21 Ogos 2014

070614 # Solemnization

Broscience senyum sampai telinga nuhhhhh!

Ayam & itik belakang rumah aku selalunya bising pagi-pagi tapi haritu sepi hening je. Agaknya diorang pun syahdu pagi tu aku nak tukar status. Wahaha. Alhamdulillah, majlis akad nikah & walimah penuh sederhana pagi tu berjalan lancar. Syukur dengan ketentuan Allah.

Dari awal mata dok tahan tak mau bagi ayaq mata jatuh. Masa khutbah nikah dah bergenang, tapi sempat diselamatkan dengan lawak tok kadi memerangkap bekas Cikgu Math aku masa sekolah rendah dulu. Lepas akad & solat sunat ba'dannikah, salam &  peluk mak buat aku tak mampu tahan air mata. Berderai jua kat majlis. Air mata syukur & gembira.

Ni je satu-satunya gambar yang aku ada dua-dua belah pihak. Gambar daripada OP x dapat lagi. Dah OP busy bebenor! hahaha. Nasib OP pakcik sendiri.

TRIVIA MAJLIS

Baju Pengantin: Dua-dua baju beli siap kat Warta Bandar Baru Bangi. Berpatutan. Selesa. Seluar pengantin lelaki je kena tempah sebab tak ade saiz! wahaha.

Catering & Khemah: Pakcik. RM8/head

Doorgift: Kuih bahulu & kuih kapal terbang sponsored by orang kampung. Kutu system. Tak dijumpai di mana-mana kampung! wahaha. FOC.

Make-up: Sepupu. FOC.

Pelamin: None.

Photographer: Pakcik. FOC.

DJ: sdn bhd sound system. Pasang nasyid je sepanjang majlis. Siapa nak copy koleksi nasyid 1 pendrive meh jumpa aku. Keh3.

Bunga tangan: DIY. Pakai bunga tisu sama macam hantaran.

Bunga tangan DIY

Tak ada berarak kompang. Tak ada persembahan silat. Tak ada makan beradab. Lepas akad nikah rest kat rumah kejap, sembang-sembang dengan family. Nak masuk tengahari baru pengantin keluar rumah makan kat meja pengantin. Aku sebenarnya plan nak makan dalam rumah. Pengantin bersila sekali ramai-ramai dengan family makan sama-sama. At last tukar plan sebab sedara-sedara ramai berkampung. Rumah pulak banyak sangat barang-barang kenduri. 

Selamberr pengantin makan pakai tangan. Baru puas makan! Wahaha. 

 Lepas makan, ada 1 acara special. Cabutan bertuah. Ramai cakap rare tapi kat kampung aku setiap majlis confirm ada acara cabutan bertuah. Aku rasa aku orang pertama pecah tradisi kat kampung aku buat cara ni. Kalau tak, sistem sebelum ni siapa nak jadi orang bertuah kena daftar dengan RM1. Hek elehhh. tak bertuah lah kan. Lagi 1 tak ke dah jadi macam judi tu. Astaghfirullahhhh. So aku kepit no bertuah kat doorgift. So semua tetamu layak jadi orang bertuah. Ada la 20 orang dapat tupperware yang guna duit sponsor daripada mak. Hikhok!

Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun majlis extend sampai asar ada lagi orang datang. Kenduri paling lama. Siapa jumpa aku lepas zohor boleh tengok baju jela. Aku dah buang make-up masa tu. 

Member 1 skot PALAPES UPM yang sudi datang dari jauh. Tenkiu uolls.

Terima kasih kepada kedua-dua family yang permudahkan perjalanan & urusan penyatuan dua hati ni. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang support tak kira dari jauh or dekat esp Paen yang sudi datang awal sehari tolong pakaikan inai & hias hantaran. Walaupun haritu ko keseorangan pengapit tak macam pengapit, tapi harap ko puas hati makan eskrem banyak kali. wahaha. Meh tengok skettt pengapit kita...

Baru lepas akad. Mata bengkak. Tak cukup tidoq + teghiyak

Lastly, tak lupa untuk kami panjatkan syukur atas nikmat yg Allah berikan. Moga-moga langkah kami ke alam baru ni terus-terusan di bawah rahmat kasih sayangNYA. Mohon doa dari kalian jugak. Ampunkan salah silap kami & apa2 yang terkurang haritu. Moga Allah redha semuanya.




Tiada ulasan: