29 Julai 2010

hearty pedihpiluka

ekcelli malam tadi sangat mengecewakan aku
sangat... sangat...sangat...sangat...
nak wat report, revise nota memang x boleh..
serabut!!!!!!!!!
lepas YM dengan duwey,
aku bukak suma blog yg aku follow+baca satu2 artikel
terubat siket aku punya lara...
''ku ingat nasik panas hingga ke petang rupanya basi di tengahari''
boley pakai ker perumpamaan ni? huhu
ikutkan hati aku nak sangat2 sepak muka sorang2..
haih! sabar2....
doakan aku dapat selesaikan masalah ni secepat mungkin
doakan aku buat pilihan yang terbaik
doakan aku tetap bangun tiap kali terjatuh
doakan yer.... (T_T)

CERITA CUTI: kembali pulang

8 Julai 2010

alhamdulillah abang aku, Fadhil selamat sampai Malaysia.
teruja nak jumpa memang x taw nak kata la..
3 tahun tak jumpa langsung.
kali ni dia balek bercuti sebelum tahun akhir
insyaAllah dia akan sambung master kat sana jugak, bumi anbiya.

fadhil dijangka sampai pukul 9 malam
aku+parents+Paan(kezen) bertolak tengahari.
dari umah lagi mak asyik nangis jer.
belum sampai KLIA lagi. wuwuwu.. da lama tak jumpa anak sulung dia..
dalam 20 minit perjalanan nak sampai KLIA fadhil kol..
katanya da selamat mendarat. tak sempat nak julang banner kat balai ketibaan.. huhu..
sampai2 jer, aku la orang pertama yang nampak fadhil dari jauh..
still macam dulu, tinggi x berubah.. still pendek.. hahaha...
yang beza siket fadhil bela janggut.. em, panjang jugak la..

asalnya aku nak rakam detik2 kembali pulang nih. da siap dgn kamera dah. tapi jumpa2 jer fadhil terus peluk abah+mak+aku. haih! meleleh tersedu sedan kat tengah2 alam tuh.. lupa terus kamera kat tangan..
adoyai...

little babe

dulu orang beli aku tengok jer...
orang pakai aku tengok jer...
orang datang offer aku boley tengok jer...
sekarang.. tengok ler...
hahahaha
celcom kena bayar aku coz jadi model broadband dia
hehehe

projek RM5000?

kalau dalam tangan hgpa ada RM5000, pabenda yg hgpa akan wat?
ni rock  melon... salah satu jenis tembikai susu. rock melon ni isi kaler oren.
kt R&R slalu jual tuh....
yeah! ni ikan.. tapi ramai x tawu ikan apa.. haha.. ni ikan talapia

 ni la cabaran untuk aku+member2 group yg laen untuk sem ni..
tak tawu lagi kan apa yang aku kena buat?

alhamdulillah group aku dapat buat penternakan ikan tilapia+rock melon..
group yang laen dapat ikan keli, tanaman campuran, ayam kampung...
sebenarnya kena buat projek feedlot lembu/kambing...
sesuai la dengan kos aku nih...
tapi masa tak mengizinkan, 1 sem je pon..
tak sempat nak membesar pulak lembu/kambing...

err... rasanya ada yang tak paham lagi nih.. hehehe...
macam ni, UPM kasi modal RM5000 SAHAJA untuk buat perniagaan berasaskan pertanian dalam tempoh 1 sem ni SAHAJA..
modal RM5000+tempat disediakan.
 tapi yang laen, bergantung pada usaha sendiri..
-beli biji benih+anak ikan
-baja+racun
-makanan
-management
98% atas usaha sendiri! hujung sem nanti hasil ternakan ikan tilapia+rock melon nih akan dijual

camna nak jual? kat mana nak jual? brapa harga nak jual?
sumanya atas kreativiti+kesungguhan+kebijaksanaan menyusun strategi group masing-masing coz hujung sem nanti, modal RM5000 kena bayaq balek kat UPM.. mana da sapa nak bagi duet free2 skg.. huhuhu

kalau x dapat kumpul RM5000 balek, tiap2 member group kena tanggung...
tapi kalau jualan hasil pertanian nih melebihi RM5000,  untung tuh kongsi2 meh!!!

doa2kanlah group aku untung banyakkk!
akhir kalam, PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN...
hahahaha

21 Julai 2010

CERITA CUTI: kawan makan kawan

nih alkisahnya adik aku no.3..
akim atau nama sebenar beliau Muhammad Mustaqim dan lebih dikenali sebagai 'apek'
ni la akim/apek.. *salah satu gmbaq yang selamat dlm hp. huhu*
intro: dah lama akim mengidam beli moto baru. skrg dia still guna motor fadhil, abang kitorang. so, sambil blajaq, dia wat part-time. memang membanggakan coz dia leh kumpul RM2+++ dalam masa 4 bulan!
macam2 keja lah dia buat.

isi penting: ada la kenalan akim nih offer motor125 2ndhand. cantik lagi. siap tunjuk geran, tunjuk moto, test rempit segala bagai. akim memang dah berkenan sangat la.. harga mamat tuh letak pun ngam2 duit yang akim simpan. so, member dia ni mintak duit pendahuluan atau bahasa kampungnya deposit RM15++. lagi bagus bayar terus. esok barulah mamat nih bagi motor coz kalau bagi sekarang dia tak dak transport la plak kan. tanpa pikiaq panjang, akim pun bagilah atas dasar member-member.

klimaks: esok petangnya seperti dijanjikan akim menunggu kedatangan member nih tadi. sampai malam tak datang2. kol tak berjawab. tanya member2 laen pun tak tawu. esoknya akim pegi umah mamat nih, dah kosong siap ada papan 'untuk dijual' depan rumah mamat nih.. dalam tempoh 5 hari, still x dak papa.

penutup: at last, akim buat report polis.. tak sangka member sendiri wat camtuh. sampai sekarang tak dapat dikesan. tapi tak pa, bak kata orang tua2, 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkuq jugak'

AKU BERKABUNG

waaaaaaaaa! hari ni hari yang paling100x aku sedih!
laptop aku dah lama buat hal. aku hantar kat member pun, dia da habeh cara da nak wat. then aku anta la g kedai semalam
aku da pesan awal2 aku x wat backup file2 penting aku dalam tuh. suma yang penting2 aku letak dalam local disk D. abang tuh da cakap jangan wiso, barang2 aku suma selamat.
petang tadi dengan hepinya aku gi amek last2 jadi memoir air mata pulak. kosong terus!
-gambar2 yang aku sayang. banyaaakkk sangat
-movie2 yang aku belum sempat tengok
-software2 yang aku simpan
-bahan2 program aku kat KMK dulu
-gambar2+artikel yang aku dah siap taip tuk aku post
yang paling bengang....
- 2 saimen yang aku da siap buat! nasib baek aku ada masa lagi seminggu sebelum dateline
malam nih aku nak letak bom r depan kedai tuh!
p/s: aku dalam keja2 mengumpul balik barang2 yang aku hilang dari member2. buat LISA, hgpa simpan taw pic2 lama+baru. nanti cuti aku nak copy suma. huhuhu

20 Julai 2010

CERITA CUTI: AKU KEJA???


Walaupun 3 minggu da masuk sem baru, aku belum sempat lg story pasal cuti ritu.. banyak sgt halangan. Tapi xpa, tiap2 hari ada masa aku slalu cuba utk post sumthing. Em cuti ritu 3 hari pertama kat umah, mcm besa la kan.. bukak ‘kilang’. Lepaih 3 hari..

PENTERNAK
wat praktikal kah? Hahaha.. x la, aku Cuma tolong abah bela ikan+ayam.. cukup masa, aku kena tukaq ayaq kolam.. bes sgt2...! sebab pa best? Sebab tak saket hati.. ikan kan tak reti wat fitnah, tak reti ngumpat.. penah hgpa dengaq ikan talam 2 muka? Hahaha... tak dak kan?

TUKANG KEBON
rutin petang aku dgn mak. Kadang2 abah join kalau beliau larat lepaih keja. Bukan takat tanam pokok ja, kena tabuq baja, buang rumput2 yang compete ngn pokok,.. paling best mesti r time harvest la.. ala2 farmville.. haha.. belakang umah aku x la besaq sgt tapi mcm2 mak aku tanam. Pokok pisang, cabai, terung, sawi, kacang tanah, kacang bendi, labu.. pokok buah ambra pon ada. Dah berbuah da pon. Opps! Buah ambra a.k.a buah kedondong... cabai plak a.k.a cili.. hehe.. skg nih ramai jugak yang konpius nama2 sayuq+buah skrg nih.. haih!

KERANI
bz tak aku cuti panjang ritu? Haa.. duk kat umah pun leh dapat jadi kerani. Kerani tak bergaji kepada abah.. hahaha.. kebetulan time aku cuti abah ditimbuni dgn macam2 jenis kertas kerja. Lepas briefing, keja2 tuh tertimbun dekat aku plak. Ada 1 malam tuh macam syok ja aku sembang ngan abah sambil menaip. Tengok2 abah dah terlentok baek punya ateih meja.. haruslah aku buat lawak abah tak gelak..! hahaha

DRIVER
ingat lelaki ja ka bleh jadi driver? Cuti ritu aku wat partime jadi driver untuk makcik2+kezen2 aku.. ikut r kalau aku bz, aku tolak r untuk jd driver depa. alhamdulillah la depa sua2 sket.. aku tak mintak tapi orang bagi, kita amek la kan? Hahaha..

MINAH KILANG
balek kampong ja, dapat title minah kilang. Ni bukan ‘kilang td, betul2 kilang punya. Woo, title hot satu masa dulu beb! Hehe.. keja kilang dari rumah.. haa, memang syok sebab dapat duet, tapi mata naek juling la nak siapkan 2000 set dalam masa 3 hari! Bayangkan la, kalau stat wat cucuk2 menatang nih kompem x jalan keja len. Tapi memang puas ati!

13 Julai 2010

malang bersama WAVE BIRU

Baru aku perasan asal hari PERTAMA ja mesti ada benda jadi kat aku kalau aku naek moto wave biru aku tuh
1. hari PERTAMA aku rasmi naek moto tuh lepas abah beli, aku dah masuk balai polis da. sejarah nih!
2. hari PERTAMA Abin belajar naek moto aku tuh, masuk longkang.
3. hari PERTAMA gi kuliah(sem 2) naek moto, ada makcik bengong nak langgar aku.
4. hari PERTAMA nak gi exam(sem 2), aku kena langgar ngn teksi.
5. hari PERTAMA sem 3, moto tuh meletop pulak. meletop kat tengah2 alam dalam lautan manusia lak tuh.. dah la abes RM1++ tukar tayar depan belakang, rupanya plug aku berkurun tak berganti.. tu la. pandai merempit jer. maintainance hancus! wakaka..
dan semalam...
6. hari PERTAMA outing dalam sem 2, wave biru skali lagi meletop kat tengah2 hiway. bley bayang tak 2 awek cun berpayung kat tengah2 hiway sementara tgu sumone?? adoyai...

*x dapat nak upload pic coz tenet slow.. huhuhu