21 Mei 2012

aku patah kaki

mitak maaf laa sebab dah lama aku tak muncul-muncul... kengkawan aku pun tanya ke mana aku menghilang... ujian kali ni betul-betul menguji kesabaran & ketabahan aku... nikmat Allah kurnia kat aku selama ni dah ditarik... mungkin sementara, mungkin jugak untuk selama-lamanya... tapi bagai ada sinar bila gadis bertudung biru muncul di kala aku kesakitan...


agaknya itu la kot apa yang kucing ni rasa... bukan AKU, tapi kucing ni yang patah kaki... :)

Jumaat lepas (3hari aku hilang dari belog ekceli sebab ada training PALAPES) kebetulan aku nak keluar nampak kucing tengah seret badan...ingatkan nak beranak, rupa-rupanya separuh badan dia dah lumpuh + kotor dengan najis... 

lepas aku mandikan kucing ni sikit, aku try examine dengan ilmu aku yang tak seberapa... emm, dari segi pemerhatian aku kucing ni patah bahagian pelvic (tulang pinggul) sebab area belakang dia memang tak sempurna... kaki dia pulak lembik, takde respon apa-apa bila aku tarik... patah jugak kot...

insyaAllah aku nak bawak kucing ni pergi vet nanti... tunggu next update yer apa agaknya nasib kucing yang patah kaki ni...