20 Julai 2013

Vitiligo: Still ramai orang tak dapat terima KAMI

Sungguh terubat hati bila kita dapat kongsi masalah dengan orang yang ada masalah sama macam kita. Bukan nak kata orang lain takde yang faham tapi susah la nak jumpa 'gu' ore klate cakap. Tak sangka, still ramai lagi orang tak dapat terima KAMI - pesakit vitiligo.


Siapa yang tak nak hidup bahagia dengan orang yang kita sayang?
Tak dinafikan jodoh ketentuan Allah, tapi bila KAMI mengorak langkah ke arah membina masjid pihak ketiga pulak tak menerima. 

KAMI tak layak untuk kawen ke hape? 
atau korang rasa korang akan sihat walafiat selama-lamanya?
KAMI tak mintak dapat penyakit ni. Allah je tau macamana KAMI go through our life with vitiligo. Sabar kat mulut tak tergambar dek hati. 

Setakat ni Ayu tak jumpa lagi la yang celupar depan-depan Ayu. Yang tanya guna orang tengah ada la. Tak salah tanya pasal penyakit ni. Ayu suka nak cerita dari A sampai Z. Tapi soalan biarlah sopan sikit. Boleh je nak tanya penyakit ni boleh berjangkit ke tak. Tapi kita boleh notice kot soalan bernada sindir. Kesian kat sorang kawan Ayu ni kena sindir depan-depan. Kalau Ayu dapat orang macam tu, Ayu terus peluk dia kuat-kuat then cakap: "Observe any changes. vitiligo act anytime, anywhere." WAHAHA.

Even KAMI tak pernah kenal, tapi KAMI support each other. 
Jom sesiapa yang berkaitan join KAMI kat Vitiligo Bond Malaysia!

Tiada ulasan: