Alhamdulillah suami Ayu selamat balik kepangkuan selepas seminggu berjauhan. hahaha. Siapa tak sayang laki oiii~
Cerita dari suami Ayu, ramai atlit kecewa game di Tuaran, Sabah ni. Masa game ni diwar-warkan, organizer bagitahu game kalini terbuka HANYA untuk atlit novice ja. Siapa yang dah pernah champion dalam mana mana pertandingan tak layak masuk. Ramai jugak laa atlit atlit daripada semenanjung datang cuba nasib sebab hadiah lumayan beb. Hadiah champion RM2 500. Nombor 1-10 pun dapat hadiah RM jugak.
Tapi first day pertandingan, dipendekkan cerita ada sekumpulan atlit otai dan pernah champion dapat masuk bertanding jugak. Tak tau laa macamana diorang sembang dengan organizer. Dah la daftar on the same day pertandingan mula. Total atlit bertanding haritu 32 orang. Yang menang? Nombor 1-10 Ofcourse laaa geng atlit otai.
Tak patut kan?
Benda dah jadi. Pandai pandai lahhh diorang setel kemudian hari sebab ramai gila orang tak puas hati. Tambah tambah atlit yang terbang dari semenanjung laa. Dengar kata atlit yang menang dalam pertandingan kalini akan kena banned terus daripada mana mana pertanding. Hambikkk.
By the way, suami Ayu dapat nombor 12 out of 32 contestants. Proud of him! Walaupun ada kes tak best. Tapi Ayu bangga dengan pencapaian dia. Not bad laaa. Kalau laaa organizer haritu tegas pendirian tak bagi geng atlit otai masuk bertanding, boleh dapat top 3 dah suami Ayu. hehehe
Takpa. Ada banyakkkk lagi game lepas ni. Kita fokus yang kedepan pulak. Ni rutin-rutin yang dipertandingkan sepanjang 2 hari suami Ayu kat sana.
1. Tyre flip 350kg
2. Farmer walk 80kg/hand
3. Truck pull 3 tan (arm over arm)
4. Log press 80kg
5. Duck walk 90kg
6. Car (Toyotal GL) deadlift
Tiada ulasan:
Catat Ulasan