11 Julai 2013

#Ramadhan 2: Sesat cari UM sampai ke Muzium Negara

Bajet nak bertolak lepas subuh, tapi aku & big bro terlajak rehat. Rehat lah sangat kannn kalau dah dua-dua berselimut baik punya. krohhh3. at last bertolak pukul 8am. Rasa-rasa dalam 2 jam sampai lah kot destinasinya sebab guna GPS hp baru, tapi hampeh punya GPS. Entah kemana dia bawak kitorang tak jumpa UM pun. 

Lepas pusing-pusing jumpa pintu pagar tulis UM & OUM. Pak guard speaking omputih hokey. Lepas sign in apa yang patut kitorang masuk. Kok sunyi sepi dong. Berapa kali entah kitorang turun naik lif cari pejabat tapi kosong je semua. Tambah aku konfius bangunan macam nak kena lelong je dengan kerusi meja tunggang terbalik. At last kami jumpa jugak manusia kat kaunter postgraduate faculty (economy). Katanya main campus kat Bangsar. Haih~ 

Redah punya redah at last jumpa jugak UMnya. Nak dipendekkan cerita, lepas zohor urusan big bro dah settle kat sini. 

Babai. UM. Ada rezki kita jumpa lagik.

On the way nak balik, sebelum masuk tol Jalan Duta ternampak Muzium Negara. Aku nak buat pengakuan ni, sepanjang hayat aku yang nak masuk 23 tahun aku tak pernah jejak kaki ke Muzium Negara. Big bro aku pun tak pernah pegi! Weehuu! Elok lah sangat kan dua beradik ni. Alang-alang dah sampai kan, singgah je la. 

Parking RM3, masuk dalam RM2. Parking lagi mahal dari tiket masuk. HAHA. standard la kan parking kat Key-El walaupun takde istimewanya parkingnya. Still kereta berjemur kat tengah panas. Ada bumbung tahan la sikit kannn. 

Overall, memang banyak benda menarik dapat tengok. Sedikit sebanyak aku & big bro recall sejarah. Ada jugak teringat soalan SPM time merayau dalam muzium ni. WAHAHA. Tapi ada 1 zon kami tak dapat masuk. Zon Malaysia Kini sebab tengah renovate. 


*gambar selebihnya kurang jelas disebabkan pencahayaan di dalam muzium. sekian.*

Big bro tengah tilik syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka

Aku sedang menyaksikan keislaman sultan Melaka. Meremang bulu roma dengar suara narrator bila dia sebut 'Lailahaillallah. Muhammadurrasulullah'

Salah satu kitab lama. Big bro tengah baca & try nak translate. Hoho

Keluar je dari muzium, tengok jalan sesak dnegan kereta. Damn! Lupa harini hari bekerja. Memang jem la jalan sebab orang tengah berlumba nak balik. 

Tapi apa pun, aku & big bro selamat sampai kat Bidor sebelum waktu berbuka. Sampai rumah abah dah siap beli nasi kerabu. RM3. Wah, Sama harga dengan parking Muzium Negara. WAHAHA.

Tiada ulasan: