17 Julai 2013

#Ramadhan 7&8: Gerak kerja renovate rumah bermula

Kelmarin kata mak nak naik train je balik Bidor, tapi tiket takde pulak. Nak bagi mak naik bas tak sanggup. Kesian. Tambah takut pulak dengan bas laju-laju. Atlast aku hantar mak balik Bidor, lepas bukak puasa aku pederaih balik Selama sengsorang. Alhamdulillah, walaupun letih teramat tapi sahur dapat jugak bangun. Lepas subuh aku sambung rehat (amalan yang sangat tak baik ye).

Tak sampai sejam keletung keletang bunyi. Ya ampun panas hati time tu memang tak ter'measure' nyah. Bangun la jugak nak tengok apa jadi dah sengsorang kat rumah. Big bro pegi kerja, adik pergi sekolah. Rupanya wak indon dah start buat kerja dah. Entah bila pakcik bawak indon masuk tak sedar pun. Bahaya betul. Naik atas tengok bilik lama aku jadi macam ni dah:

Wooo, nampak rumah jiran. Dinding, bumbung semua dah hilang

Ditakdirkan semalam hujan. Makkkk~
Nak menangis rasanya hai. Rumah tengah takde bumbung, lenjun satu rumah. Orang tua kata sediakan payung sebelum hujan. Ni la padahnya. Tengah hujan lebat baru nak pegi beli plastik nak cover barang-barang. Lagi caca marba la rumah aku.

 Lenjuuuun

Bagus la wak indon ni. Cepat je kejenya. Tak banyak songeh kata orang sini. Sehari buat keje dah kosong dah bahagian atas. Katanya dalam 3 hari insyaAllah siap la bahagian bumbung. Moga Allah redha.

Tiada ulasan: