"wuishh, berat nih... aku tak layak"
"nak betuikan orang? diri sendiri pun tak betoiii lagi!"
Tapi hatta 1cm pun tak berganjak tang nak betoiiikan diri tuh...
Kalau dulu orang sebut ja 'usrah' beraaaat ja nak join kan? Lately muncul terma bulatan gembira... haaaa, bunyi syiok sikit... Tapi elok-elok kawan tuh join, member-member kata poyo pulakkk dah... Langsung hilang semangat kawan tuh... Hat dok cakap poyo, ekstrem, jumud tahapekebenda lagi tu sebenarnya depa tak berapa faham konsep 'usrah' ataupun 'bulatan gembira' ni...
Sama ja konsep pergi kuliah kat universiti... Hang dah bayaq yuran dan dapat identity card as UPM student contohnya, tapi malas gila pi kuliah... Takdak orang marah hang pun kalau tak pi kuliah... Tapi yang ruginya hang la sebab tak dapat belajaq... Last-last nanti time final exam tak boleh ambek paper sebab tak cukup 80% kehadiran...
Lebih kurang macam tu la jugakkk dengan usrah/bulatan gembira ni... Bezanya hang tak payah bayaq yuran pun tapi dapat identity card yang tertempel perkataan 'ISLAM'... Takdak orang nak marah pun kalau hang tak join usrah tapi nanti yang ruginya hang la... Tak cukup ilmu ukhrawi last-last nanti hang nganga ja tengok orang masuk syurga... atleast boleh repeat exam kat dunia, tapi hat ni takde repeat-repeat dah tahu?
dapat tak konsepnya??? - perghh, hebat aku buat teori untuk usrah malam ni...
siapa bilang usrah hanya untuk geng tudung labuh???
"aku tak pegi usrah pun boleh ja dengaq ceramah kat surau"
"sekarang zaman IT, beb! Semua maklumat dihujung jari... Nak cari ilmu ukhrawi klik-klik jaa"
Bagus laaa kalau yang pegi duduk dengar kuliah kat surau kan... Tapi lebihnya join usrah korang boleh berkenal-kenalan dengan raaaamai orang yang korang tak terjangka akan kenal... Manatau boleh dapat adik ipaq/kakak ipaq? eh, mengarut! mencari suami soleh tak termasuk dalam matlamat join usrah okeyh! Tapi kalau dah jodoh tu okey la kan.. HAHAHA...
aku siap boleh buat jejak kasih, dengan usrah aku dapat jumpa kawan lama
(Muka yang terlampau girang terpaksa dicover)
(Muka yang terlampau girang terpaksa dicover)
Maklumat kat hujung jari tu confirm ke 'siratul mustaqim' yang membawa anda ke syurga? Itupun kalau teringat bukak... Selalunya eh! eh! terbukak facebook ja manjang, kan? Ingat, ramai orang sesat sebab tak berguru dengan orang yang sepatutnya... Sekurang-kurangnya bila join usrah kalau ada kemusykilan boleh tanya pendapat kat kakak naqibah/kengkawan yang lagi arif...
Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu"
[Riwayat at-Tirmizi]
Kalau taman syurga pun tak mau singgah, macam mana hangpa boleh simpan hasrat nak masuk the real syurga???
so,
Ekstremkah orang yang mencari ilmu ukhrawi?
Jumudkah orang yang mendambakan cinta Ilahi?
Radikalkah orang yang mempersiapkan dirinya untuk bertemu kekasih abadi? kalau begitu, aku ekstrem dan aku pun hokeyhh!!!
Dia ni pun ekstrem jugak > angel pakai gucci cekidout, yo!