25 November 2010

iyou anak pungut

image

macam penah tengok benda alah nih.. tapi di mana ya?

Hahahaha… lawak lah!

member: sticky family kat blog hang tuh family hang ka?
iyou: mesti laa… awatnya?
member: takdak pun iyou? hang anak pungut ea…

seryes sengal gila! memang rasa macam nak tampar pipi member aku nih laju-laju.. tapi bukan salah beliau jugak.. mak beliau apatah lagik… dah orang tak tau kann…

anak sapa tak tau iyou neh!
nama sebenar diberi Siti Nuur Hidayu Binti Muhammad..
jadi aku ada banyak pilihan nama untuk ditimangkan..
kat sticky post tuh nampak tak “Siti”? yeah! itu lah iyou!
nama manja aku kat rumah beb!

iyou=ayu
majoriti penduduk Malaysia kenal aku dengan nama ayu..
nama Siti tuh untuk family terchenta sahaja..
Nuur?? dalam hidup aku sorang ja pernah panggil aku dengan nama nih…. wah! jeng! jeng! jeng!

so, ada paham?
konklusi di sini iyou bukan anak pungut. okey! Winking smile

24 November 2010

karangan UPSR terbaik!

time hangpa baca blog ni aku tengah bersuka ria di kampung. karangan ni aku pinjam dari sumber yang dipercayai. sumpah gelak guling-guling aku baca. kalau hangpa tak gelak, baik cepat2 pergi jumpa pakar pancaincdera! Open-mouthed smile

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

23 November 2010

Malaysia Hari Ini

mari kita tengok hari ni apa yang dicari oleh rakyat Malaysia dengan bila perkataan ‘’perem’’ saja yang ditaip.

image

konklusinya disini rakyat Malaysia memang rakyat yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi dalam satu bidang.

Malaysia Boleh!

22 November 2010

sejarah yang hilang

kajian geologi: Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri iaiyu Sarah, Hajar dan Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak. Hajar telah melahirkan Ismail. Keturah pulak melahirkan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Nabi ishak menurunkan bangsa yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.
kebanyakan riwayat hanya fokus kepada kedua-dua isteri nabi. camna pulak dengan isteri bongsu?
setengah sejarahwan mempercayai bahawa keturunan Keturah menurunkan banyak bangsa seperti Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon yang semuanya merupakan pembina tamadun yang hebat.
Melayu jugak mungkin berasal dari keturunan ni. terkejut kan?

info nih aku petik dari video yang di post dalam salah 1 blog favourite aku. apa yang optometrist nih suarakan membuka minda aku.
nak tahu apa pokok pangkal + kebenaran disebalik sejarah yang hilang? Jom sama-sama menghayati hikayat marhaen kacak.

HOT LADY!

chantek sangat dia nih! serius la weh aku cakap dia chantek! selalunya golongan hawa susah sangat nak puji kaum yang sejenis. sebab jeles kot? hahaha…
bukan chantek je, pandai masak pulak tuh! kalau pekena sup/rendang dia, pergh! tak boleh tidoq malam! Raya haji ritu terkenang-kenang rendang pedas dia… tengah exam siang tadi pun boleh terbayang kesedapan air tangan dia! haih! bila lagi boleh rasa rendang limited edition dia neh!

siapa kata golongan hawa banyak kelemahan?
100% salah! dia nih punya tangan serba serbi boleh buat.. hari tuh aku balik kampung ada orang cerita dekat aku mesin basuh dia rosak. tak payah beli baru/hantar gi bengkel besi. 2 malam dia berjaga at last mesin basuh tu back to normal! hebat x?

mana nak dapat orang chantek + banyak advantage macam dia sekarang ni…. ha? nak kenal?
mintak maap, dia milik seorang lelaki kachak yang bernama ABAH! hahahahahaha
DSC01272
jom balik kampung!!!! Winking smile

nak jadi famous dengan blog?

agak-agak cara mana satu hangpa pilih?

imagesCA8JRH9W

21 November 2010

aman dan tenang

tamat sudah musim darurat kampus UPM..
tiada lagi manusia berperang, tiada lagi manusia sentri tetengah malam, tiada lagi tangisan ketensionan…
semua rakyat jelata kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga tersayang masing-masing…
aku?
masih di sini, menanti hari esok..
aku bermadah lagi!

nak balik kampung naik bas/ketapi?
bas – tiket mahal, rate eksiden tinggi, tempat duduk selesa, ekspress, kena hadap ulat tiket yang gatal!

ketapi-tiket 2 kali ganda murah, rate eksiden rendah, tempat duduk selesa, lambat tapi selamat, tak ada ulat tiket!

yeah! ketapi menang!!!!!!

shortcut!

wah! aku dah mula pakai Windows Live Writer!

image

Terima Kasih Enchek Ben!
jom beramai-ramai menyenangkan diri dengan Windows Live Writer!
sangat mudah! pantas! tak payah bukak browser!
dalam masa 10 minit anda-anda boley buat 100 entri! (bergantung pada kerajinan blogger Open-mouthed smile~)

Windows Live Writer shorcut paling best!

1st GA from Cik Mas

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas sangat Chenta akan lelaki itu!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas kaki shopping!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas tak suka perokok!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka berangan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat pening naik bas!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat gelabah!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas sensitip orangnya!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka mandi malam!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas takut petir + guruh!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka minum nescafe tiap-tiap malam!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas akan marah kalau orang kacau cik mas tido!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas tengah bercuti + bersantai sekarang ni!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas cepat demam kalau kena hujan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas suka mengusik kawan-kawan!

iyou tahu
http://www.emocutez.com
cik mas dah tido masa iyou buat entri nih!

kepada IYLIA, LINDA, PAEN, SAREY
marilah memeriahkan hidup anda dengan GA dari Cik mas!

nyamuk millenium!

aku tukar hipotesis nyamuk bersama paen semalam

tatkala manusia semakin berkurangan di kampus UPM
komuniti nyamuk semakin bertambah dengan giatnya
dan
apabila manusia-manusia girang packing barang, barulah timbul kesedaran pabila lipas lari berkeliaran
nyamuk+lipas sekarang (exclusive in UPM only) ada abiliti yang luarbiasa

hipotesis:










1. nyamuk+lipas kedua-duanya boleh terbang. bila DNA mereka diadaptasi, maka abiliti untuk terbang 2 kali ganda bagus dari asalnya!

2. walaupun aku dah tampar (cara klasik bunuh nyamuk) tapi nyamuk still tak mati dan merangkak perlahan akhirnya terbang semula! mungkin DNA cengkerang lipas dah diadaptasi pada badan nyamuk yang dahulunya lembut dan mudah penyek apabila ditampar.

cara membunuh dengan lebih efektif:
masih dalam eksperimen. sekian, terima kasih!

dari serdang ke kajang

lepas exam cari kunci dalam beg. bukak seat. amek + pakai helmet. on motor. start moto (pakai kaki, no starter). masuk gear 1. pres minyak menuju kafe. makan. ulang balik perilaku yang sama bersama moto. keluar dari UPM. masuk highway. best gila layan angin sambil meremp-it.
Allah! terlepas simpang ke Kajang!!!
1km dihadapan highway ke Taman Saujana bagai. ah! hantam! nampak simpang masuk ke Taman Indah. cilok kiri kanan.
yeah! jumpa balik jalan ke Kajang

well. pertama kali merempit ke Kajang seorang diri. sebelum nih asyik follow orang jer.
memang tak sah kalau tak sesat pegi mana-mana pun.
kat Sri Kembangan pun sesat, kan baby sarey?
apatah lagi kawasan luar liputan Serdang

misi utama entri:
peribahasa sesat di pertengahan jalan, balik ke hujung pangkal memang tak boleh diaplikasi!
kalau sesat, cari jalan keluar sampai jumpa
kalau balik ke hujung pangkal membazir minyak
lagipun highway, mana ada U-turn

dan

jadilah peremp-it yang berhemah macam gadis cun bawah ni

19 November 2010

terima kasih

siapa kata perempuan saja faham jiwa perempuan?
TERIMA KASIH, EBBY!!!!
sebab anda memahami jiwa ini
ebby? iyer, nama lelaki kachak diatas namanya ebby
nak berkenalan?
search facebook Ebby Morni... single but not available
sorry, beliau tak ada blog..
apa kena dengan aku pagi ni?
orang lain sibuk promote blog, aku sibuk promote manusia
yang pasti aku tak demam hari ni
aku cuma nak menjerit SAYANG dekat semua sahabat-sahabat aku!
SAYANGGGGGGGGG hangpa semua!!!!

 LISA jauh dari aku..
tapi jauh-jauh ombak di laut, jauh-jauh hati tertaut!
wah! sedapnya pantun aku!

mesej utama entri ini:
kebaikan sahabat kita hebahkan
keburukan/aib sahabat kita sembunyikan

kachak luar, kachak dalam


wah! 1st award untuk my dear diary from beliau...
terima kasih dan sayang untuk beliau kerana sudi memberi anugerah ini kepada aku..
sangat-sangat terharu dikala ini sehingga mata segan silu untuk menitiskan airnya...

emmm... feveret band? tak ada jugakk... semua lagu yang best aku layan.. tapi lagu orang putih aku tak boleh layan.. tak tau kenapa.. lagu orang putih je dianaktirikan.. so, i am sorry.. hahahahaha

10 blog yang chantik???
http://kijerans.blogspot.com/
http://farasyeera.blogspot.com/
http://lynnlinda.blogspot.com/
http://sareyrosee.blogspot.com/
http://missiyliablog.blogspot.com/
http://kami-muslim.blogspot.com/
http://gigirongak90.blogspot.com/
http://loki134.blogspot.com/
http://nazalya.blogspot.com/
http://laipixie.blogspot.com/

okeh! sila terjah ke blog mereka-mereka ini..
bukan setakat cantik luaran, tapi sumanya cantik... tak caya?
'' kachak luar, kachak dalam, kachak dengar sini, kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali ''

18 November 2010

kembali untuk beberapa hari

terseksa hidup ini tanpa teknologi yang bernama internet...
aku kembali semula ke dunia yang sentiasa memecahkan otak untuk beberapa hari..
ouh! ada 2 paper lagi weekend nih!
selepas ni aku menyepi lagik sampai 4hb..
tapi kembali pun tak lama...
aku dengan rela hati bersedia untuk berkhidmat sepanjang cuti semester nih..
hang memang sahabat sejati aku kalau dapat cari aku antara 5 orang yang tunjuk muka dalam gambar ni

entah bila aku sentiasa boley bermadah..
ouh! kenapa ayat aku malam ni begitu sadis sekali..

15 November 2010

OFF

aku berada di tanah tumpah darah abahku sekarang untuk menyambut salah satu hari kebesaran umat Islam...
seperti yang anda-anda sedia maklum, aku berada di salah sebuah kampung yang aman lagi damai dimana tiada lagi perkhidmatan berukben apatah lagik wireless.. yang ada cuma beruk-beruk yang useless...

jadi, dukacitanya disini untuk aku menyatakan bahawa blog ini akan bersawang sedikit tanpa kehadiran entri panas daripada aku...

kepada mereka-mereka yang rindu akan aku, maka bukak lah balik entri-entri lama sebagai pengubat rindu di hati, penawar jiwa di kalbu.. erkh!! apa kena dengan aku nih! ok, till then..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
pengalaman kena sepak dengan lembu sebab korek perut dia.. hahaha

kambing putih vs kambing hitam


yeah! terima kasih belalang a.k.a hero blog aku kerana rajin beliau TAG aku untuk GA ni.. hehehehe
setakat nih tak pernah lagi bertuah dapat GA dari sapa-sapa...
kalinih sebab belalang TAG, aku buat dengan ikhlasnyer... mana tahu ada berkat dari TAG belalang!
wah! iyou memang suka bab kambing nih...

*****

Temubual seorang gadis dengan pakcik gembala kambing
gadis : Baguslah ternakan kambing pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
gadis : Berapa jauh kambing ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
gadis : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
gadis : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
gadis : Berapa banyak rumput kambing ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
gadis : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
gadis : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
gadis : Berapa average panjang tanduk kambing pakcik?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
gadis: Yang putih?
Pakcik: Aaa....yang putih sekitar 16cm panjangnya...
gadis : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
gadis: Kenapa pakcik membezakan kambing pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab kambing yang putih itu pakcik yang punye.
gadis : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
yang nih kambing iyou... hehehe

okeh! syarat GA via belalang nih kena tag 3 orang.. kepada LINDA, SAREY, IYLIA
jadilah manusia yang terpilih untuk sihat dengan GA ni
hahahaha
keterangan lanjut? kat sini !!!!

13 November 2010

selipar jepun nak bagi hadiah

TENGOK NI!!!!
NI LAGIIIIII!!!
DAN INI!!!!!!
Siapa tak suka benda comel angkat muka cepat!!!
1,2,3,4... Ha!!!! so benda-benda comel nih kompem iyou dapat!
hehehehehe
siapa teringin nak benda-benda comel ni, jom pi terjah balqyys!

GA nih ada 3 pemenang bertuah!
kategori 1 = kategori untuk ibu2 (untuk baby-baby yang chumel!)
kategori2 = kategori student (untuk budak sekolah, kolej, U yang chumel!)
kategori3 = kategori orang yang dah bekerja

sangat bangga dengan beliau sebab berani memilih jalan hidup yang beliau suka walaupun beliau ada peluang!
TAHNIAH!
dan
SEMOGA BERJAYA!

12 November 2010

selama?

tiap kali orang tanya aku asal mana mesti ramai tercengang
tak pernah dengar nama tempat ''selama''
cuba ingat balek nama salah satu daerah dalam Malaysia nih
Daerah Larut Matang dan ''SELAMA''
haaa.. larut matang tau kan Taiping
haaa.. tuh! kampung aku kat situ...
Selama ni sempadan Perak-Kedah..
nak pi mana-mana memang dekat dari rumah aku..
Taiping, Parit Buntar, Kulim, Pulau Pinang, Gerik
cuba google sendiri lah kalau nak tau Selama dekat mana
HAHAHAHA

11 November 2010

result panas

TAHNIAH JIHAAAA~
tadi budak comey nih kol nanges2 cakap
 dapat 4A 1B!!!!
nanti Kak Ct balek bawak hadiah.. ok!
walaupun percubaan 5A, tapi nih la dikatakan rezeki + takdir...
cemerlang tuh 4A 1B!!!
B-mathematics
alahai~ memang ikut peel kakaknya yang satu neh..
lemah bab kira-kira...
hahhahahaha
tapi apa-apa pun setakat nih rekod aku tak dak orang pecah lagi!
hahahaha.. perasan pandai sangat la aku nih~
takpa, jiha kan nak masuk sekolah taa'yah...
boley dapat punyer kalau ada rezeki

buat adek-adek laen yang dapat 5A, TAHNIAH!!!!

cerita kreatif


KARANGAN .You.Pi.S.R.

tajuk: cerita kreatif
mata/pelajaran: bahasa kedah
cikgu mata/pelajaran: Chekgu Ben

kawan-kawan chek suma dah ada blog..
chek sorang ja belom ada..
siket-siket cita kat fesbuk..
siket-siket cita dekat frenstar..
nak buat camna, chek rasa blog tuh macam syok sendiri ja..
ada ka orang nak baca?
kawan chek kata:

'' janganla malu-malu
buat ja dulu.. blog nih macam-macam boley buat..
hang kan bakal penternak berjaya..
esok-esok hang nak jual
boley promote kat blog hang''

maka kehujungan minggu itu, chek antaq skuad tinjau
ke beberapa blog yang dah sedia ada.. 
nak tengok design, bla.. bla.. bla..
at last (alamak! terkeluaq dari bahasa!)
akhirnya, chek buat jugak.. malunya dengan entri yang pertama!

ada satu masa, chek tak mampu nak berjalan dah dalam dunia blog!
chek tak mampu nak teruskan bertapak dalam dunia femes nih!
chek fedup! chek tak maw dah!
tapi dengan jasa member-member seangkatan, chek masih disini..
terima kasih kerana menolong chek sahabat-sahabat!
walaupun kita jauh beza darjatnya...
namun hang berusaha bangkitkan semangat cheq yang kian luntur...
kembali bangun dan terus melangkah... eh! terus menaip!
lama kelamaan..
 
yang mai skodeng blog chek..
sampai traffik jammed!!!!
bes wooo~ rasa puas sangat-sangat..
lagi bes dari fesbuk + frestar..
sekarang bukak lappy ja, mesti klik www.blogger.com dulu...
dulu guling-guling cari idea nak buat entri..
tapi sekarang...
sekian terima kasih

p/s: emm, agak-agak boley dapat A tak karangan nih?
harap-harap Chekgu Ben pilih karangan chek jadi karangan terbaek...
chek tunggu nih~
....................................................................................................................................

harga getah naik, tapi....

woooo.. getah sekarang mahal... sapa yang tengah menganggur sekarang baik hangpa pi blajaq menoreh getah.. busuk-busuk pon kaya.. daripada 'tanam anggur' yang takkan berbuah...
TAPI
haaa... orang macam aku, mak dan abah ja yang paham perasaan tokey kedai getah.. tak tau lah kat tempat lain kan, tapi kat kampung aku still lagi pemikiran kotoq macam getah depa jugak..
getah kotoq?
haa.. kepada yang tak tau, getah nih kira ikut kilogram la.. zaman getah murah dulu paling mahal pun boley dapat RM4 sekilo. sekarang RM12 wey! so orang-orang kampung aku neh terlebih bijak nak dapat duet lebih, depa 'tanam' siap-siap pasir/kayu kecik/batu dalam getah yang tengah mengeras.. bila timbang kilo naik la kan?
TAPI
bila kami hantaq pi kilang, Ah Pat marah... Ah Pat bilang getah dari kampung tuttt kotoq.. ada batu, pasir, kayu.. habes mesin Ah Pat rosak.. masa timbang kami kat kedai mana la kami nak tau. luaq nampak putih berseri ja, bukak dalam.. oh! lalu Ah Pat pon kurangkan harga getah yang dibawak.. RUGI laa.. beli kat orang kampung mahal-mahal, tetiba jual kat kilang jadi murah pulak.. haih! sekarang nih kena buat sesi spotcek getah. getah sapa kotoq, kita potong harga....!

jadi, kepada penoreh-penoreh sekalian ataupun bakal penoreh, jangan terlalu tamak.. orang tamak selalu rugi.. tuh tak kira agak-agak halal ka duet toreh getah kalau dok buat keja-keja kotoq lagu tuh?

p/s: errr... ada yang terbayang getah nih ka? hahaha.. maklumlah, remaja zaman sekarang.. (excluding me)

mana jiha nih

berdebar-debar nih tunggu adik aku pulang dari sekolah..
agak-agak boleh ulang sejarah aku tak? hehehe... adik aku nih macam 90% perangai macam aku bak kata abah.. dalam stadi pon lebih kurang gitu.. hurm.. tadi tepon tak balik-balik lagi dari sekolah..
tak sabaq nak tau keputusan UPSR dia..
harap-harap 5A

teringat zaman aku muda-muda dulu..
rindu kat ibuuuu
rindu sahabat-sahabat Lekir
rindu cikgu Rahman, Puan Murtakiah, Puan Hazatul, Cikgu OC, Teacher Ting, Cikgu Yunus
Rindu asrama Lekir




10 November 2010

AKU NAK KAWEN

wahhhh~ HOT gila tajukk!

aku memang nak kahwin tapi tahun bila tuh tak tau lagi la..
nih suma kerja si paen... my dream wedding ea...
bab kahwin-kahwin nih memang hang suka kan? bhahahaha *gelak cara paen*
tapi hangpa semua tak boley lawan aku berangan sebab dalam ramai-ramai aku sorang ja yang dah pi kursus kahwin!! hahaha...
okeh! disebabkan otak aku tengah tepu, aku nak rileks kejap sambil berangan..

tema: semestinya hijau putih.. wah! ada maksudkah? haha.. tak la.. kaler feveret aku nih!
kenduri kalau boleh taknak pakai catering. emm, tengok keadaan nanti macam mana
penat aku carik baju dengan MR.google. ni yang terbaik aku jumpa. haa, lebih kurang camni la.. aku nak pakai baju kurung putih+bunga hijau siket2. tak mau crowded. tak mau seksi. tak mau jarang.
memang terserlah keayuan aku time ni.. cewahh!!!
pelamin pun simple je. yang renjis-renjis cam dalam gambar tu tak payah.
pelamin untuk amek gambar jer buat kenangan..
haa.. cincin lebih kurang macam ni la taste aku. tak suka yang ada batu.
sila ambil perhatian ye wahai bakal laki aku. hahahaha
ermm.. kek pun kena putih hijau jugak. hahaha
untuk cenderahati dari aku, ada rezeki nanti plan nak macam ni la
1. untuk member yang tersayang, aku kasi anak pokok/kaktus yang comel. jaga betul-betul! hehe
2. untuk kanak-kanak riang aku kasi lolipop speshel
3. yang nih untuk tetamu yang len. apa ada kt dalam? em, x decide lagi.
setakat nih katak jer yang kaler hijau. hahaha
mintak maap yer pengantin, jadi model blog aku jap.
paling penting aku nak sesi fotografi yang terbaik!
sebab kahwin sekali jer seumur hidup..
lastly, nak rasmi sehari selepas nikah
RUMAH BARU!
haa, rumah simple camni. takmau besaq sangat. takut! setingkat pun xpa.
yang penting, laman + tanah blkg/tepi rumah luas. ada projek! hehehe

ok paen, puas hati??? hahaha