Makin hari makin banyak soalan Ayu dapat pasal vitiligo dalam blog dan tak kurang jugak yang drop soalan kat inbox email Ayu.
Soalan:
Jawapan:
Salam, wahai saudara Syfq Rzli :)
Kalau nak tau pasal penggunaan ubat vitiligo yang Ayu pernah guna semuanya Ayu dah cerita kat SINI. Seperti yang Ayu nyatakan dalam entri tu, Ayu sendiri tak sure ubat mana yang paling berkesan sebab Ayu banyak bertukar ubat. Jangan contohi sikap Ayu ni yer! For your information, currently dah hampir setahun Ayudecide tak nak pakai apa-apa ubat. Ok tak?
Kalau saudara nak korek pasal ubat vitiligo, join kitorang kat dalam Vitiligo Bond Malaysia. Dalam Fb group ni kami banyak share masalah, pendapat dan termasuklah ubat apa yang kami pernah guna. Overall, apa yang Ayu boleh summarykan, tak semua orang boleh dapat kesan positive dengan ubat yang sama. Rata-rata mengakui certain ubat sesuai pada certain orang. Depend pada badan sendiri react dengan ubat yang kita consume tu. Faham tak?
Nak tanya ke apa, jom la klik join dalam group ni, ok? :)
Pasal Vitiligo Organics. Ayu pun pernah nak cuba ubat ni. Tapi setakat ni Ayu tak jumpa mana-mana farmasi/kedai yang jual Vitiligo Orbanics unless kita kena purchase online. Betul tak? Harga bagi Ayu agak mahal.
So, pendapat Ayu, Vitiligo Organics punya main ingredient dia VCO (Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara). Kita boleh cari alternatif lain yang guna ingredient yang sama. Contoh yang Ayu pernah guna produk Herba An-Nabaat. Pengasasnya pensyarah Fakulti Perubatan UPM. Lokasi area Bangi, dan ubat dia jauh lagi murah dari Vitiligo Organics. Tak salah kalau nak ikhtiar, kan?
Ayu rasa banyak lagi produk bumiputra yang berasaskn VCO. Rajin-rajin la search. Mesti jumpa punya. Tapi selidik lah dulu sebelum beli yer.
Ayu rasa takat ni lah dulu segmen kali ni. Dah panjang bebenor dah ni Ayu taip.
Selamat bersahur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan