07 Mei 2012

jawapan teka gambar

seperti yang aku jangkakan hampir seminggu aku  menghilangkan diri sebab hari Khamis lepas aku dah dapat rasa aura wifi uni aku nak buat hal... untung laa harini aku bawak lappy pegi fakulti... dapat la lepaskan kerinduan pada fesbuk & blog seketika sementara wifi uni dibetulkan... sob..sob..sob...

jawapan teka gambar baru-baru ni (baru laa sangat kan....) adalah KUCING HUTAN!

                             

tahniah kepada peng'komen' yang menjawap 'kucing.. hampir betul.. tapi yang tepatnya, KUCING HUTAN... sekali lagi KUCING HUTAN... ada rupa macam tikus eh gambar haritu?? hehehe....


comel kan???
kucing hutan ni abah jumpa masa ontheway balik dari kebun... sadisnya masa tu anak kucing hutan nih tengah merengek atas mayat ibu dia... sob sob sob... so abah pun bawak balik kucing hutan yatim piatu ni takut-takut ada binatang buas lain kacau dia plak...

baru lepas menyusu... kucing hutan ni tak pandai dok diam kalau lapar... dia akan senyap bila kenyang =_='
bersukaria dengan kucing rumah... baik pulak kucing rumah aku ni... macam tau-tau jer kucing hutan ni sedih... ada jugak kawan untuk kucing hutan ni...
 tapi ada orang cakap bela dari kecik pun nanti kucing hutan ni akan ganas jugak.. yeker?? sapa ada pengalaman bela kucing hutan???

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kucing hutan? aiyooo... -.-

Dzulaikha Nabilah berkata...

Kucing hutan iaitu dalam bahasa inggeris " bengal cat " saya ada satu, tapi dia lain daripada lain, warnanya kelabu. Kucing hutan yang berwarna kelabu ;D Kecil kecil dia memang penakut. Kalau kita didik dia dari kecil, dia akan biasa dengan kita. Awak boleh tengok kucing saya dekat blog saya okay? :)

Dzulaikha Nabilah berkata...

Oh, ini URL blog saya :)

http://princesstwelve.blogspot.com/

Jangan lupa follow! hewhew

Wak Razli berkata...

AsSalamualaikum Ayu.. Apa kabar kucing hutan tu sekarang? Wak pernah bela kucing hutan lama dulu.. Jantan. Dah kembali ke habitat asal. Al maklum...menebarkan zuriat. Heheheh...
Rindu sangat nak bela kucing 'istimewa' ni..
Belum dapat sampai sekarang ni.

Siti Nuur Hidayu berkata...

@Rafflesia™ haah.. seryes comel kucing hutan ni ^^

Siti Nuur Hidayu berkata...

@Dzulaikha Nabilah went thru your blog ^^ nnt apa info boleh share2

Siti Nuur Hidayu berkata...

@Wak Razli waalaikumussalam, wak^^
alaa, 2 ekor kucing hutan yang comel ni tak ada dgn ayu dah.. wak boleh baca entri ayu "selamat tinggal Romeo & juliet" huhu