04 Ogos 2010

Info ringkas vitiligo


“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”
Surah Al-Hadid ayat 22-23



Ingat Michael Jackson? arwah pon salah sorang pesakit vitiligo.. Ramai lagi artis & model ada vitiligo. Sebenarnya nak putih terus macam michael jackson pon boleh.. dia buang semua pigment kulit dia, permenant! Tapi ada beberapa risiko la bila kulit dah tak ada pigment.

vitiligo ni gangguan kronik yang menyebabkan depigmentation/tampalan kulit.
benda ni jadi sebab melanosit, sel yang bertanggung jawab untuk pigmentasi/bagi warna kulit kita mati atau tidak dapat berfungsi.

Ada beberapa hipotesis. Tapi hipotesis paling fofular, punca vitiligo nih dari autoimun, genetik, oksidatif stres, saraf, atau virus. dalam dunia ni kurang 1%  orang ja dapat penyakit nih.. kira Ayu nih termasuk dalam golongan istimewa la.. haha...

tanda-tanda:
- mestila tompok2 kat kulit. mula2 kecil, lama2 besar. selalunya kat muka, tangan, mulut, mata, hidung, kawasan bertulang dan sendi.

Setakat ni tak ada rawatan spesifik yang menjanjikan vitiligo boleh 100% sembuh. Tapi ada beberapa rawatan yang boleh cuba. Tapi keberkesanan bergantung kepada badan seseoarng. Nanti Ayu cerita bab rawatan ni kat entri lain ok?

Peace!

4 ulasan:

MOFASAD berkata...

dulu ada member gak ada penyakit camni... tapi bila jumpa bahan dia

"clorox ko xhabis2 lagi ke?"
hahaha

al berkata...

inysa Allah.. akn sy doakan anda sembuh.. ^_^

iyou berkata...

mofasad: jahat giler! nih bukan clorox.. nih rahsia krim pencerah yg terbaek di alam semesta.. tp makan masa coz dya putih kat stgh2 tempat jer.. haha.. adoyai~

nazalya: makaceh2! ameeenn~

Unknown berkata...

la, tak perasan pun sebelum ni.. sabar lah ye..

moga2 ubat2 tu semua berkesan