu... segan... (puiihh kalau selfie dalm toilet hg x segan plak) ntuk mengamalkn gaya hidup sihat... 

Lastly, datz all for this entry. akan mule update sedikit demi sedikit ilmu pasal kesihatan insyaAllah bermanfaat dekat uolls sume. Peace yooooo.. ^_^


#create_stronger_version_of_u   ^_^
Best Regards
Broscience 

Balik tabir 070614

Nikah Jun aritu, Ogos dah setel semua benda baru la sempat nak hupdate. Peliknya entah jin mana rasuk aku jadi rajin pulak buat banyak entri dalam 1 hari. hoho.

Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak 12April, tarikh tunang sepatutnya 7Jun dah jadi tarikh nikah. Maksudnya aku ada masa dalam 2 bulan je untuk ready semua benda. Masa tu ramai la tanya kenapa tetiba je langkau tarikh tunang jadi nikah. Paham-paham la mulut orang kampung macamana. Nak tak nak kena ready mulut ni cerita benda yang sama tiap kali jumpa orang. 


Plan asal kitorang nak buat walimah hujung tahun dah diawalkan sebab hasrat rombongan nanti kenduri sebelah lelaki boleh sekalikan dengan kakaknya yang dah lama plan kawen Ogos nanti. Alhamdulillah, semua setuju walaupun dalam hati kami yang bakal disatukan resah gelisah. Resah sebab poket keringggg wehhhh. Nak kawen macamana? Keje pun baru berapa bulan. Saving tak lebat mana. Dalam kepala memang dok ingat loan je jalan paling cepat. 

Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan jalan kami nak buat benda baik. Kami bentang kertas kerja planning majlis yang sederhana, family setuju nak support part paling besar dalam kenduri yakni catering. Kenduri sebelah lelaki pulak ditaja penuh oleh bakal kakak ipar. Kitorang menumpang bahagia di hari bahagia beliau. wahaha. So, kitorang just prepare mas kahwin, kad kahwin, doorgift, baju pengantin, hantaran sikit buat syarat sebab tunang haritu takde. tu je.

Kahwin bebas hutang! Katakan tidak pada loan! 
Yeah!

070614 # I 'm taken

Kenapa dalam banyal-banyak bab, bab kawen paling ramai orang excited. Tanya diri sendiri. tak payah tepuk dada. Nanti orang sebelah ko tengok. Kalau tanya aku, aku suka update sebab esok-esok anak cucu boleh buat reference untuk buat buku skrap folio sejarah keluarga. hahaha.

Roughly planning bertunang Jun & walimah hujung tahun. Sekali kena harung tarikh bertunang asal, terus jadi tarikh nikah. Lagi 4 hari nak balik kampung baru kelam kabut carik cincin belah rotan. Sedara-sedara memang terkajut cipan sebab takde angin, takde hujan tetiba mak maklum hujung minggu ada rombongan nak datang. Bukan merisik, tunang terus!

Pagi tu jiran-jiran dah berkumpul kat dapur rumah siapkan makan-makan untuk rombongan. Sebabkan tunang main terjah, adat tukar hantaran malas nak buat sebab tak sempat. Tapi berbekalkan keazaman yang tinggi, aku berjaya buat apam polkadot untuk rombongan bawak balik as buah tangan.

Alhamdulillah, cincin dengan bahagianya tersemat di jari manis diiringi dengan selawat orang-orang kampung. Walaupun takde pelamin tunang,tak ada hantaran bersusun, aku pun just pakai jubah raya tahun lepas tapi aku & family rasa meriah sangat haritu. Terima kasih wahai orang-orang kampung! Walaupun takde orang kampung baca blog aku, moga-moga Allah berkati diorang.

Kalau ada yang terkejut tengok tangan aku, skrol ke atas pastu klik laju-laju "Aku & Vitiligo"

i.y.o.u kini I & You


Hi u olls!
Lamanyaaaa tak ketuk keyboard kat sini! Ada orang rindu tak?? keh3.

Beberapa bulan sebelum ni life aku memang hectic gila. Salah satu bab dalam hidup yang jadi rahsia Allah sekarang bukan lagi rahsia. Lepas jadi pungguk merindu purnama dan lepas drama antara dua darjat at last Mr. Right yang aku sangka selama ni jauh rupanya bebetul depan mata sekian lama. Betul la cakap orang, jodoh tu datang tanpa diduga. Sendiri mau ingat, malaikat maut pun datang tanpa diduga juga. hoho.

Bila diri dah bertukar status, semangat nak berblog mula naik balik sebab nak poyo macam orang lain cerita bab tawen-tawen macam blogger lain. wahaha. Sekali gus, blog ni pun dah bertukar status.


InsyaAllah 'putera raja' pun nanti turun padang ketuk keyboard kat sini sebab dia pakar & dah lama teringin nak menulis untuk 1 topik. Topik apa? Jeng3! Bersama la kita doa kerajinan 'putera raja' meningkat. hoho.