Bukan selalu aku nak merepek sampai buat entri kat blog. Aku memang tak puas hati dengan kualiti karpet yang aku beli masa JAKEL buat promosi kat Bandar Baru Bangi raya puasa haritu. Siapa pernah shopping kat sana bulan puasa baru-baru ni???
SUMBER |
Semangat pengantin baru tak habis lagi katakan. Masa jalan-jalan cari baju raya, terlintas area karpet. Broscience ni mengalahkan aku cerewetnya nak hias rumah. Huntong la ada laki yang rajin hias rumah. kihkihkih. Pilih punya pilih terkenan la dengan karpet merah bak delima ni dengan harga selepas sesi tawar menawar RM180.
Tapi tengok la. Tiap-tiap hari aku kena nyapu benang gugur dari karpet ni. Buka sekali. Dah sapu tak sampai 2 jam haaaa guguurrrr lagi. Semak mata mandang heyyy.
Masa mak aku datang melawat haritu karpet ni la yang first sekali dikomennya. Cenggini baik beli karpet 10 hengget kat downtown! Kalau aku ada anak kecik ni dah penuh agaknya perut dia menelan benang karpet!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan