entri sebelum ni aku tinggalkan persoalan kenapa kuda jantan kena 'buang' tel*r atau dalam bahasa baiknya, testis..
baka kuda yang baik kita tak buang laaa testisnya supaya generasi akan datang pun ada ciri-ciri yang baik...
kuda-kuda hensem lagi baik yang aku jumpa kat horse carnival haritu
kuda yang dibuang testis adalah kuda agresif.. bayangkan korang adalah customer yang sedang mencari kuda.. di hatisanubari korang mestilah nak kuda yang baik, pandai, cergas dan paling penting kuda tu friendly..
jadinya cara terbaik untuk jinakkan kuda adalah kasi potong itu testis!
sadis giler kalau korang salah beli kuda.. haha...
tujuan lain, to have a better management.. memang tak membantu langsung laa kalau kuda tuh garang.. bila kuda jinak&friendly, nak buat kerja pun happy...
kuda tak macam haiwan lain... kan aku dah cakap, kuda ni haiwan yang cerdik! kalau dengan orang asing selalunya kuda lebih agresif dan cenderong untuk gigit korang!
yup! kuda menggigit!
bila dia rasa diancam, apa lagi... kaki dia jalankan tugas laaa...
perlu anda tahu, kuda menendang dengan kaki belakang SAHAJA..
maka berdiri di area belakang kuda tidak digalakkan..
next session, aku akan cerita macam mana nak tackle kuda daripada pengalaman aku sendiri! ^^
4 ulasan:
Nak nek kuda!!! ajak ah ajak ah ajak ahhhh
meh dtg UPM! every thursday 5pm!! join aku^^
jom race kuda hang dengan motor aku. haha!
pkar bab kuda...hehe
Catat Ulasan